Dalam tulisan-tulisan saya, saya mengguna istilah Pelampau Evangelis Kristian. Ada yang minta saya kongsikan sebab saya mengguna istilah sedemikian.
Para Pelampau Evangelis Kristian ini sememangnya layak digelar pelampau. Mereka melampaui batas-batas yang telah ditetapkan di Tanah Air kita, Tanah Melayu yang aman damai sebagai sebuah negara Islam berdaulat. Pelampau Evangelis Kristian mulanya mencemarkan kedamaian di alam Melayu ini apabila menyerang sebuah kerajaan Islam Melayu Melaka dengan menghantar bala tentera Kristian Portugis di bawah restu ketua penjajahan yang zalim, Pope Alexander VI (melalui Perjanjian Tordesillas). Mereka menghancurkan segala masjid dan tinggalan Raja-raja Melayu Melaka.
Seterusnya musuh Islam ini, yakni, orang-orang sesat yang kita minta perlindungan dari Allah sebanyak 17 kali setiap hari, silih berganti merosakkan serta merampas kekayaan bumi Melayu.
Apabila terbentuk Persekutuan Tanah Melayu maka diperkuatkan kedaulatan Islam di bumi ini dengan termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Agama Islam sebagai Agama Persekutuan (Perkara 3 (1)). Namun para pelampau evangelis Kristian melampaui batas ketetapan ini kerana ingin memindanya. Mereka mahukan Tanah Melayu ini menjadi sebuah negara sekular.
Dalam Perlembagaan Persekutuan telah termaktub pengawalan dan sekatan "pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama lain di kalangan orang yang menganuti agama Islam" (Perkara 11 (4)). Mereka tetap tidak mempeduli Perlembagaan Persekutuan dan sentiasa melanggarnya.
Dalam Perlembagaan Persekutuan telah termaktub bahawa "adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu" (Perkara 12 (2). Dan tidak disebut kewajiban untuk membelanjakan untuk agama lain. Mereka melampaui ketetapan ini dan menuntut juga peruntutkan yang ditetapkan untuk orang Islam dalam Perlembagaan Persekutuan untuk mereka.
Pelampau Evangelis Kristian sentiasa melampaui undang-undang dan enakmen-enakmen yang sedia termaktub. Mereka tidak peduli keamanan dan kedamaian yang sedang kita nikmati. Mereka orang-orang yang MELAMPAU. Mereka adalah PELAMPAU Evangelis Kristian. Tidak ada istilah lain yang lebih sesuai.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan