Ada yang nampak bahawa pesawat terbang rendah…
Maldives island residents report sighting of 'low flying jet'
Satellite data suggests that the last "ping" was recieved from the flight somwhere close to the Maldives and the US naval base on Diego Garcia.
Sementara itu diberitakan juga…
Seorang penganalisis IT India menemui imej satelit menunjukkan sebuah pesawat besar terbang rendah di Kepulauan Andaman pada 8 Mac, pada hari pesawat Malaysia Airlines hilang semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ke Beijing, menurut akhbar The Hindu.
Anoop Madhav Yeggina, 29, percaya imej itu ialah pesawat Boeing 777-200ER MAS yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan MH370, lapor akhbar itu.
Pakar IT itu ialah antara beribu-ribu orang dari seluruh dunia yang melibatkan diri dalam projek 'crowdsourcing' iaitu khidmat luar kumpulan yang berusaha mengesan kapal terbang berkenaan yang telah melencong dari laluannya ke arah Lautan Hindi selepas menutup semua hubungan komunikasi ketika terbang merentasi Laut China Selatan.
Khidmat luar kumpulan ini merujuk kepada usaha mendapatkan maklumat atau input bagi sesuatu tugas atau projek dengan menyenaraikan perkhidmatan sejumlah individu, sama ada dibayar atau tidak, biasanya melalui Internet.
The Hindu melaporkan bahawa Anoop telah meneliti sejumlah imej dari DigitalGlobe Satellite QB02 sejak beberapa hari lalu sehingga beliau terjumpa imej yang benar-benar membuatkannya terkejut.
Beliau memuat naik 'penemuannya' bersama penulisan yang menjelaskan perkara itu kepada laman web CNN pada 14 Mac dan sejak itu ia menerima lebih 16,000 pengunjung yang melihatnya dan komen daripada mereka.
"Saya yakin imej itu ialah pesawat yang hilang berkenaan atas pelbagai sebab. Satu daripada penunjuknya ialah imej itu dilihat hanya berada di atas sedikit daripada kawasan hutan dan begitu hampir dengan landasan kapal terbang Shibpur Kepulauan Andaman.
"Landasan kapal terbang itu digunakan secara eksklusif oleh angkatan tentera dan tidak memberikan kebenaran kepada pesawat awam berada di kawasan itu.
"Jika diamati secara teliti terhadap imej itu, akan menunjukkan ia terbang begitu rendah sehinggakan awan berada di atasnya, yang menunjukkan ia dilakukan untuk mengelak daripada dikesan radar.
"Yang paling penting ialah ukuran skala standard dan warna pesawat yang hilang itu berpadanan dengan imej kapal terbang berkenaan," beliau dipetik sebagai berkata demikian dalam laporan The Hindu itu.
Anoop mendoakan keselamatan penumpang dan merayu kepada mereka yang pakar dalam IT sesebuah pesawat supaya menyiasat lebih lanjut imej itu bagi mengesan kedudukan pesawat berkenaan, menurut laporan itu.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Bagaimana dia tahu pesawat tu bewarna putih dan berjalur merah sedangkan waktu itu gelap?
BalasPadamwaktu untuk ia sampai ke Maldives pun tidak konsisten kerana perbezaan waktu antara Kuala Lumpu dan Beijing (+8GMT) sedangkan Male (+5GMT)?
Pesawat paling lama boleh terbang adalah 6 jam dan sepatutnya waktu di Male (sekiranya pesawat melintasi) adalah antara 2pg - 3 pg waktu tempatan.
. . .
Diaorg pakai torchlight battery eveready suluh kapalterbg nmpk clear sgt....
Padamapa yang kau cite ni...semalam telah di terangkan oleh ceo mas...pesawat itu telah di bekalkan minyak sehingga 8 jam penerbangan tidak termasuk 45 minit...untuk bertukar arah jika masalah mendarat.
PadamMatahari terbit di Maldives 6.15pagi.
Padamhttp://www.timeanddate.com/worldclock/astronomy.html?n=715&month=3&year=2014&obj=sun&afl=-11&day=1
Singgah isi minyak di Diego Garcia n terbang semula ke destinasi yang tidak diketahui...
BalasPadamanon4:08
BalasPadambanyak fakta yg perlu diperhatikan
MH370 ada bekalan minyak untuk 61/2 jam penerbangan (KL-Beijing) tapi seperti biasa masih ada extra + - 20% minyak spare untuk kecemasan ( semua syarikat penerbangan dunia buat)
DILAPURKAN pada pukul 6.15 pagi pesawat dikesan berada dikawasan Kuda Huvadhoo ... Maldives ni kawasannya rendah pandang kiri kanan nampak laut jer bang ..
kalo 6.15pg tu dah TERBIT MATAHARI di Maldives bang ... kalo di KL pukul 7.20 pg
GMT Maldives +3 .. KL +8 .... pukul 7 pg keluar umah abang pakai lampu suluh ke ??
6.15 di Maldives ialah 3.15 di KL tapi bumi berputar Timur ke Barat dgn setiap zone waktu berbeza 1 jam ...
itu sebab kalo berpuasa belayar ke arah barat mmg cukup seronok ... waktu berbuka cepat bang ....
berapa jarak dari Igari (1.07 pg) ke Kuda Huvadhoo (6.15pg) bang ??
berapa laju maksima pesawat boleh terbang ??
bukan niat nak perlekehkan orang lain ... tapi kalo komen sebelum berfikir dulu ... nampak la juga sifat kurang matang ....