Ahad, 23 Mac 2014

MH 370 ~ Bukan Kapal Tapi Macam Macam Misteri Timbul ..!


Macam macam misteri yang menyelubungi peristiwa MH370 kini, namun…

Polis menafikan dakwaan akhbar tabloid asing bahawa Kapten Zaharie Ahmad Shah telah menerima panggilan dari nombor telefon yang berdaftar dengan identiti meragukan sebelum membuat penerbangan pada 8 Mac lalu.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad berkata tabloid asing itu tidak mempunyai hak eksklusif untuk butiran siasatan.

"Ketua Polis tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan awam yang mengkategorikan siasatan MH370 di bawah tindakan keganasan.

"Perlu dimaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia tidak bertanggungjawab atas penyebaran maklumat, yang berasal daripada sumber-sumber yang tidak dinamakan dan tidak disahkan," katanya, sambil menambah berita dalam tabloid itu hanya spekulasi semata-mata.

Beliau merujuk laporan akhbar tabloid British, The Mail bahawa Kapten Zaharie menerima panggilan dari nombor telefon yang berdaftar dengan identiti meragukan sebelum berlepas pada 8 Mac.

Laporan itu mendakwa penyiasat telah membuat penelitian terhadap panggilan dua minit yang dibuat menggunakan kad sim prabayar yang didaftarkan di bawah nama wanita, tetapi dengan pengenalan palsu.

Ia juga menyatakan bahawa polis telah mengesan kedai menjual kad sim prabayar itu di Kuala Lumpur.

Laporan itu mendakwa spekulasi bahawa pesawat itu mungkin telah dirampas oleh pengganas muncul selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengklasifikasikan kes kehilangan penerbangan MH370 sebagai tindakan keganasan, termasuk rampasan dan sabotaj.

Sebelum ini, dilaporkan

PETALING JAYA: Kapten penerbangan MH370 yang hilang menerima dua panggilan daripada wanita misteri dua minit sebelum berlepas menggunakan nombor telefon mudah alih di bawah identiti palsu, lapor sebuah akhbar Inggeris.

Ia merupakan panggilan terakhir yang dibuat kepada atau daripada telefon mudah alih Kapten Zaharie Ahmad Shah sebelum Boeing 777 meninggalkan Kuala Lumpur pada 8 Mac, lapor The Mail, Ahad.


Penyiasat melihatnya sebagai satu potensi petunjuk yang penting kerana sesiapa sahaja yang membeli kad sim pra-bayar di Malaysia perlu mengisi borang dengan memberi nombor kad pengenalan atau nombor pasport.

Diperkenalkan sebagai langkah anti-keganasan selepas peristiwa 9/11, ini bagi memastikan setiap nombor adalah berdaftar dan boleh dijejaki.

Tetapi dalam kes ini polis hanya mengesan nombor tersebut diperolehi dari kedai yang menjual kad sim di Kuala Lumpur.

Mereka mendapati ia telah dibeli 'baru-baru ini' oleh seseorang yang menggunakan nama wanita, tetapi telah menggunakan identiti palsu.

Penemuan itu menimbulkan kebimbangan kemungkinan adanya kaitan antara Kapten Zaharie, 53, dan kumpulan pengganas yang anggotanya sering menggunakan kad sim yang tidak boleh dikesan.

Mereka yang lain yang telah bercakap dengan juruterbang itu melalui telefon beberapa jam sebelum penerbangan berlepas telah ditemuramah.

Dalam perkembangan berasingan, The Mail
pada Ahad difahamkan bahawa penyiasat kini bersedia untuk menyoal isteri Zaharie yang dikatakan telah berpisah dengan suaminya itu dengan lebih terperinci.
Pasangan ini mempunyai tiga orang anak, tetapi difahamkan masih tinggal sebumbung.
Pemanggil misteri muncul apabila penyiasat Malaysia meneliti rekod telefon Zaharie dan pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid.

Penyiasat berminat untuk mengesan pemanggil dan menemu bual mereka, walaupun mereka menegaskan hakikat bahawa kad sim itu telah didaftarkan dengan kad identiti yang tidak wujud tetapi ia tidak semestinya menunjukkan ia mempunyai kaitan dengan jenayah atau keganasan. - The Straits Times / ANN

Kapal tak jugak timbul tapi yang timbul ialah misteri!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Komen