Isnin, 15 Disember 2014

SukaGuam Kena Dedahkan..!


SukaGuam kena dedahkan..! kena beritahu kepimpinan..! kalau pemimpin tak ambil peduli pergi ke media dan dedahkan..! Apa nak ditakutkan..! berani kerana benar..! 

Apa yang SukaGuam buat pun demi kebenaran..! Kita percaya SukaGuam dipihak yang benar kerana SukaGuam bukan 'SukaPolitik' kan..!!!

Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) mengesahkan menerima beberapa laporan dan maklumat terperinci berkenaan ‘kecurangan’ segelintir ketua pegawai eksekutif (CEO) di syarikat milik kerajaan (GLC) terhadap dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Pengerusinya, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, maklumat yang diterima pihaknya tersebut dilaporkan berlaku di peringkat kerajaan Pusat dan negeri.
Malah, katanya, terdapat juga bukti yang menunjukkan tindakan CEO tertentu membiayai aktiviti pembangkang melalui sumbangan serta tajaan menggunakan dana syarikat.
“Ada (GLC) yang menyumbang kepada dana parti pembangkang secara tidak langsung dengan melantik pembekal, vendor, konsultan atau rantaian perniagaan lain kepada peniaga yang menjadi proksi kepada pemimpin atau parti politik pembangkang.
“Terdapat CEO yang bertindak menentang dasar kerajaan ini secara terang-terangan manakala ada yang menentang dasar tersebut secara halus dan tersirat. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pemimpin GLC dari segi hakikatnya ialah seorang pemegang amanah kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Khairul Anuar berkata, berdasarkan kepada prinsip tanggungjawab bersama atau `collective responsibility’, adalah sangat tidak bermoral dan janggal apabila mereka yang sepatutnya mendukung aspirasi kerajaan bertindak sebaliknya.
Oleh itu katanya, pihaknya bersedia mendedahkan perkara tersebut dengan lebih terperinci kepada mana-mana pihak termasuk pemimpin tertinggi kerajaan jika diminta berbuat demikian.
“Saya berasa kasihan dengan pemimpin pertengahan dan penyokong kerajaan yang sentiasa berkorban segala-galanya untuk mempertahankan kerajaan, namun ‘kebocoran’ tetap berlaku di beberapa GLC.
“Sikap pemimpin GLC seumpama ini juga diibaratkan seperti pepatah ‘pepat di luar, rencong di dalam’ dan sikap ‘taqiyah’ iaitu berpura-pura ini adalah amalan warisan golongan Syiah,” jelasnya.
Utusan.
Jangan sampai dikata orang macam tin diatas tu..! bila dah banyak sangat boleh tolak buat recycle..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Dedahkan saja sebab kami nak tahu siapa penderhaka tuuu...

    BalasPadam
  2. Merujuk kepada http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/minyak-dan-gas-bukan-milik-bumiputera-semata-mata-kata-ceo-petronas

    Tan Sri Shamsul Azhar Abbas berkata minyak dan gas bukan milik orang Melayu dan Bumiputera semata-mata tetapi milik semua rakyat Malaysia tidak kira kerajaan atau pembangkang.

    Adakah ini antara suspek utama ?

    BalasPadam
  3. Tendang je.. buat apa simpan pengkhianat ?

    BalasPadam