Selasa, 25 Mac 2014

MH 370 ~ Selepas Analisa 7 'Ping Kini Usaha Menjejak Kotak Hitam..!

Rupanya dalam kecanggihan teknologi kini, pihak Inmarsat telah dan masih menggunakan teknologi lama dalam pencarian MH 370…

LONDON: Satelit Britain, Inmarsat menggunakan alat pengesan gelombang kurun ke-19 untuk menganalisis tujuh isyarat 'ping' yang dicerap satelit itu daripada pesawat MH370 untuk memastikan titik destinasi terakhirnya. 

Petunjuk terbaru itulah yang membawa kepada pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi bahawa pesawat Boeing 777 yang hilang sejak lebih dua minggu itu terhempas di selatan Lautan Hindi dengan mengorbankan semua 239 orang didalamnya. 

Isyarat "ping" itu secara automatik dipindahkan pada setiap jam daripada pesawat selepas semua system perhubungan pesawat dimatikan dan dikesan ia meneruskan penerbangan untuk beberapa jam selepas dilaporkan hilang ketika perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. 

Daripada waktu isyarat memngambil masa untuk sampai ke satelit dan sudut ketinggian, Inmarsat mampu untuk memberikan dua arca, satu di utara dan satu lagi di selatan kemungkinan pesawat melaluinya. 

Saintis Inmarsat kemudian menyiasat isyarat 'ping' itu menggunakan teknik berdasarkan kesan Doppler effect, yang menghuraikan bagaimana perubahan pada arus gelombang secara relatif kepada pemerhatian menerusi imej satelit, kata jurucakap Inmarsat hari ini. - AFP


Pihak Amerika jugak membantu dengan menghantar…

WASHINGTON: Amerika Syarikat akan menghantar alat pengesan bunyi dan dengungan yang mampu menerokai dasar laut sedalam 15,00 kaki untuk membantu operasi mencari bangkai pesawat MH370. 

Pentagon berkata, peralatan sonar yang dilengkapkan dalam kenderaan menyelam dasar laut - Bluefin itu kini berada di Australia selepas jam kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa pesawat MH370 mengakhiri penerbangannya di Lautan Hindi, semalam. 

Kita mempunyai kira kira 200 orang yang dalam kesedihan ketika ini. Mereka baru saja menerima berita yang mengejutkan dari kerajaan Malaysia," kata jurucakap Pentagon, Laksamana Muda, John Kirby. 

Bluefin berukuran lima meter panjang dan seberat 800 kilogram, demikian menurut Tentera Laut AS. 

Kirby berkata, Bluefin mampu beroperasi lebih sehari dalam had laju perlahan. 

Keputusan untuk menghantar Bluefin itu adalah tambahan kepada aset pengesan sonar "Towed Pinger Locater," yang mempunyai teklologi lebih tinggi untuk mengesan kotak hitam. - AFP 

Kotak hitam perlu segera dicari agar dapat merungkai 1001 persoalan yang sedang bermain disetiap minda kita semua…!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan