Isnin, 15 Disember 2014

Kenapa Pulak Si Kolop Cuak..!


KOTA BAHARU: Kerajaan negeri Kelantan akan mengadakan persidangan Khas Dewan Undangan Negeri bagi membentangkan pindaan terhadap Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau dikenali sebagai Hukum Hudud pada 29 Disember ini.  

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata pindaan itu perlu dibuat terlebih dahulu sebelum rang undang-undang persendirian berkaitan pelaksanaan hudud dibawa ke Parlimen.  

"Pindaan ini semata-mata untuk melayakkan kita untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian ke Parlimen di mana kita merujuk kepada Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan.  

"Mengikut Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan, kerajaan negeri boleh melaksanakan undang-undang berkenaan setelah mendapat kebenaran Parlimen,"katanya pada sidang akhbar berkaitan sidang itu di sini, Ahad.  

Ditanya mengenai bantahan kaum Cina berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, Ahmad berkata pelaksanaannya hanya melibatkan hukuman terhadap umat Islam. 

"Ini perkara tidak berbangkit sebab kita menghormati agama lain dan undang-undang hudud ini tidak melibatkan orang bukan Islam, hanya Islam sahaja dan mereka (orang bukan Islam) layak memilih untuk diadili secara sivil atau hudud," katanya.  

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan persekutuan menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri Kelantan untuk membentangkan ke Parlimen rang undang-undang persendirian mengenai hukum hudud bagi dilaksanakan di negeri ini.  

Katanya, ia adalah hak kerajaan negeri Kelantan. -BERNAMA.

Laksanakan lah..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Blogger bangang dah sedikit cerdik. Ini baru benar2 beriman dengan Al Quran dan Sunnah.
    Selari dengan komen bangang kau menyokong penguatkuasaan tulisan Jawi di Melaka
    Faham Jawi Faham Kitab.

    Jangan munafik bro

    BalasPadam
  2. BOLEH CAYO KO PUOK PUOK SEREBE HIJAU NI NOK WAT HUDUD? AMBO SUSOH NAK CAYO.PASAL DEMO MELAWOK JER

    BalasPadam
  3. Melawok je tu, pas ni bila dap marah tak jadi la hudud tu, tengok kalau tak caya banyak kali dah macam tu wei....

    BalasPadam