Sebenarnya satu tragedi yang menginsafkan kerana…
- apakah benar ianya sebuah plot yang dirancang?
- apakah benar kita hanya menjadi mangsa mainan dan percaturan pihak yang rakus lagi kuat dan berkuasa?
- apakah benar kita masih lagi mentah dengan sepak terajang politik antarabangsa?
- apakah benar bahawa ada diantara kita hanya layak menjadi kambing hitam dalam menjayakan rancangan pihak yang zalim lagi haloba?
- apakah benar setiap hari kita hanya menari dengan rentak tarian yang didendangkan oleh mereka yang meniup serulingnya?
- apakah benar kejadian sebegini tidak memberi makna kepada kehidupan kita semua?
- apakah benar kita masih lagi mempedulikan nasib anak cucu cicit, agama, bangsa dan negara kita?
- apakah kenyataan diatas ini benar?
Lu Fikir La Sendiri!!!
Cuba cuba lah fahamkan..!!!
Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, bekas ketua juruterbang Serantau MAS (Malaysia Airlines).
Biodata Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain:
- Bekas ketua juruterbang Serantau MAS Malaysia Airlines
- Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berpengalamaman lebih 30 tahun
- Isteri Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain adalah Ketua Pramugari MAS Malaysia Airlines
- Bapa Mertua Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain adalah bekas Ketua Jurutera Malaysia Airlines MAS
- Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain pernah bawa pasukan gergasi seperti Manchester United, Real Madrid serta tokoh politik dunia iaitu bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton
Antara Intipati Pendedahan Kapten Nik Huzlan Mengenai Tragedi MH370?
- Mustahil sebenarnya untuk sebuah kapal terbang seperti MH370 terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.
- Selaian daripada itu, agak mustahil juga untuk kita semua mengatakan pesawat MH370 mengalami total ‘electrical shutdown’ dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan kecemasan. Bukan itu sahaja, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.
- MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi ‘maintainance’ kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.
- Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurut Kapten, juruterbang MAS sering “diculik” oleh syarikat penerbangan lain.
- Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan,untuk selamatkan pesawatnya,walaupun gunung ada di depan.Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.
- Setiap pesawat boleh terkena petir,itu biasa. Namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.
Kapten Nik Ahmad sempat menemplak laporan berita luar negara yang membuat berita yang cukup “nonsense dan dongeng” apabila mengatakan pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines telah pergi ke Rusia sedangkan untuk ke sana MH370 perlu melepasi Banjaran Himalaya termasuk pancaran radar dari Turki, Uzbekistan, Turkmenistan
Radar-radar di negara Thailand, India, Myanmar (mungkin) dan negara-negara ‘tan’ di belakang, amat serius dan akan mengambil tindakan jika berlaku sebarang aircraft yang tidak dikenali di dalam airspace mereka.
Negara seperti ini, sangat berbahaya jikalau dapat mengesan pesawat yang menceroboh kedaulatan negara mereka. Kecanggihan peralatan ketenteraan mengawasi ruang udara negara mereka tidak boleh dipermainkan. Begitu juga radar negara India “sangat-sangat berbahaya”.
Jangan tidak tahu, negara seperti di Singapura radar sangat hebat mereka mampu mengesan sehingga ke Kota Kinabalu.
Hanya pilot sahaja yang boleh mematikan transponder atau mmsg dalam mode tertentu.
Dan hanya orang yang berpengalaman mengenai koordinat dan tahu susuralur setiap jalan di udara.
Cara plane MH370 buat turning back seperti profesional kerana masa tepat dan kelajuan plane stabil, tidak laju, tidak perlahan dan tidak terhuyung-hayang
MH370 Dirampas Pengganas?
Kapten Nik Huzlan juga mengatakan andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) tidak mungkin dilakukan seorang. Pasti ada yang membantu yang mana bergerak dalam kumpulan. Siapakah dia?
MH370 hijacked (MH370 dirampas) boleh berlaku dengan syarat kumpulan tersebut arif dengan kokpit, besar kemungkinan “authorised person” di mana dilakukan dalam bentuk terancang yang ‘mungkin’ digerakkan ala-ala komando
Kapten Nik Huzlan mengatakan kapal terbang MH370 berpatah balik, mungkin diterbangkan oleh orang yang mahir dengan laluan dan sangat berkemahiran tinggi untuk mengelakkan dari dikesan radar
Andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) sekalipun tidak akan dilakukan oleh penumpang. Sangat tipis kerana pintu masuk kokpit ada kod rahsia. Hanya kabin krew yang tahu kod rahsia itu. Apatah lagi, di dalam kokpit mempunyai CCTV unttk pilot/co pilot melihat disebalik pintu tersebut.
Tetapi Kapten Nik Huzlan ada berkata bahawa sekiranya salah seorang penumpang adalah orang yang sangat arif tentang kapal terbang, dan memang ada agenda konpirasi tersendiri, jadi tidak mustahil berlaku insiden MH370 hijacked (MH370 dirampas)
Sekiranya berlaku rampasan pesawat MH370 sekalipun, mereka masih ada masa untuk bersedia menghantar isyarat kecemasan.
Kapten Nik Ahmad tidak menolak kemungkinan sekiranya MH370 dirampas oleh kabin krew (pilot/co-pilot/pramugara/pramugari), cuma tidak dipastikan apa motif mereka.
Kapten Nik Ahmad mendedahkan jikalau MH370 pergi arah Kazakhtan, memang boleh mendarat di sana,tetapi radar masih boleh kesan sebab untuk pergi kesana perlu melalui banyak negara
Jikalau MH370 pergi Lautan Hindi (Indian Ocean), memang tiada kapal terbang yang pernah lalu sana.
Kapten Nik juga ada berkata bahawa terdapat banyak radar yang boleh detach MH370. Jika MH370 turn over ke arah barat menuju ke Andaman Sea (Laut Andaman) Jika MH370 turun ke bawah menuju ke Diego Grasia ke arah apa yang dipanggil ‘lonely sea‘ iaitu Lautan Hindi, baru kata kapal terbang MH370 hilang. Kerana tiada radar yang berdekatan sana yang mampu menangkap dan mengesan pesawat MH370 ini.
Akhir sekali, Kapten Nik Huzlan menyatakan bahawa, Kapten Zaharie adalah antara juruterbang terbaik yang beliau pernah kenal selama kurang lebih 30 tahun.
Insiden MH370, mengingatkan dunia tragedi pesawat jenis Airbus 330-203 milik Air France yang terhempas ke dalam laut di perairan dengan Rio de Janeiro pada 1 Jun 2009 tetapi bangkai pesawat itu hanya ditemui dua tahun kemudian.
SALAM BRO...ANUWAR BERANI BODOH2KAN KEUPAYAAN BRITAIN & AMERIKA YG BYK TEKNOLOGI CANGGIH..AGAKNYE DIA BLUM KNE SUNTUT LG DGN "MUNCUNG KAPALTERBANG" GAY SANA..KEHKEHKEHKEH
BalasPadamK'jaan kita mesti JANGAN . tunduk dgn. Amerika-si DALANG-DUA-MUKA ini (patutlah seluruh Dunia, termasuk Tanah Melayu ISLAM kita ini mahu di’GAY‘kan oleh puak pengikut SYAITAN Illuminati Barat-Zionis , melalui ejen tempatannya termasuk si PELIWATPEMBANGKANGSONGSANG - lihat di http://www.thetruthseeker.co.uk/?p=40983, Repost: Obama’s Sodomite Past Comes Back To Haunt Him, By Wayne Madsen on January 8, 2012 - kalau berita ini tak benar, tentu Obama dan geng Gaynya yg. ramai dlm rejim Amerika, dah SAMAN). Dan apa maknanya Illuminati ini - lihat di http://www.blissful-wisdom.com/rothschild-sponsored-zionism-world-banking-control-and-israel.html, Rothschild sponsored Zionism, World Banking Control, and Israel; dan http://www.tokenrock.com/explain-order-of-skull-and-bones-the-78.htm, The Order of Skull and Bone.
BalasPadamLagipun, hairan betul media-media besar Barat-Zionis terutamanya CNN, tak lansung bangkitkan kenapa pengkalan militari US di Diego Garcia ini, dgn. sistem satelit yg. pasti amat canggih, tak dapat kesan lansung MAS di RADARnya, kalau kononnya melintasi Lautan Hindi ke atas pulau Maldiveslah, ke Kepulauan Andaman, dari awal lagi!
Sedgkn tentu pengkalan militari ini akan memantau seluruh Lautan Hindi di RADARnya utk. kemungkinan ia disasarkan ‘teroris’ melaui laut atau udara, termasuk melalui peluru berpandu (yg. takkan ada radar pun). Tapi CIA/Pentagon sebelum ini tahu pula MAS dah ‘terhempas’ di Lautan Hindi – sekarg. dah nafi pula! Lihat di di http://maelpengerang.blogspot.com/2014/03/mh370-prayformh307-kenapa-satellite.html, Kenapa Satellite Amerika Gagal Kesan MH370? , March 15, 2014; dan https://www.facebook.com/PeopleForTrueRuleOfLaw/posts/10203269067105644, A MILITARY HIJACK BY AMERICAN AWACS PLANES (over patent rights owned by a Rothschild)?
Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).
Anonymous said...
BalasPadamOleh kerana perjuangan Wan Azizah yg paling utama di PRK Kajang ialah membela Anwar,jadi sebagai org Islam saya tidak akan mengundi beliau.
Ini adalah kerana saya sangat yakin Anwar memang melakukan liwat tersebut berdasarkan bukti-bukti mahkamah dan juga kegagalan Anwar dari segi moralnya utk melakukan perkara yg sama seperti apa yg Saiful lakukan.
Saiful dgn berani membuat lapuran polis,membuat pemereksaan doctor ,menyerahkan DNAnya secara sukarela utk di uji, berdiri di kandang saksi utk di soal balas oleh peguam bela dan paling utama keberanian beliau bersumpah laknat bagi membuktikan beliau benar.
Semua ini satu pun tidak di lakukan oleh Anwar.
Saya takut jika saya mengundi Wan Azizah,saya pula yg di laknat Allah kerana membela seorang peliwat satu perbuatan keji yg dilaknat Allah dan Rasull Nya.
Jadi lebih baiklah saya menjauhkan diri dari menyokong beliau.Lagi pun saya dapati satu ketika dulu Wan Azizah pernah berbohong dalam kes jam Omega dulu.