Ahad, 5 April 2015

Siasatan Nahas Menyeluruh..!


Setakat tengah malam tadi semua mayat mangsa telah pun dikeluarkan dari tempat kejadian dan telah pun dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Siasatan forensik bagi mengenal pasti mangsa sedang dijalankan.

Terdahulu YAB Perdana Menteri dalam sidang akhbarnya melaporkan...

Datuk Seri Najib Razak mengarahkan siasatan penuh dan rapi dijalankan terhadap insiden nahas helikopter yang mengorbankan enam nyawa petang ini.
Perdana menteri berkata nahas helikopter pada petang ini membawa kehilangan besar kepada dirinya membabitkan dua individu yang banyak berkorban kepada negara termasuk bekas ahli Kabinet Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Seri Azlin Alias.
"Saya mengarahkan siasatan penuh rapi diilakukan dan segala aspek tragedi ini disiasat sepenuhnya sebab kita nak tahu apa punca kejadian tragedi ini.
"Terlalu awal bagi kita membuat kesimpulan tetapi siasatan menyeluruh mesti dijalankan.Saya berharap ini semua dapat dilakukan secepat mungkin supaya punca nahas dapat diketahui," katanya pada satu sidang media di lokasi nahas di Semenyih, Selangor malam ini.
Dalam perkembangan yang sama...
Sementara itu, Bernama melaporkan Jabatan Bomba Selangor berkata kesemua enam mayat telah dibawa keluar dari lokasi nahas untuk dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Helikopter milik IGB Corporation dan dikendalikan oleh Cempaka Aviation itu, terhempas dan terbakar pada kira-kira jam 4.55 petang.
Sementara itu, Bernama memetik seorang jurucakap JPAM sebagai berkata nahas itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak tiba di lokasi kejadian pada jam 9.50 malam.

Beliau kemudian tiba di Unit Forensik HKL kira-kira pukul 12 malam.

Jamaluddin yang merupakan pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), pernah berkhidmat sebagai menteri dan juga Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

Dalam pilihan raya umum 2013, Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Rompin dengan majoriti 15,114 undi, menewaskan calon PAS Nuridah Mohd Salleh.

Jamaludin memperolehi 30.040 undi, manakala Nuridah meraih 14.926 undi. Penggundi di situ terdiri daripada 87 peratus Melayu, 2 peratus Cina dan 8 peratus lain-lain, yang kebanyakannya Orang Asli.

Sementara itu, Liow berkata satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat punca helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) terhempas di Semenyih dekat sini, petang tadi.
  
Beliau berkata pasukan itu akan menyiasat dengan menyeluruh termasuk mengambil semua bukti di lokasi nahas itu.

"Pasukan khas ini akan membuat tinjauan di lokasi kejadian termasuk mengambil rakaman kokpit dalam helikopter untuk siasatan lanjut," katanya ketika
ditemu bual oleh stesen televisyen swasta, Astro Awani, secara langsung malam ini.

Liow berkata kesemua enam mayat mangsa nahas itu akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan pengecaman identiti, yang prosesnya dijangka selesai malam ini.

Menurutnya lagi, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah memulakan siasatan terhadap nahas itu.

Perkembangan lain...

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, proses bedah siasat dilakukan serta merta bermula tadi sejurus mayat tiba di HKL.
"Jika menggunakan cap jari atau gigi prosesnya cepat tapi jika melalui DNA dijangka mengambil sedikit masa.
"Sebanyak tiga pasukan forensik terlibat dalam bedah siasat," katanya

Lu Fikir La Sendiri!!!

11 ulasan:

  1. Petunjuk Allah, Najib harus berundur. Orang2 kanan dah dijemput Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Astaghfirullah. Knp dgn awak ni? Ada penyakit hati yg kronik ke? Yg meninggal org lain, knp pulak kaitkan dgn najib? Janji Allah itu benar, sudah sampai masa bagi keenam2 mangsa utk meninggal semalam, apa hal pulak tiba2 najib kena berundur. Lemah sgt fakta najib kena berundur sbb insiden tersebut. Najib perlu berundur jika dia tahu menilai samada tugasnya sebagai pm cemerlang atau gagal, bukan sebab eksiden tersebut. Emosi awak mendahului otak awak berfikir.

      Padam
  2. Anom 2:47

    Pukimak haramjadah kau nie...anak sial, mak bapak kau memang sial...

    Tanya sama luu punya boss, itu mahathir...kalau2 orang tua nyanyok boleh beri nombor ekor, atau cakap apa jadi pd itu apa nama helikopter...

    Boleh kah? Sama macam itu Tan Sri Yahya punya kes lah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Babi lu bapak lu la sial..lu kutuk gua, lu kutuk Mahathir, lu mmg bodo..
      Lu ingat semua boleh selesai dgn kutuk2. Manyak bodo.

      Padam
    2. Bahasa bangsa najib mcam ni le....

      Padam
    3. Dua2 pun sama. Kurang akhlak.

      Padam
  3. Hoi babi 3.28 yg hg jadi gila psl apa?
    Hanh suruh Najib jawab dulu, jgn kutuk2. Dh jawab barulah kutuk.
    Bodoh.

    BalasPadam
  4. Tak kan najib x faham2 lagi???

    BalasPadam
  5. DONT PLAY GOD...

    ..jangan cuba berkata kata atau membuat judgement seolah olah anda tuhan. Mati hidup malapetaka bencana dugaan cabaran milik Dia ..BUKAN untuk ditentukan oleh hamba cipataanNya yang amat rendah darjat, sendiri banyak dosa, serta terhad ilmu pengetahuannya....

    mudah berkata kata tanpa berfikir..kalau esok lusa ditakdirkan anda yang kena atau orang orang yang anda sayang di duga di timpa bala bencana, yang penuh horror...dan orang sekeliling sibuk mengeluarkan fatwa dan kesimpulan betapa buruk nya anda atau mangsa, betapa sesuainya anda dan mangsa ditimpa bencana...tidak mungkin anda akan memiliki sifat durjana mulut celupar pendek akal, seperti yang ada ada sekarang ini...

    semua yang berlaku, baik dan buruk adalah dari Dia, perancangan Dia, bukan urusan manusia...jangan jadi iblis laknatullah yang bongkak sombong tak mau sujud pada Adam A.S sebab merasakan dirinya lebih mengetahui, lebih bijak dari Tuhan Penciptanya...

    BalasPadam
  6. komen-komen macam orang dirasuk syaitan.....barangkali merasakan diri masing-masing hidup bagaikan menongkat langit.

    BalasPadam
  7. Berita sebuah tragedi yang amat menyedihkan. Takziah untuk semua keluarga mangsa.

    Tapi komen-komen yang tidak sopan juga menyedihkan. Satu ungkapan yang biasa kita dengar adalah Bahasa Jiwa Bangsa. Kalau dilihat pada komen-komen yang tidak sopan, baik di sini atau di lain-lain laman, ternyata Jiwa Bangsa kita juga dalam keadaan yang amat menyedihkan.

    BalasPadam