Khamis, 25 Disember 2014

Fitnah..!


Jangan termakan dengan fitnah..! lebih bahaya jika fitnah yang berbentuk menghasut..! Pihak berwajib perlu mengheret pemfitnah ke muka keadilan..!

KUALA LUMPUR: Polis hari ini menafikan maklumat yang tersebar di laman Facebook (FB) kononnya sebuah gereja di Jalan Raja Laut di sini diserang dan dibakar.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Bernama menegaskan ia maklumat palsu dan tindakan akan diambil terhadap pemilik akaun laman sosial yang menyebarkannya.

"Tidak benar. Kita akan ambil tindakan ke atas pemilik (akaun) Facebook ini," katanya.

Pemilik akaun itu yang menggunakan nama 'Ayahnda Raja Provokasi' mendakwa insiden itu melibatkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) selain turut memuat naik sekeping gambar.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya atau menyebar atau berkongsi maklumat palsu seumpama itu kerana ia tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan kehidupan harian masyarakat," kata Khalid.

Dalam pada itu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyelar perbuatan menyebar gambar dan maklumat palsu berkenaan sambil menyifatkannya tindakan berniat jahat.

"Pihak Perkasa sudah mengenal pasti tuan punya akaun FB yang buat fitnah jahat ini. Esok aduan akan dibuat di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali ketika dihubungi Bernama berkata sudah sampai masanya kerajaan bekerjasama dengan pihak Facebook untuk mengawal penyebaran maklumat yang boleh mendatangkan mudarat menerusi laman sosial itu.

Katanya, ia bagi memastikan setiap pemilik akaun tidak sewenang-wenangnya menyebarkan maklumat palsu, apatah lagi berunsur fitnah dan ugutan yang mengancam kesejahteraan negara.

"Jika tidak dikawal, ada pihak akan terus membuat sebaran fitnah seperti ini. Kemudian kita buat laporan polis, tapi mereka terus sebarkan lagi dan kita buat lagi laporan polis. Kalau macam ini, bila perkara ini boleh selesai," katanya.


Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan