Menarik Juga..!
Ada berani?
KUALA LUMPUR - Kerajaan didesak supaya mengisytiharkan tanah-tanah milik kerajaan yang masih ada di Kuala Lumpur termasuk kuarters tinggalan dijadikan sebagai tanah rizab Melayu.
Pengerusi Biro Majlis Perundingan Melayu (MPM), Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, hanya cara itu sahaja dapat menyelamatkan baki tanah rizab Melayu daripada dijual kepada orang bukan Melayu dan pihak luar.
“Ini bukan luar biasa, tanah yang kerajaan ada sudah tidak banyak. Kalau kita tidak buat begitu keadaan akan jadi buruk.
“Kita bukan mahu kerajaan rampas tanah orang bukan Melayu tapi selamatkan baki yang ada. Apa yang saya tahu di kawasan perniagaan di bandar satu peratus pun orang Melayu tidak ada pemilikan tanah,” katanya ketika sidang media di sini, semalam.
Menurutnya, kerajaan tidak boleh memandang remeh isu tanah rizab Melayu memandangkan kaum majoriti itu berisiko kehilangan hak sepatutnya diterima mereka.
“Dalam Enakmen Tanah Rizab Melayu Artikel 89 menjamin kedudukan tanah rizab Melayu. Artikel 89 itu digunapakai di setiap negeri selepas merdeka kecuali di Melaka dan Pulau Pinang.
“Tanah milik kerajaan di Kuala Lumpur, Selangor boleh diselamatkan dengan mengisytiharkan sebagai tanah rizab Melayu menggunakan Enakmen Tanah Rizab Melayu di Selangor,” katanya.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Ada mereka kesah... Dalam PAU sibuk nak menyelamatkan rizab melayu, dari siapa? sebab UMNO yang sedang berkuasa!
BalasPadamYg sebelah satu lgpun sama jugak. Di selangor, apa kerajaan negeri buat walaupun kuasa bukan di tangan umno? Bila kuasa sudah di tangan, janji tinggal janji. Baik umno baik pakatan, tak serupa tapi sama...
PadamRujukan .... tanahpuchong.blogspot.com
BalasPadamSalah satu cara nak selamatkan tanah reserve melayu ialah kerajaan atau ahli koperat/mereka yg berkemampuan/pelabur/pemaju membeli tanah reserve melayu yg nak dijual untuk dibangun dan dimajukan.
Aku ada semak satu tanah reserved melayu yang hendak dijual di Puchong, dah berbulan tuan tanah nak cari pembeli, tapi tak ada dari kalangan bangsa Melayu ini yang ada kemampuan untuk ambil perhatian. Tuan tanah ada 2 lot iaitu 4 ekar kali 4 ekar, dia nak jual satu lot 4 ekar sahaja untuk sara hidup dan untuk penjagaan ibu mereka yang tua dan uzur. Tanah tersebut terletak lebih kurang 500 meter dari Taman Putra Perdana. Asalnyanya dulu tanah berbukit dengan tanaman getah, tetapi sekarang sudah rata dan kosong terbiar. Selang 2 lot ada 3 lot yg telah dipecah pecahkan untuk unit banglow dengan harga 600 ribu bagi 0.3 ekar dan 2 lot bersebelahan sudah diambil oleh syarikat pemaju (sudah tentu milik Cina) untuk didirikan rumah. Mereka minta juga tanah yg hendak dijual ini, tapi pemilik lebih berharap ada bangsa Melayu yg ambil alih tanah itu, namun sampai sekarang seolah olah pemilik tidak ada pilihan untuk menyerahkan tanah itu kepada bukan Melayu atas nama proksi. Mereka menjanjikan 20 unit rumah berharga 600 ribu setiap unit sebagai pulangan Joint Venture.
Bagaikan tidak ada pemaju Melayu yg berkemampuan, ajensi kerajaan pun diam membisu, PRIMA atau SPNB pun buat tak tahu... berdegar degar dalam PAU... habuk pun tak ada !!!
rujukan ... http://tanahpuchong.blogspot.com
sokong 100%
BalasPadam