Rabu, 17 Disember 2014

Nak Runding Apa Lagi..!


Jangan main gila la..! masa berunding dah takde lagi..! sekarang masa mengambil tindakan..! Syabas kepada pihak berwajib yang terus bertegas menyelamatkan negara dari penceroboh yang mengikis kekayaan negara selama ini..!

Cukup..! Pintu sudah tertutup..! Jangan ada pulak yang cuba cuba nak buka pintu atau cuba buat lobang baru..! Orang macam ni patut ditangkap dulu..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Peneroka Haram Cameron Highlands Masih Cuba Runding Dengan Pihak Berkuasa

Anggota tentera darat membuat tinjuan keselamatan dalam operasi bersepadu Majlis Keselamatan Negara terhadap penerokaan tanah haram di Blue Valley di Cameron Highlands pada Selasa. Kebun bunga haram seluas 12 hektar dirobohkan dan dibersihkan pada Selasa dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Alam Sekitar dan SMART. Foto BERNAMA
CAMERON HIGHLANDS: Walaupun operasi menggempur tanah pertanian yang dibuka secara haram di sini telah diuar-uarkan melalui notis, pengumuman dan kenyataan akhbar namun ada peneroka haram yang masih mahu berunding dengan pihak berkuasa.
Komander Operasi Bersepadu Cameron Highlands, ACP Mohd Shaharuddin Baharom berkata, ketika pihaknya mahu menjalankan pembersihan kebun haram dan meroboh struktur binaan serta aset, peneroka terlibat berjumpa mereka untuk berunding.
"Sebelum ini ada yang mendakwa tugas kami sebagai 'hangat-hangat tahi ayam', kami sebagai 'wayang kulit' sahaja. Jangan datang kepada kami untuk berunding, kami tidak ada hak untuk adakan perundingan. Kami datang untuk laksanakan arahan," katanya ketika ditemui pemberita ketika pelaksanaan Ops Gading fasa kedua di kebun bunga haram di Blue Valley di sini.
"Kami datang (ke kebun haram) bukan untuk berunding tetapi untuk laksanakan arahan pembersihan dan perobohan aset di kebun haram. Kalau nak beruding, berundinglah dengan pihak lain," katanya.
Mohd Shaharuddin berkata, operasi menggempur kebun yang dibuka secara haram sini diteruskan lagi melalui 'Ops Gading' fasa kedua selama seminggu bermula Selasa.
Beliau berkata, seluas hampir 20 hektar kebun bunga, sayur-sayuran dan buah-buahan dibersihkan di tiga kawasan iaitu di Kampung Raja, Tringkap dan Blue Valley pada Selasa.
"Semua struktur binaan dan aset di kebun haram tersebut juga dirobohkan. Kebun berkenaan dikesan telah beroperasi lebih daripada setahun. Kita meroboh secara serentak di ketiga-tiga kawasan berkenaan. Operasi ini digerakkan seperti arahan Kabinet dan inilah yang kita lakukan," katanya.
Beliau berkata, pihaknya akan membersihkan dan merobohkan seluruh kebun-kebun haram di seluruh Cameron Highlands sepanjang pelaksanaan Ops Gading.
Katanya, terdapat sebuah kebun haram seluas 28 hektar yang berada di pendalaman Cameron Highlands juga akan digempur dalam masa terdekat namun pihaknya masih membuat penandaan.
"Ops Gading fasa dua ini akan berjalan sehingga hujung minggu dan berharap ia berjalan lancar dengan bekalan jentera berat. Kalau sempat dan cuaca baik, kebun seluas 28 hektar tersebut juga kita akan bersih dan robohkan dalam minggu ini," katanya.
Mohd Shaharuddin berkata, sebanyak 17 hektar kebun haram telah digempur dalam Ops Gading fasa satu sebelum ini dan dianggarkan terdapat 7,000 hektar kebun haram di seluruh Cameron Highlands mengikut data Agensi Remote Sensing Malaysia. 
Bagaimanapun, pihaknya tidak boleh menggempur dan merobohkan kebun haram berkenaan sewenang-wenangnya, sebaliknya perlu mengambil kira pengiraan serta penandaan dengan teliti supaya kebun yang mendapat lesen secara sah tidak terjejas melalui operasi berkenaan, katanya.
"Kita mendapat nasihat dan panduan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (Malaysia) dan Jabatan Peguam Negara mengenai tatacara melaksanakan operasi berkenaan. Kita juga perlu pastikan tanah-tanah yang dimiliki secara sah," katanya.
Ops Gading fasa dua diketuai oleh Majlis Keselamatan Negara yang digerakkan secara bersepadu membabitkan 532 anggota dari 16 agensi termasuk Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perhutanan, Rela, pasukan polis dan tentera.

4 ulasan:

  1. BAB TENTERA PUN IKUT SERTA TU YG BEST SEKALI.PATUT DAH LAMA KITA LIBAT KAN MEREKA.TERMASUK DALAM OPERASI KEATAS PUSAT PERJUDIAN DAN PELACURAN.JUGA DALAM OPERASI OPERASI LAIN

    BalasPadam
  2. Benda haram, haram ke nak roboh benda haram

    BalasPadam
  3. harap penandaan kawasan haram tidak ambil masa lama....ramai bekas askar kerja jadi juru ukur...bukan susah....sistem gps pun ada...cuma maklumat perlu dapat dari pej tanah mana haram mana tidak...batu sempadan pun bole cari jika maklumat tepat.

    BalasPadam
  4. Boleh percaye ke kenyataan tue... Ingat PATI tu bodoh siap nak berunding??? Beribu2 boleh lepas masuk ..... Mereka tak bodoh ler tue...

    Lakonan jer nihhh... Tak percaye??? Buat satu isu lain....

    BalasPadam