Aiikkk...! dalam keadaan sekarang ni pun nak berlagak jaguh lagi? cukup cukup la..! Kuasa dah ditebing..! jangan kerana keegoan beberapa kerat demi menjaga kepentingan puak tertentu kuasa UMNO dan Barisan Nasional ini cuba diperjudikan..!
Terima siapa jua yang mahu bersama dengan kita..! mudahkan kerja..! bukan menambah susah..! Dah la gelap gelita..! masa depan pun lebih kurang batang tubuh ada hati nak pilih pilih kawan..! Cittt tara baca..!
KUALA LUMPUR: MIC terus konsisten dengan pendiriannya tidak membenarkan parti lain kaum India menyertai gabungan Barisan Nasional (BN).
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, "Kami kuat berpendapat kemasukan sebuah lagi parti tidak akan menambah kuasa tawar menawar masyarakat India dalam BN, malah akan melemahkannya".
"Ini adalah sentimen serupa di mana UMNO tidak membenarkan sebarang parti lain kaum Melayu menyertai BN di Semenanjung Malaysia," kata beliau.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, beliau bagaimanapun berkata, MIC sentiasa sedia bekerjasama dengan mana-mana parti lain kaum India demi mencapai kedudukan lebih baik masyarakat itu.
Simpan simpan mabuk todi tu sikit..! mabuk la bila dah menang pilihanraya nanti..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
geng india ni pun satu hal.
BalasPadamrakyat ada empat orang je.
parti ada 16.