Khamis, 20 Mac 2014

MH 370 ~ Masih Tiada Pengesahan Setakat Ini..!


Dalam sidang akhbarnya sebentar tadi, YB Menteri Pertahanan merangkap pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia telah menyatakan setakat ini 2 pertemuan yang dijumpai masih belum boleh disahkan sebagai MH 370.

Usaha mengesan dan mengesahkan pesawat sedang dilakukan. Namun ianya merupakan pertemuan terbaik setakat ini. 

Ahli keluarga krew dan penumpang pesawat akan diberikan taklimat malam ini.

Baca sini dan sini.

Lu Fikir La Sendiri!!!


PETALING JAYA: Seorang krew pesawat yang meninjau lokasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Lautan Hindi berkata mereka menerima imbasan radar dengan saiz yang ketara, menunjukkan sesuatu berada di permukaan air, lapor ABC News.

Wartawan ABC News, David Wright yang berada di atas kapal tentera laut Amerika Syarikat (AS), P-8 Poseidon berkata, anak-anak kapal memberitahunya bahawa radar menunjukkan 'sesuatu berada di dalam lautan itu.'

Masih terlalu awal untuk memberitahu sama ada imbasan radar itu ada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

P-8 adalah antara empat pesawat dan sebuah kapal yang digerakkan ke luar pantai Australia selepas dua objek yang mungkin ada kaitan dengan pesawat dikesan oleh satelit, kata beberapa pegawai pada Khamis.

Dan


KUALA LUMPUR: Salah satu objek yang ditemui oleh pihak berkuasa Australia di Lautan Hindi mungkin ekor pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Ketua penyiasat pesawat Air France 447 yang terhempas, David Gallo, memberitahu CNN,"jika ia bahagian kapal terbang yang besar, itu mungkin bahagian ekor."
Pengurus Besar Lembaga Keselamatan Maritim Australia, John Youn berkata, imej yang dirakam agak kurang jelas, tetapi kepanjangan 24 meter itu merupakan saiz yang menusabah.
"Keadaan laut yang bergelora mungkin menyebabkannya ditolak ke atas dan kebawah serta membuatkan imej sebenar susah untuk dirakam," katanya.
Perdana Menteri Australia Tony Abbott mengumumkan penemuan itu kepada Dewan Rakyat di Canberra pada Khamis.
Penemuan dan pengumuman itu bukan sahaja memberikan kejutan kepada semua pihak tetapi diharap dapat memberikan petunjuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan