Ahad, 28 Disember 2014

Pesawat AirAsia QZ8501 Dipercayai Terhempas..!

Innanillahiwainnanillahirajiun...!

Lu Fikir La Sendiri!!!

QZ8501 dipercayai terhempas dekat Belitung, bot penyelamat dihantar, kata Indonesia


Ahli keluarga penumpang pesawat AirAsia yang hilang itu melihat senarai nama di pusat krisis di Lapangan Terbang Juanda di Surabaya, Indonesia. – Gambar Reuters, 28 Disember, 2014.Ahli keluarga penumpang pesawat AirAsia yang hilang itu melihat senarai nama di pusat krisis di Lapangan Terbang Juanda di Surabaya, Indonesia. – Gambar Reuters, 28 Disember, 2014.Pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang dipercayai terhempas pada lokasi 03.22.46 Selatan dan 108.50.07 Timur, di perairan sekitar 80-100 batu nautika dari Belitung, menurut agensi mencari dan menyelamat Indonesia.
Seorang pegawai Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) dari Pangkalpinang, Supriandi, dilaporkan agensi berita Antara berkata ia sudah menghantar pasukan penyelamat ke Belitung.
Pesawat Airbus A320-200 dari Surabaya itu berpusing di atas laut dekat Belitung untuk mengelak awan dalam cuaca buruk sebelum mengalami keadaan bergelora sebelum mengalami keadaan bergelora yang kuat dan terhempas ke dalam laut, menurut laporan itu.
Penerbangan itu membawa 155 penumpang – termasuk 16 kanak-kanak dan seorang bayi – dan tujuh anak kapal.
Dengan butiran yang sedikit dan tidak jelas, saudara-mara mereka menjadi panik dan berkumpul di Lapangan Terbang Changi, Singapura, AFP melaporkan.
Beratus-ratus rakyat Indonesia juga turun ke terminal Surabaya mengharapkan berita tentang pesawat yang hilang.
Seorang wanita berusia 45 tahun memberitahu AFP yang dia mempunyai enam ahli keluarga di atas kapal terbang itu.
"Mereka pergi ke Singapura untuk bercuti," katanya.
"Mereka sentiasa menggunakan AirAsia dan tidak pernah ada masalah. Saya terkejut mendengar berita itu, dan saya amat bimbang mungkin pesawat itu terhempas."
Ini kejadian pertama bagi melibatkan kumpulan syarikat penerbangan tambang murah terbesar di Asia itu. Pesawat yang hilang itu dikendalikan AirAsia Indonesia, yang dimiliki 49% oleh AirAsia Bhd yang berpengkalan di Malaysia.
Bangkapos.com melaporkan nelayan di timur Belitung mendakwa mendengar bunyi letupan yang kuat berdekatan pantai Kelapa Kampit antara jam 7 dan 8 pagi waktu Indonesia.
Maklumat itu kemudiannya disampaikan ke Tagana (satu kumpulan pengurusan bencana) bagi mengikhtiarkan usaha mencari dan menyelamat.
Portal berita Indonesia itu melaporkan nelayan itu sedang menangkap ikan di pantai itu apabila mendengar bunyi itu lebih kurang 10km dari lokasi mereka.
Bagaimanapun, mereka tidak dapat menunjukkan lokasi sebenar letupan itu dan mengesyaki ia mungkin berpunca dari kawasan berhampiran Pulau Nangka di Belitung Timur. – 28 Disember, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/qz8501-dipercayai-terhempas-dekat-belitung-bot-penyelamat-dihantar-kata-ind#sthash.NUilIuyJ.dpuf


Tiada ulasan:

Catat Ulasan