Ahad, 30 Mac 2014

MH 370 ~ Yang Terurai Makin Kusut & Terbelit Nampaknya..!!!



Apa cerita?

Takkan memaklumkan sesuatu berita penting sebesar isu MH370 boleh dipertikai sewenangnya? Apakah kenyataan sebuah ketua negara boleh ditidakkan dengan begitu mudah?


Takkan tiada persefahaman di antara dua pihak yang saling rapat bekerjasama? Kenapa tidak dikunci permuafakatan dalam isu sebegini penting?

Kenapa setelah 5 hari baru pihak Inmarsat menafikannya? Apa sebenarnya 'wayang' yang sedang dipersembahkan? siapa yang sebenarnya bermain wayang?


Itu sebab banyak pihak sinis dengan ketegasan dan ketetapan kita dalam mengurus bencana.

Isu lambat bertindak oleh pihak tentera udara juga tidak boleh dipandang sepi oleh pihak berwajib..! 

Jawapan Menteri jelas boleh dipertikai dan dipersoalkan oleh rakyat terbanyak..

Antara isu utama yang terus dibangkitkan ketika ini adalah bagaimana radar tentera Malaysia tidak dapat mengesahkan pesawat yang berpatah balik pada awal pagi 8 Mac lepas adalah MH370.
"Itu masih di peringkat awal spekulasi pada masa itu. Saya boleh mengesahkan bahawa kami perlu meneliti semula, menyorot kembali kemungkinan. Kami meminta tentera untuk menyorot kembali kerana SOP tidak diikuti. Bila kita ulang balik baru kita tengok ada titik berkenaan. Yang itu tidak diketahui sesiapapun.
"Saya berkongsi pengalaman saya dengan media Malaysia. tetapi di peringkat awal apabila mereka memaklumkan saya seperti kemungkinan satu peratus (bahawa titik yang dikesan adalah MH370) dan saya kata teruskan carian anda.
"Apabila kami kehilangan data itu, serahkan kepada Vietnam dan saya meminta pihak tentera untuk ulang balik dan diteliti semula," katanya dalam sidang media khas kepada wartawan Malaysia di sini, Sabtu.
Hishammuddin berkata tindakan yang sama juga dilakukan badan-badan antarabangsa yang terlibat dalam operasi SAR itu yang akhirnya mengesan waktu terakhir isyarat pesawat itu direkodkan satelit, sehinggalah kepada mengecilkan kawasan pencarian di koridor selatan.
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Sebelum ini, siasatan awal ke atas rakaman radar militari menunjukkan ada kemungkinan juruterbang pesawat MH370 melakukan 'air turn back' atau berpatah balik ke KLIA, dan ia disahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Mac bahawa pesawat itu telah terbang ke arah barat dari laluan yang sepatutnya.
Hishammuddin mempersoalkan apakah tindakan terbaik yang boleh diambil sekiranya pesawat yang dikesan membuat pusingan balik itu disahkan sebagai MH370.
"Kalau dah tahu, adakah kita nak scramble jet? Apa kita nak buat? Takkan kita nak tembak? Cakap memang mudah. Kalau diletakkan di tempat saya baru tahu seribu satu perkara yang perlu difikir sebelum buat keputusan.
"Nak tuduh mudah, nak buat spekulasi lagi mudah tapi kita kena buat tindakan yang bertanggungjawab. Saya rasa kita dah buat yang terbaik setakat mana yang kita mampu," katanya. 
Kita tak tuduh..! kita bertanya kenapa pihak tentera tidak mengambil tindakan segera dalam menjaga keselamatan negara? Kalau Sukhoi tak sempat pintas dari Gong Kedak takkan la Skyhawk tak boleh intai dari Penang kalau pun dah tak terkejar dari Kuantan?
Persoalan rakyat kini ialah kenapa tidak bertindak dengan menyaingi penerbangan yang tidak dikenalpasti tersebut untuk mengiringinya keluar dari wilayah kita? Kita tak suruh pun tentera kita tembak..! Siapa pulak yang takde akal nak tembak commersial aircraft? Jet fighter pun kita tak boleh terus tembak apatah lagi pesawat komersil..!
Pernah satu kejadian kapal terbang komersil Greece Helios Airways yang terhempas melanggar gunung telah dikejar dan diawasi oleh 2 jet pejuang F-16. Baca sini. Soalnya kenapa orang lain boleh buat dan kenapa kita tidak? Jadi jawapan Menteri belum cukup memuaskan hati rakyat sebenarnya..!
Kalau ada kesilapan, kelemahan dan perlanggaran etika kerja nyatakan sahaja dan ambil tindakan dan rasanya rakyat akan menerima kerana ada keberanian dan kejujuran dalam memberikan jawapan..! Itu pun kalau Menteri nak 'meletakkan' diri nya sama di tempat rakyat…!!!
Dibawah ni satu hal  lagi ni, ini ke contoh kebijaksanaan dalam mengurus bencana?
Agak agak apa pulak tindakan yang akan diambil? Ingat isu Polis Raja Di Malaysia?



