Jumaat, 19 Disember 2014

Agak Agak Esok Utusan Siar Ke Tak Berita Ni..!


Berani kerana benar..!

KUANTAN - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob bersumpah dalam sidang Dun Pahang hari ini bahawa beliau tidak pernah menerima rasuah daripada pekebun sayur di Cameron Highlands.
   
"Demi ALLAH, demi Rasul, di dalam dewan yang mulia ini saya bersumpah, saya dan Exco tidak pernah menerima apa-apa rasuah daripada pekebun sayur di Cameron Highlands.
   
"Tetapi jangan pula apabila saya bersumpah begini ada yang mengata saya ada terima daripada sumber yang lain pula," katanya pada sesi penggulungan sidang Dun.
   
Menurutnya, kerajaan negeri Pahang telah lama menghentikan pengeluaran kelulusan lesen menduduki sementara (TOL) di Cameron Highlands iaitu sejak tahun 2000 dalam usaha memelihara tanah tinggi itu daripada penerokaan tidak terkawal.
   
Malah katanya, bermula 2007 setiap pembaharuan lesen TOL juga perlu dibawa dalam mesyuarat kerajaan negeri untuk keluluasan dan bukannya menerusi pejabat daerah lagi.

Adnan berkata, langkah itu dilakukan bertujuan untuk mengelakkan rasuah dalam kalangan pentadbir di peringkat daerah itu.
   
"Tetapi apabila saya lakukan tindakan itu ramai pula menyangka saya dan Exco, nak makan duit rasuah sayur," katanya. - Bernama

Sementara itu dilaporkan semalam...

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob memfailkan saman terhadap Utusan Melayu (M) Berhad kerana memfitnahnya melalui artikel bertajuk "Hebat Sangatkah Adnan"?.
Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 Disember lalu melalui firma guaman Tetuan Americk Sidhu.
Sementara itu, Bernama melaporkan writ saman diperoleh media hari ini dan Hakim Yeoh Swee Siam menetapkan 6 Januari depan untuk pengurusan kes. 
Menerusi penyata tuntutan, Adnan mendakwa pada 9 November lepas, Utusan (defendan) telah menerbitkan artikel bertajuk "Hebat Sangatkah Adnan" dalam 'Mingguan Malaysia' di bawah ruangan 'Analisis Mingguan Bisik-Bisik Awang Selamat'.
Dakwa beliau isi kandungan artikel berkenaan telah memfitnah, keterlaluan dan tidak berasas seolah-olah membawa maksud beliau tidak berurusan sebagai Menteri Besar Pahang, gagal dalam menjalankan tugas, telah terlalu lama dalam jawatannya dan seorang yang berpura-pura. 
"Artikel fitnah itu membawa maksud plaintif (Adnan) adalah tidak sesuai untuk memegang jawatan sebagai Menteri Besar Pahang kerana plaintif tidak dapat menerima kritikan dan mempunyai kecenderungan untuk memaparkan keangkuhan dan kelancangan beliau. 
Plaintif juga digambarkan mengabaikan isu-isu yang dihadapi oleh rakyat," katanya di dalam penyata tuntutan itu. 
Tambah Adnan akibat artikel itu, reputasi dan nama baiknya telah terjejas dan membawa kebencian di kalangan orang awam. 
Menurut Adnan, pihaknya telah membuat tuntutan supaya defendan menyiarkan permohonan maaf dan pampasan yang sesuai, namun sehingga kini defendan gagal berbuat demikian. 
Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi tambahan, ganti rugi teladan serta permohonan maaf dalam cara dan bentuk yang diluluskan olehnya. Permohonan maaf itu perlu disiarkan pada muka surat depan akhbar defendan dan Adnan juga menuntut suatu aku janji oleh defendan bahawa mereka tidak akan menyiarkan perkara-perkara fitnah terhadapnya pada masa hadapan. 
Turut dituntut adalah faedah dan kos. 
Amacam? Yang lain ada bran..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. BAHAYA PAK NAN NI.........ADA KE SANGGUP SUMPAH MACAM TU.........KALAU SUMPAH KATA DIA SORANG TAK MAKAN RASUAH OK LAH.....NI PI SUMPAH KATA EXCO DIA PUN TAK MAKAN RASUAH........DIA BOLEH PASTI KA........KUT KUT SALAH SORANG TERMAKAN MACAMANA?....JANGAN MAIN MAIN PAK NAN.

    BalasPadam
  2. Tak menjalankan amanah sebagai pentadbir sama lah juga dosanya macam makan rasuah .

    BalasPadam
  3. Pejam mata pada perompak tanah rakyat tetap salah walau pun tak ambil rasuah.Tok Nan tak faham ke?.

    BalasPadam
  4. Berani kah Anwar bersumpah tak meliwat.

    BalasPadam