MH370: Cuaca Buruk, Pencarian Hari Ini Ditangguhkan.
KUALA LUMPUR: Pencarian pesawat MH370 ditangguh pada Selasa berikutan cuaca buruk di kawasan pencarian, kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA).
Ia berkata keadaan laut bergelora hari ini dengan ombak setinggi dua meter hingga mencecah empat meter.
Kawasan itu juga diramal mengalami tiupan angin kencang sehingga 80 kilometer sejam, beserta hujan lebat dan awam yang rendah dengan ketinggian antara 200 dan 500 kaki dari paras laut.
"AMSA telah membuat penilaian dan mengambil keputusan keadaan cuaca sekarang akan menyebabkan sebarang aktiviti pencarian udara dan laut berbahaya dan mendatangkan risiko kepada kru.
"Oleh yang demikian, AMSA menangguh semua operasi mencari di laut dan udara hari ini ekoran keadaan cuaca sebegini," katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu..
MH370: China Mahu Malaysia Sediakan Bukti Data Satelit
BEIJING: China menuntut Malaysia menyerahkan data satelit yang ada selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman bahawa pesawat MH370 telah mengakhiri penerbangan di Lautan Hindi berdasarkan data dari satelit.
Najib pada malam Isnin mengumumkan bahawa pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal telah mengakhiri penerbangan di lautan berdasarkan data satelit yang dikumpul pasukan penyiasat kemalangan udara dari United Kingdom.
Dalam mesyuarat pada lewat Isnin, Timbalan Menteri Luar China, Xie Hangsheng telah memberitahu Kedutaan Malaysia di China untuk menyediakan bukti terperinci mengenai 'kesimpulan' yang dibuat, kata Kementerian Hal Ehwal Luar China.
"Kami telah meminta pihak Malaysia untuk menyatakan bukti terperinci mengenai pengumuman yang telah dibuat dengan menyediakan kesemua maklumat satelit data yang diperolehi.
"Kerja mencari dan menyelamat tidak boleh dihentikan sekarang, kami meminta Malaysia meneruskan segala usaha menyelamat yang telah dimulakan," kata Xie pada Selasa.
Pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) iaitu MH370 hilang dari radar pada 8 Mac lalu ketika membawa 239 penumpang dan anak kapal ke Beijing dari Kuala Lumpur.
Pada masa sama, agensi berita di China melaporkan negara tersebut kini telah menghantar lebih banyak kapal ke Lautan Hindi untuk mengesan serpihan pesawat tersebut.
Ada yang simpati, ada juga yang biadap…
Berita MH370 Jadi Laporan Utama Portal Berita Dunia
PETALING JAYA:
Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pesawat MH370 yang mengakhiri penerbangannya di Lautan Hindi pada malam Isnin merupakan berita terpenting apabila dimuatkan sebagai muka depan dan tajuk utama bagi akhbar dan portal berita seluruh dunia.
Sejak pengumuman itu dibuat sehingga pagi Selasa, berita tersebut masih menjadi tajuk utama yang menghiasi muka depan akhbar dan portal berita utama dunia.
Disebalik laporan berkenaan, tidak kurang juga portal berita yang cuba menyelitkan fakta kontroversi dan menyalahkan pihak tertentu termasuk kerajaan Malaysia.
Portal berita saluran televisyen terkenal CNN melaporkan harapan keluarga penumpang dan anak kapal sejak dua minggu lalu untuk menemui ahli keluarga mereka dalam keadaan selamat kini berkecai.
Portal berita The Telegraph pula menjadikan teori membunuh diri yang mungkin telah dilakukan sebagai tajuk berita.
Bagaimanapun portal itu gagal menyebut pihak yang memberikan teori berkenaan dan hanya mengatakan maklumat itu daripada pasukan penyiasat.
Sementara itu, Daily Mail Online pula berkongsi mengenai kesedihan keluarga penumpang di China yang kecewa dengan berita terbaharu itu.
Manakala Metro.co.uk pula menyebut keluarga penumpang China menuntut pihak yang bertanggungjawab dikenalpasti.
Portal berita itu juga menyifatkan pengumuman perdana menteri sesuatu yang lewat dilakukan serta memalukan sedang ia dibuat sejurus selepas Najib mendapat taklimat daripada pasukan penyiasat.
Selain itu, portal berita BBC pula mendakwa pesawat MH370 telah terhempas ke dalam laut dengan memetik pengumuman Najib bahawa penerbangan itu berakhir di Lautan Hindi.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan