Isnin, 24 Mac 2014

MH 370 ~ Cina Ajak Bertaubat & Taufan Tropika Bukan Halangan..!


Pertama isu cina yang mengajak kita semua bertaubat…

Layan..

PERJALANAN menaiki pesawat MAS dari Kuantan ke KLIA pada 17 Mac 2014, jam 7.45 malam, begitu menarik. Anak kapal (pilot) membaca doa menaiki kenderaan. Diikuti apabila mendarat disebut Alhamdulillah. Sejuk hati.

Selepas transit sebentar untuk ke Kota Bharu, saya ingatkan anak kapal akan melakukan perkara sama, rupanya tidak. Paling kurang menyebut Bismillah, dan Alhamdulillah.

Sepatutnya semua ini dijadikan prosedur dan panduan, tonjolkan kepada pelancong, inilah Malaysia, yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.

Hari ini, boleh dikatakan semua penumpang ‘sengsara’ menaiki pesawat. Segala-gala akan diperiksa, luar dan dalam. Barang yang dibawa kena scan dua kali sebelum ‘check in’ dan selepas.

Apa nak buat keselamatan lebih penting dari segalanya.

Apa pun hati berasa lega berada dalam pesawat MAS dapat mendengar kalimah-kalimah yang dikaitkan dengan ALLAH, walaupun tidak semua melakukannya. Pesawat tambang murah lain, sekelumit kalimah ALLAH langsung tidak kedengaran.

Saya bukanlah orang teknikal untuk memberikan komen terhadap kehilangan MH370. Meskipun begitu, beberapa perkara perlu diambil perhatian.

Pertama, lakukan pemeriksaan ketat seperti yang dilakukan kini. Tidak mengapa, saya rela menanggalkan dan membuka apa yang diminta seperti jam tangan, tali pinggang dan apa jua peralatan telekomunikasi. Rabalah sepuas-puasnya demi maruah dan keselamatan tanah air tercinta.

Jika kita berada di luar negara, mereka akan melakukan perkara sama, malah lebih teruk daripada itu sehingga menggunakan anjing.

Kedua, semua anak kapal (Islam), terutama pilot, mesti ditanamkan dengan jiwanya dengan roh Islam. Mengutamakan jati diri agama, bangsa dan negara. Mereka tidak boleh hanyut dengan segala keseronokan dalam kapal.

Ketiga, elakkan menjamu makanan dan perkara haram dalam pesawat. Mereka meminta arak itu, adalah kalangan mereka yang biasa minum arak. Cuba alihkan mereka dengan makan tempatan yang lebih berkhasiat seperti cendol dan sebagainya.

Keempat, biasakan anak-anak kapal mengingati ALLAH (Tuhan kepada bukan Islam). Sebutlah kalimah bismillah, Alhamdulillah, salam dan lain-lain. Perkara ini nampak kecil, tapi impaknya besar.

Kelima, tutuplah aurat pramugari jika mereka berkehendakkan. Lagipun untuk mengelakkan rambut jatuh ke dalam makanan. Tidak salah jika pramugari menutup aurat (Islam) dan pakaian bersopan untuk bukan Islam. Amat menjengkelkan apabila pakaian pramugari singkat dan jarang. Keenam, kita hendaklah jangan terlalu kebaratan ketika berada dalam pesawat.

Amalkan budaya-budaya negara. Utamakan bahasa Melayu. Ucapkan salam dan selamat mengikut cara kita. Belajarlah dengan anak-anak kapal pesawat Thai, Brunei dan sebagainya. Mereka sentiasa mengutamakan jati diri negara.

Ketujuh, jika ditakdirkan berlaku lagi insiden seperti MH370 pada masa depan, jangan memanggil bomoh untuk mencari. Jika Islam itu boleh diubati dengan menggunakan bomoh, sudah tentu umat Islam tidak perlu bersusah payah atau ada yang merempat hari ini. Gunakanlah bomoh untuk mengatasi segala-galanya.

Nabi Muhammad adalah raja segala bomoh dan mempunyai mukjizat. Kenapa dan mengapa Rasulullah tidak menggunakan mukjizat yang ada untuk membomohkan semua bukan Islam supaya tunduk dan menurut kata-kata Baginda? Atau dengan bahasa mudah membomohkan mereka supaya segera memeluk agama Islam dan tidak perlu bersusah diuji dan dicuba?

Jika bomoh kita terlalu mujarab, kita bomohkan air yang disalurkan kepada Singapura.

Apabila diminum, merekapun akan tunduk kepada kita dan menyerah diri untuk bersunat, serta membeli air kita dengan kadar harga semasa, bukan membeli dengan harga 0.03 sen per 1,000 gelen?

Kepada pembuat keputusan dan pembesar negara, gunakan kuasa mencari keredaan ALLAH selagi ada kuasa. Hak ini dijamin perlembagaan. Kita bimbang, apabila tidak ada kuasa nanti, baharu nak menyesal. Jangan leka ketika berkuasa, hanya bertaubat setelah pencen. Buruk rasanya.

Tulisan Dr Redhuan Tee Abdullah.

Keduanya, walaupun cuaca ribut pihak bertanggungjawab akan terus mencari dan mencari..

SEPANG: Pencarian MH370 tetap diteruskan walaupun taufan tropika di Lautan Hindi mengancam pergerakan kapal yang dikerahkan untuk mencari serpihan yang mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat yang hilang itu.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beberapa kapal yang bergerak ke lokasi di mana dua objek telah dilihat oleh satelit, 2,500 km dari barat daya Perth, Australia, perlu berdepan dengan keadaan cuaca teruk termasuklah taufan Gillian di bawah Kategori Satu.

"Walaupun sukar tidak ada negara berkata tidak kepada permintaan kami untuk mendapatkan bantuan," kata pemangku Menteri Pengangkutan itu yang memuji usaha-usaha pasukan carian multinasional yang mana Malaysia bertindak sebagai penyelaras.

Menurut laman web Biro Meteorologi Australia, taufan tropika boleh dikategorikan dari Kategori Satu (paling lemah) ke Kategori Lima (kuat).

Taufan Kategori Satu membawa kelajuan angin dari 90 - 125km/jam.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata Taufan Gillian , yang dilaporkan telah melanda Pulau Krismas, menjadi laluan beberapa kapal yang menuju ke perairan di mana terdapat objek yang dirakam satelit Australia.

Kedalaman laut di lokasi mencari serpihan yang mungkin berkaitan MH370 adalah antara 150m dan 7,000 m.

"Ia bukan dalam kawasan mencari dan menyelamat lagi, tetapi ia boleh melanda kawasan ini," kata Azharuddin, sambil menambah taufan itu boleh menjejaskan usaha mencari dan menyelamat.

Dua kapal dagang dan lima pesawat sudah berada di dalam kawasan itu manakala dua pesawat IL -76 Ilyushin dijangka tiba di Perth untuk membantu dalam pencarian di koridor selatan yang meliputi Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

LU Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. Ya Allah bukalah mata hati orang Islam di Malaysia ini.

    BalasPadam
  2. Pemimpin kita sendiri sepatutnya lebih komited untuk melaksanakan nilai islam dlm semua aspek.Apakah yg ditakutkan apalagi yg kita ada jika ketika kita berkuasa pun tidak berdaya pun melakukan apa yg sepatutnya.Setiap pro ada kontra isu ini tak akan tidak ada kerana azali lagi setiap benda akan ada lawannya..ada mata kiri ada pula mata kanan, ada hidup ada mati....jadi fikir fikirkanlah.

    BalasPadam
  3. Banyak Urusan Caca merba....

    BalasPadam
  4. Dah tu kehendak org muda melayu mereka merupakan majoriti golongan pengundi. Mungkin mereka nak reformasi dalam pemerintahan negara d mana tiada lagi hakkeistemwaan kaum melayu seperti dinikmati oleh org tua mereka dulu. Bukan dia tak tahu dasar pembangkang khusunya dap. Org tua cuma tengok saja gelagat org muda yg tak guna akal agenda mereka. Jagn sampai jadi penagih simpati dari kaum lain untuk hidup dibumi sendiri.

    BalasPadam