Memang bakal terlentang..!
Ahli Parlimen Belia sudah mula cetus kontroversi
Surat yang ditandatangani individu yang mendakwa dirinya Setiausaha Sulit Kanan Yogaraj serta komen pengguna Twitter terhadap kewujudan jawatan itu.
KUALA LUMPUR, 20 Disember:
Sepucuk surat ditandatangani individu yang mendakwa jawatannya adalah Setiausaha Sulit Kanan kepada Ahli Parlimen Belia, kini tersebar di laman media sosial dan dikecam pelbagai pihak.
Gambar surat yang kononnya mengesahkan kehadiran seorang Ahli Parlimen Belia, Mark Yogaraj di majlis Perbarisan Tahunan Putera Maktab Tentera Diraja, pada 18 Disember lalu itu, kini menjadi viral di laman sosial.
Surat yang ditandatangani individu bernama Mesakh JV itu dipertikaikan kesahihannya, selain ada yang mempersoalkan jika benar jawatan itu wujud, adakah ia sesuatu yang wajar dan sah di sisi undang-undang.
Ramai juga berpendapat, jika jawatan itu wujud, ia adalah satu pembaziran dan tidak diperlukan.
“Ahli Parlimen Belia with Ahli Parlimen Belia car crests & having Setiausaha Sulit Khas. Form over substance? Best to rethink that over, guys,” komen seorang pengguna Twitter, Dr Shikin di akaunnya, @drshikin.
“Kita tidak memerlukan Ahli Parlimen Belia. Belum apa-apa, mereka sudah mula bertindak gila,” komen seorang lagi pengguna Twitter, Azmi Mohd Nor.
Surat berkenaan juga mendapat komen negatif di Facebook.
Antaranya, Muhammad Danial Syahiran melalui Facebooknya mengulas, “Baru menjadi Ahli Parlimen Belia, dan boneka ini sudah mahu setiausaha.”
“Apa sebenarnya skop kerja Ahli Parlimen Belia ini? Mengapa mereka memerlukan setiausaha sulit?” komen seorang lagi pemilik akaun Facebook, Nazrul Nazir.
Semakan The Rakyat Post mendapati, Yogaraj memang merupakan Ahli Parlimen Belia yang baru ditubuhkan, dan juga seorang ahli Pemuda MIC serta Pengerusi Pergerakan Belia Inspirasi (PBI), iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Lu Fikir La Sendiri!!!
All BS
BalasPadamItu baru ahli parlimen belia,kalau betul2 ahli parlimen x ke merasa diri macam Obama?rim tayar pun belambang ahli parlimen kot...puih...ranciao
BalasPadamAhli Parlimen dan Ahli Dun hanya layak digelar "People Servant" sama seperti "Government Servant". Tiada yang istimewa.
BalasPadamada persatuan mne leh join
BalasPadampresiden plak tuh
BalasPadammacam mana pulak yer dalam meremajakan umno? kalu setakat menggantikan yang tua dengan muda, macam ni la jadinya bila orang muda dapat kuasa lebih sikit. kalu meremajakan umno dengan aktiviti, sungguh itu keperluan. tapi setakat tukar pemimpin tua dengan yang muda, ada la yang gila kuasa dan terlajak kuasa.
BalasPadam