Memang la cuti merupakan hak masing masing..! dan kita pun tak pernah heran bin ajaib jika ramai yang 'hilang' terutama diakhir tahun ini kerana bercuti..! Tapi apabila Menteri yang beriya iya mempertahankan cuti mereka...yang itu rakyat bukan sahaja musyik..! malah tergaru garu kerana berasa cukup pelik dan ajaib..!
Barangkali kerana ramai Menteri yang masuk ikut 'pintu belakang' maka sikap dan rasa tanggungjawab kepada rakyat jelata boleh di 'campak' keatas pundak orang bawah..! Masaalahnya penyakit pentingkan cuti tu pun nampaknya dah tersampok keatas Menteri yang dipilih oleh rakyat..! Itu yang menyebabkan rakyat mencemik muncung..!
Nasib baik PM panggil balik..kalau tak apakah Pak Menteri dan seangkatan dengannya akan terus bercuti? kan ke hebat namanya Menteri kita tu...!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Najib arah menteri bercuti luar negara pulang
KUALA LIPIS - Semua menteri kabinet yang sedang berada di luar negara telah diarah pulang segera bagi melancarkan operasi membantu mangsa banjir, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata arahan itu dikeluarkan pagi tadi dan menteri-menteri yang berkenaan sedang membuat persiapan untuk kembali.
"Ini dibuat sebab kita nak mereka kembali bertugas membantu dalam operasi menyelamatkan mangsa banjir," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku di sini hari ini.
Terdahulu, Najib melakukan lawatan sehari ke beberapa kawasan dilanda banjir di Pahang, telah melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Clifford.
Dalam pada itu, Najib berkata situasi banjir yang semakin reda dan pusat-pusat pemindahan di Kedah yang telah ditutup membolehkan aset serta pasukan keselamatan yang bertugas di negeri itu ditugaskan di negeri-negeri yang masih dilanda banjir.
Beliau berkata, perkara itu patut dilakukan segera bagi membolehkan anggota tentera, polis dan pasukan keselamatan lain dapat dikerah membantu operasi di negeri-negeri lain yang masih berhadapan dengan bencana alam luar jangkaan itu.
Berhubung lawatannya ke pusat pemindahan, Perdana Menteri berkata beliau amat berpuas hati kerana pusat-pusat pemindahan diuruskan dengan begitu baik.
"Keadaan pusat pemindahan yang saya lawati dilihat diurus dengan baik, maknanya bantuan makanan dan bantuan lain dapat diberikan dengan agak baik dan saya ucapkan terima kasih pada semua pihak yang membantu dan memberi kerjasama," katanya. - Bernama
Buat rombakan kabinet. Yg tak balik kasi drop.
BalasPadamSenaraikan siapa menteri itu dan kemana mereka bercuti sebab wang kita (pembayar cukai) yang digunakan.
BalasPadamAhjib gor ke Hawai main golf
Padamahmad maslam ke German
sepupu ahjib gor, hisham ke UK
lain-lain aku tak tahu
aku bantah pemanggilan balik menteri dari bercuti.
mereka juga Manusia
merekantelah bekerja keras sepanjang tahun
apa salahnya mereka bercuti.
Apa pulak kau merepek mereka gunakan wang pembayar cukai? Itu duit gaji mereka.
cuti pemimpin PR juga perlu di beku kerana banjir...time aman sibuk nak tumbangkan kerajaan...kena musibah baru ingat kerajaan...ptuihh.Mcm ni elok pemerintahan tentera saja di msia...cuti beku...siapa lawan tembak aje...
BalasPadamair semakin surut...ko tengok nanti fitnah akan terus meningkat dan berleluasa terutama dari penyokong PR...sebab mereka masih hidup dan tak mati kelaparan. Nafsu ni akan lemah jika kita berpuasa.Aku berdoa supaya musibah berterusan sehingga mereka ni mati kelaparan ...baru aman Msia.
BalasPadamJangan asyik salah pembangkang.
BalasPadamApa JPS di bawah bee end buat kerja? Selama 50 tahun asyik banjir macam tak tahu nak buat ape. Cuma banjir tahun ni lebih teruk.
Duit berbillion buat projek sana sini. Projek tebatan banjir tak banyak pun. Kalau ada cuma lepaskan batuk di tangga. Silap2 projek tipu, duit masuk ke kroni...
Untuk pengetahuan rakyat Pantai Timur. Bee end hampeh!!!
Hutan kena tebang sampai gondol oleh kerajaan negeri Kelantan...tak cerita pulak...itu salah satu sebab air tak serap ketanah......berapa billion kerajaan negri dapat...duit tu belanja ke mana???
BalasPadamAnon 850. Habis hutan kat terengganu dan pahang mcm mana plak??? Keje jabatan hutan bawah be end le yg kene pantau.
BalasPadamYang cerdik dah join pakatan.
Yg bodolah join pakatan...yg cerdik join BN...Baginda Sultan Kelantan pun tegor jgn sengketa dgn alam ...itu tak faham lagi ke....sultan tegor siapa tu....takkan tegor kerajaan Melaka pulak.
BalasPadam