Rabu, 17 Disember 2014

Pengakuan Nik Abduh ~ PAS Berjaya Di Kafirkan DAPig..!


Masa asyik masyuk bercinta mana sedar..! bila dah kahwin baru menyesal..! Bukan main ramai Islam tapi ko sendiri hilang akal nak kahwin dengan kapir..! Sudahnya bukan maruah dan perjuangan tergadai..! Akidah pun boleh dipersoal..!

Akai ada kaa..!

Hal ini bukan perkara baru... cuma selama ini ia diperkatakan secara diam-diam tapi pada Isnin, AJK PAS Pusat dan anak kepada Musryidul Am PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz meluahkannya secara terbuka.
Ianya berkaitan dengan sikap dan tindak tanduk DAP yang mahu PAS mengubah dasar perjuangan Islam parti tersebut demi mencapai kemenangan Pakatan pada pilihan raya umum akan datang.

Nik Mohamad Abduh berkata, seruan daripada pemimpin DAP untuk kedua-dua parti mengamalkan konsep kesederhanaan atau wasatiyyah juga dibuat dengan menolak hukum serta syariat Islam.

“DAP menyeru PAS berwasatiyyah bersama-samanya dengan menolak hukum syariat Islam. Nampaknya misi baharu DAP sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 adalah berusaha mengubah hala tuju PAS. Banyaknya kerja DAP sekarang ini. Rasa macam dah jadi Polis Malaysia pula,” katanya melalui laman Facebook Isnin.

Sementara itu,  Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mahu DAP hormat keputusan PAS mengenai Hudud atau keluar dari Pakatan.

Mohd. Amar berkata, PAS akan tetap dengan perjuangan mereka selama ini untuk melaksanakan undang-undang Islam walaupun mendapat tentangan daripada DAP.

“Dia tidak boleh paksa PAS ikut dia (tolak hukum hudud). Kita akan tetap laksanakan hukum hudud. Kalau DAP rasa tidak selesa dengan perjuangan PAS, dia boleh undur, keluar pakatan pembangkang.

“Kita tidak akan tukar perjuangan kita hanya untuk menang pilihan raya. Kita takkan korbankan perjuangan kita semata-mata hanya untuk mendapatkan kerusi pada pilihan raya,” katanya.

Menurut beliau perjuangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud sudah sejak sekian lama iaitu sebelum wujud­nya pakatan pembangkang.

Malah katanya, melaksanakan hukum hudud di Kelantan juga adalah pilihan rakyat dan DAP sepatutnya menghormati pendirian tersebut.

“DAP tidak setuju itu hak dia, tetapi DAP juga tidak ada hak dan boleh menyekat atau menghalang Pas untuk melaksanakan hukum hudud,” tegasnya.

Bagi Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan pula, resolusi yang dibuat oleh DAP tersebut tidak akan menghalang hasrat Kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II 1993 Kelantan di negeri itu.

Takiyuddin berkata, DAP boleh meluluskan apa sahaja resolusi di dalam parti itu, namun tidak mempunyai hak untuk memaksa PAS menurutinya kerana setiap parti mempunyai dasar masing-masing.

“Mana-mana parti termasuk DAP boleh buat apa sahaja pendirian tetapi itu tidak bermaksud parti lain kena setuju. Anda bebas untuk bercakap tetapi jangan paksa orang lain untuk menurutinya.

“Kerajaan Pas Kelantan mahu melaksanakan hukum hudud, jadi DAP jangan masuk campur. Lebih baik fokus kepada Pulau Pinang terutama orang Melayu di situ dengan memastikan kebajikan mereka sentiasa terjaga,” katanya.

Dah tua pun bodoh...!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan