Khamis, 25 Disember 2014

Ini Baru Menteri..!



Peristiwa tidak dapat saya lupakan, 10 kilometer 4 jam perjalanan dari Keroh ke pejabat DO Kuala Krai bersama Dato Mazlan, Ketua Polis dan Panglima 8 Briged, Dato Azmi.Kuala Krai paling teruk di Kelantan dilanda banjir. Paras air ditangga Bradley 33.45 meter lebih teruk 29.33 meter banjir besar 2004, banyak hubungan terputus terus termasuk 438 orang mangsa di SK Manek Urai Lama yang sudah naik ke tingkat 4 kerana air sudah berada di tingkat 3 separas paha. Alhamdulillah Panglima 8 Briged dan Ketua Polis telah merancang gerakan menyelamat malam ini. Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zul telah hantar EC 725 untuk ke lokasi. Tq Dato Ramzi ADUN Dabong dan saudara Nik Nor, Pemangku DO banyak bantu. Malam ini saya, KP dan Panglima bermalam di pejabat Kesedar, Kuala Krai. Kami semua sehelai sepinggang.

Ya Allah semoga dipermudah dan dipelihara para penyelamat dan semua mangsa banjir..! Redakan lah banjir yang melanda ini..! 

Pemimpin tulen dan rakyat sebenarnya berpisah tiada..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Mana menteri2 lain.. PM TPM dll. X logik semua cuti..kena anggota keselamatan boleh beku cuti tetapi pemimpin boleh cuti. Setakat tak pc rasmi utk salurkan maklumat status
    banjir.. kenapa masa mh370 mh17 boleh buat tetapi bencana banjir pantai timur buat tak tahu ja. Kalau mcm ni gaya dia baik yak payah jadi pemimpin.....ni masalah org berpolitik..politik perosak ...buat kebaikan utk diri sendiri ..nak harap pakatan sama sj. Malah lagi teruk langsung x prihatin sedang kelantan di bawah kuasa diaorang...tak guna. Masing2 asyik nak berpolitik x habis2 ....

    BalasPadam
  2. Kalau di pahang dulu, tuanku sultan pahang dan tengku mahkota serta isteri dilihat kesana kemari dewan dewan mangsa banjir, tolong masak pun ada.....bila ada sultan, pegawai lain lagi lah serious berhempas pulas.........menteri besar, adun pun bersepah berkejar sana sini....berjiwa rakyat....turun padang bersama mangsa!

    Di kelantan?

    BalasPadam
  3. Alahh aku juga pernah jadi mangsa banjir dulu...pemimpin dari PR atau BN datang buat menyibuk aje...mereka bukan boleh jadi penyelamat,,,,yg penting di pusat pemindahan mesti cukup makanan ,selesa alakadar utk family bermalam dan tandas mesti bersih..Mangsa banjir jangan tido aje.jgn malas nak bantu mangsa lain.....tubuhkan ajk utk menyelaras pengagihan makanan dan tukang masak....Pada saat ni jika ada org cakap pasal politik....tendang saja bontot dia....Terimakasih pada kerajaan yg hulur makanan.

    BalasPadam