Khamis, 18 Disember 2014

Kelantan Banjir ~ 17 Jalan Di 7 Jajahan Ditutup..!

gambar ni banjir di india
Mohon semua berhati hati...

KOTA BHARU - Sebanyak 17 laluan di tujuh jajahan di negeri ini ditutup akibat banjir yang semakin teruk.
   
Menurut portal banjir kerajaan negeri, lapan laluan yang ditutup kepada semua lalu lintas ialah di KM12 Jalan Chiku-Aring, Gua Musang, dua laluan di Kuala Krai iaitu di KM4 Jalan Sungai Durian dan KM2 Jalan Bukit Sireh.
   
Tiga laluan di Machang yang ditutup kepada semua kenderaan ialah di KM8 Jalan Machang-Pangkal Meleret, KM7 Jalan Kampung Pek-Paloh Rawa dan KM6 Jalan Kubor China-Temangan.
   
Di Pasir Mas, satu laluan ditutup kepada semua kenderaan iaitu KM3 Jalan Pengkalan Rakit manakala di Pasir Puteh, laluan yang terlibat ialah di KM45 Jalan Kota Baharu-Kuala Terengganu.
   
Sementara itu, sembilan laluan ditutup hanya kepada kenderaan ringan iaitu Jalan Jeli-Dabong di Kampung Reka, Jeli manakala tiga laluan yang terlibat di Pasir Puteh iaitu di KM75 Jalan Pasir Puteh-Gong Kelih, KM29 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dan KM3.5 Jalan Pasir Puteh-Semerak.
   
Di Pasir Mas, empat laluan ditutup kepada kenderaan ringan iaitu di KM12 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu, KM7.5 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu dan KM11 Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang dan Jalan Rantau Panjang di Kampung Siram.
   
Di Tanah Merah, hanya KM1.5 Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh ditutup kepada kenderaan ringan. - Bernama.

Semoga segera pulih seperti sedia kala..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Mohon negeri kelantan cepat adakan hudud.....!!!!!

    BalasPadam
  2. Tolong jangan tangguh lagi laksanakan hudud segera.

    BalasPadam
  3. citer hudud hanya modal politik orang pas, kalau dilaksanakan bermakna menikam pas sendiri..pemimpin pas perlu dipimpin sebab jalan pun terhoyong hayang..

    BalasPadam