Jumaat, 19 Disember 2014

ISA Boleh & Perlu Di Kembalikan..!


Kenapa negara paksi Yahudi seperti Amerika, Singapura dan British boleh dan masih mengekalkan Akta seperti Akta ISA? Kenapa pula kita tak boleh?

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata tiada gunanya jika undang-undang seperti Akta Hasutan tidak dilaksanakan dengan lebih berani di negara ini hanya kerana bimbangkan tanggapan pihak tertentu kononnya ia akan disalah guna.
Beliau berkata Malaysia perlu tegas dengan pendiriannya untuk melaksanakan sesuatu undang-undang termasuk Akta Hasutan dan jangan mudah terpengaruh dengan desakan mana-mana pihak yang cuba menggagalkannya.
“Kalau kita hendak mansuh Akta Hasutan sebab takut salah guna, samalah kesnya dengan seorang yang (tidak) hendak jual sesebuah kereta berkuasa tinggi hanya sebab takut orang kata bawak laju.
“Jadi kita mesti laksana. Sekarang ini, suka hati sahaja orang bukan Islam hendak cakap apa, buat apa tentang Islam sebab kita tidak ambil tindakan tegas. Itulah punca kenapa mereka berani,” katanya kepada Bernama di sini.
Abdul Hamid berkata demikian selepas membentangkan kertas kerja ‘Perpaduan Melayu Teras Pembinaan Negara Islam’ pada Muzakarah Kedudukan Malaysia sebagai Sebuah Negara Islam: Suatu Perbahasan anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini.
Pada 27 Nov lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno 2014 mengumumkan Akta Hasutan akan dikekalkan dengan penambahbaikan.
Bagaimanapun, Naib Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Joseph Y Yun mempersoalkan keputusan itu.
Abdul Hamid berkata Malaysia perlu mencontohi negara jiran, Singapura yang tegas melaksanakan Akta Hasutan sehinggakan rakyat republik itu tidak berani melanggar undang-undang itu.
“Malah, Singapura masih kekalkan Internal Security Act (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Singapura ditanya kenapa tidak mansuh ISA? Jawab mereka ‘kami tidak pernah salahgunakan’.
“Malah, tiada dalam perlembagaan mereka bahawa Islam agama rasmi atau boleh buat undang-undang untuk halang bukan Islam sebar agama kepada orang Islam.           
“Tetapi apabila dua Cina beragama Kristian sebar risalah kepada orang Melayu, mereka terus ditangkap dan dihukum di bawah Akta Hasutan. Kita? Kenapa tidak buat?” soal beliau.
Semasa membentang kertas kerjanya, Abdul Hamid berkata orang Melayu dan umat Islam perlu bersatu padu tidak kira mendokong apa jua parti politik sekalipun kerana jika tidak, umat Islam akan berpecah belah sekaligus merugikan orang Melayu itu sendiri.
Menurutnya mereka perlu berfikir bagaimana untuk bergabung atau bekerjasama sekurang-kurangnya di peringkat persekutuan supaya terus memperjuang nasib dan prinsip Melayu dan Islam itu sendiri daripada hilang di negara ini.
Sementara itu, Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Prof Datuk Paduka Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid berkata golongan ulama dan intelektual perlu lebih berani menterjemah prinsip Maqasid Shari’ah (berfikir secara pragmatik) secara praktikal dalam membantu kerajaan merealisasikan syariat Islam secara pragmatik dan tidak konvensional. – BERNAMA.
Makanya...kita juga perlu menghidupkan kembali Akta ISA..! Setuju..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Setuju............. Lagi cepat bee end bungkus.

    BalasPadam
  2. KONON NAK POPULAR, HABIS AKTA PREVENTIVE DI BUANG.
    SIAPA YANG BANGANG ?
    BUKAN BUNGKUS, MAMPOS .

    BalasPadam
  3. Kalau ada I.s.a tak gunakan pun x guna jugak!!!hidup ah jib gor!!!!najib bakal perintah Malaysia sampai kiamat!!!!

    BalasPadam