Terhempas ke dirampas?
Mana satu?
Lu Fikir La Sendiri!!!

7 ulasan:

  1. Cakap memang senang... Yang menghadapi tu yang tahu perit maung... Cth.. Aku tengok ada orang nak buat anak cukup senang- cucuk sekali dah mengandung... Dia kata alah senang je.... Ada pula cucuk bertahun tak dapat dapat... Susah nya... Masalahnya pernah ke kita hadapi krisis begini...cuba tengok krisis lahat datu... No problem sebab kita pernah hadapi dulu...cakap senang....

    BalasPadam
  2. Masa saya dan keluarga menonton drama diTV 2 ada keluar flash belita yang mengatakan pesawat MH370 dirampas terpampang dikaca TV.kejadian tersebut berlaku pada malam jumaat ,saya tertanya tanya kenapa berita tersebut dikeluarkan.....siapa punya angkara .....apakah permainan yang sedang berlaku?
    Dari apa yang sedang berlaku .....orang ramai boleh membuat berbagai andaian .....Banyak persolan yang timbul mengapa pihak TUDM tidak memintas dan mengiringi pesawat tersebut ........dan mengapa menara kawalan trafik tidak memaklumkan kepada TUDM selepas pesawat hilang dari radar .Terlalu banyak persoalan yang timbul,persoalanya adakah petugas dikedua dua menara trafik tidur semasa bertugas ?Perkara ini jelas kelihatan setelah kapal terbang MH370 tidak mendarat di bijing........barulah mula kelam kabut hishamudin perlu memberi jawapan yang baik dan tepat.Dengan kelajuan F29 MIG TUDM cuma memerlukan kurang 40 minit untuk memintas pesawat tersebut .

    BalasPadam
  3. Boleh aku tanya soalan?
    Kenapa pihak Thailand atau Indonesia tidak scramble jet mereka apabila mh370 memasuki ruang udara mereka? Dah tentu flight path not originated from their airspace.

    BalasPadam
  4. ANON ..30 Mac 2014 10:21 PG
    Aku sependapat dengan anda ...kalau Malaysia tak cekap kenapa Thailand, Indonesia dan yang terbaru Australia tak dapat kesan pesawat tersebut .... Lagi satu Pesawat itu terbang berhampiran dengan pulau Garcia ... amerika pun tak dapat kesan ..KESIMPULANNYA kalau Malaysia tak cekap MAKA Amerika dan Australia lagi HAPRAK nak mampuus... betul taak.

    BalasPadam
  5. Barat-ZIONIS sedg. mempermainkan kita - Inmarsat ni pun dikuasai si CIA-Bush, dan dua syarikat pertahanan IBM dan Freescale, yg. ada 21 pekerja/saintis termasuk saintis Malaysia/Cina/USatas MAS itu (lihat di http://uprootedpalestinians.wordpress.com/2014/03/25/there-are-links-between-inmarsat-the-company-that-unilaterally-declared-mh370-lost-and-freescale-semiconductors/ , There are links between Inmarsat, the company that unilaterally declared MH370 lost and Freescale Semiconductors, Posted on March 25, 2014 by michaellee20099). Jadi disyaki si Rothschild/Mossad-Israel ni dgn. sekutu CIA-MI6-NATOnya nak sembunyikan sesuatu rahsia pertahanan!

    Bah. pertama:

    Lihat bagaimana replika (clone) MAS kita telah ditemui di ISRAEL - yg. disembunyikan dari 2013 lagi (lihat gambar replika MAS itu di http://beforeitsnews.com/alternative/2014/03/actual-photo-of-flight-370-clone-at-tel-aviv-airport-2928028.html , Actual photo of flight 370 clone at Tel Aviv airport, By Jimstonefreelance (Reporter), March 28, 2014).

    Dan si FBI/CIA/Pentagon-MI6-NATO (Barat), yg. sebenaqnya sudah dikuasai puak SYAITAN Illuminati Mossad-Israel/ZIONIS, dan ejen tempatannya dr. PENGGANAS Red Bean, DAPBANGKAI serta PELIWATPEMBANGKANGSONGSANG, memangnya tak habis-habis nak mengalih perhatian dari bukti penglibatan Diego GarCIA di tengah Lautan Hindi yg. sebenarnya adalah pengakalan tentera BAWAH TANAH- kongsi US-British-Israel yg. mungkin mengandungi senjata Nuklear (MAS disyaki di ‘hijack’ situ dulu sebelum di'hempaskan' di Lautan Hindi) – didedahkan oleh wartawan Shimatsu di bawah.

    Dan sekarang rejim PENIPU Australia/Barat-ZIONIS tu pun nak mengalih perhatian sejauh-jauhnya dr. Diego GarCIA; ubah arah pencarian kat tpt. lain pula, kononnya pilot pandu lebih laju dr. biasa! Nasib baik ada Media Alternativ, yg. cuba memberikan maklumat benar – tak mcm si CNN yg.memnagitu memang si CELAKA News Network dan si FOCK News itu pun yg. sama CELAKAnya!!

    Maka sekiranya serpihan yg. dijumpai di Lautan Hindi BUKAN dari MAS kita, maka mungkin replika MAS ini akan digunakan di masa hadapan, oleh si Mossad dan sekutunya ini, utk. mengebom Amerika di masa hadapan, dan menyalahkan dua ‘Iranian hijackers’ itu. Maka Israel dan sekutu CIA-MI6-NATOnya disyaki akan menggunakan alasan ini utk. mengebom Iran dgn. bom nuklear, di samping menyalahkan K'jaan Islam/Melayu kita - utk. memulakan Perang Dunia Ketiga! Dan kerana itulah berita replika MAS di Israel ini mesti disiasat, didedahkan di seluruh dunia serta kemungkinan penglibatan ZIONIS palaing DAJAL Soros/Rothschild dgn. replika MAS ini!

    Lihat artikel amat BERNAS dr. wartawan Jepun Yoichi Shimatsu, yg. menyambungkan titik-titik penting misteri kehilangan MAS kita ini, termasuk kemungkinan penglibatan si ZIONIS Soros, bukan shj. utk. menjatuhkan Iran tetapi kerana dendamnya yg. lama, pd. YAB Ayahanda Tun Dr. Mahathir kita!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    BalasPadam
  6. anon 10.21 pg, kalau kat Malaysia ni pun, Barat-ZIONIS ada ejen tempatannya dr. PENGGANAS Red Bean, DAPBANGKAI serta PELIWATPEMBANGKANGSONGSANG, lu ingat kat negara lain tak dak ke ejen DAJAL mcm. ni?! Fikir sendirilah!

    Makcik Sambal Belacan.

    BalasPadam
  7. PEMBETULAN:

    Barat-ZIONIS sedg. mempermainkan kita - Inmarsat ni pun dikuasai si CIA-Bush, dan dua syarikat pertahanan IBM dan Freescale, yg. ada 21 pekerja/saintis termasuk saintis Malaysia/Cina/US atas MAS itu, dikuasai Rothschild, ZIONIS plg. DAJAL (lihat di http://uprootedpalestinians.wordpress.com/2014/03/25/there-are-links-between-inmarsat-the-company-that-unilaterally-declared-mh370-lost-and-freescale-semiconductors/ , There are links between Inmarsat, the company that unilaterally declared MH370 lost and Freescale Semiconductors, by michaellee2009, March 25, 2014). Jadi disyaki si Rothschild/Mossad-Israel ni dgn. sekutu CIA-MI6-NATOnya nak sembunyikan sesuatu rahsia pertahanan!

    Makcik Sambal Belacan.

    BalasPadam