Dulu, kini dan selamanya..! dari rakyat kepada rakyat..!
KOTA BHARU - Kerajaan tidak pernah menganak tirikan Kelantan dalam soal penyaluran bantuan banjir malah berusaha menyampaikan melalui saluran agensi kerajaan kepada mangsa terlibat.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan yang disalurkan secara telus tanpa memikirkan fahaman politik.
"Kita salurkan bantuan kepada negeri yang terlibat banjir termasuk Kelantan, Pahang, Terengganu serta Perak sama rata dan soal kita anak tirikan Kelantan tidak timbul.
"Isu yang ditimbulkan bahawa kita tidak cakna kepada rakyat di sini (Kelantan) tidak benar dan kesemuanya disalurkan mengikut pembahagian ditetapkan," katanya kepada media.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di penempatan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 1 di sini pagi tadi.
Hadir sama dalam lawatan terbabit Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Muhyiddin berkata, dalam perbincangan mesyuarat yang diadakan bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob turut menyalurkan pandangan berhubung masalah banjir di negeri ini.
Dalam perkembangan banjir di negeri ini yang mencatatkan peningkatan mangsa sehingga 100,000, Muhyiddun berkata, saluran bantuan termasuk aset dan bantuan makanan akan diketui oleh Datuk Mustapa Mohamed selaku Pengerusi BN Kelantan.
Kita turut membincangkan soal untuk mempertingkatkan aset bantuan melalui air, udara dan darat.
"Setakat ini bekalan makanan yang disalurkan masih mencukupi namun keadaan banjir luar biasa di negeri ini menyukarkan bantuan sampai di kawasan terlibat.
"Kita juga telah kenal pasti keadaan sebagaimana yang berlaku apabila bekalan makanan terputus di samping soal komunikasi yang menyukarkan bantuan sampai di kawasan terlibat," katanya.
Muhyiddin berkata, setakat ini semua masalah itu sudah diambil kira dan diharapkan selepas ini bantuan sampai ke tempat yang ditetapkan dan rakyat dapat menerima bantuan sewajarnya.

Kerajaan mana lagi? kalau bukan kerajaan Barisan Nasional..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan