Portal berita suara.com memetik ketua agensi mencari dan menyelamat (Basarnas) Indonesia, Bambang Soelistyo sebagai berkata tiga mayat ditemui di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah pada Selasa.
"Semasa misi SAR pada malam Selasa hingga pagi Rabu, kami menjumpai tiga mayat - dua lelaki dan seorang wanita yang berpakaian seragam pramugari," katanya.
Jumlah itu menjadikan enam mayat berjaya ditemui setakat ini.
Mayat tersebut ditemui terapung di kawasan perairan berhampiran Pangkalan Bun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan