Cukup ler..! dari pagi tadi isu ini berlegar..!
Timbalan Perdana Menteri dah pun bersuara dan kita sebagai rakyat perlu akur..! Apa pun jentera kerajaan berjalan dengan baik..! Apa masaalahnya..!
Dalam keadaan negara yang dilanda musibah sekarang ni...doa dan usaha bersama sangat sangat diperlukan..! bab politik letak tepi jap..! boleh? Malaysia boleh kan..!!!
Berlaku adil kepada Najib - TPM
UBANG JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini memangku tugas Perdana Menteri sepanjang ketiadaan Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang berada di luar negara.
Perdana Menteri juga dimaklumkan mengenai perkembangan di dalam negara termasuk banjir yang melanda beberapa negeri.
"Saya maklumkan kepada beliau (Najib), jangan risau saya akan lakukan segala yang perlu bagi memastikan segalanya selamat," katanya.
Kata Muhyiddin, kerajaan mempunyai keupayaan untuk menangani bencana banjir yang melanda negara setiap tahun.
Rakyat juga katanya tidak perlu risau dengan ketiadaan perdana menteri di Malaysia sebaliknya bersama membantu meringankan beban mangsa banjir.
"Jangan bimbang Perdana Menteri tiada dalam negara, tapi bimbang apa yang berlaku dalam negara kini (bencana banjir)," katanya.
Beliau menjawab kritikan sesetengah pihak terutama di media sosial yang mempertikaikan tindakan Najib yang dilaporkan bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. Katanya perdana menteri sebelum ini sudah kuat bekerja mentadbir negara.
"Ada waktunya Perdana Menteri juga perlu berehat, berilah peluang kepadanya sebagai manusia," katanya selepas menghadiri jamuan Krismas di Gereja Full Gospel Tabernacle di sini.
Beliau juga tidak melihat keperluan untuk Najib segera pulang bagi menangani bencana banjir.
"Kalaulah saya tidak mampu buat kerja saya akan minta dia balik," katanya.
Menurut laporan the Washington Post, Najib mengambil kesempatan bercuti dengan bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barck Obamasambil membincangkan isu-isu berkaitan ASEAN.
Obama panggil Najib untuk bagi bantuan duit.
BalasPadamNajib tak balik tak ape...menteri besar kelantan dan mantannya berupaya mengatasi masalah banjir...apa kecoh sangat.Rakyat Kelantan perlu kuat semangat dan berserah kepada maha kuasa utk atasi masalah ini. Rasanya mcm pelik jika mereka yg terntang kerajaan dan permain hukum hudud datang minta bantuan.
BalasPadamWAKTU PANGKAH HAMPA PANGKAH PAS.......KERAJAAN BN / UMNO TAK GUNA......BILA MAI MUSIBAH MACAM NI HAMPA SALAHKAN NAJIB PULA.....TAK MAI TOLONG......AWAT HAMPA TAK MINTA NIK AZIZ TOLONG.......AIR BASUH TANGAN DIA PUN HAMPA MINUM.......MEMANG ORANG KELANTAN (YANG PANGKAH PAS) CUKUP PELIK DAN TAK TAU MALU..
BalasPadam