Debaran dada dari petang tadi begitu kencang semenjak dimaklumkan bahawa sebuah helikopter telah terhempas di Jalan Kampung Sg Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih jam 4.57 petang tadi.
Namun setelah kesemua 6 mayat berjaya dikeluarkan jam 8.15 malam tadi maka di sahkan bahawa..
Keenam-enam mayat terlibat insiden membabitkan sebuah helikopter terhempas di Kampung Pasir Baru Semenyih kira-kira 4.55 petang tadi, sudah ditemui.
Menteri Dalam Negeri juga mengesahkan bahawa YB Tan Sri Jamaludin Jarjis telah terkorban didalam kemalangan tersebut sebelum itu Menteri Pertahanan juga mengesahkan bahawa JJ berada didalam helikopter malang tersebut..!
Semua enam mayat mangsa nahas helikopter terhempas di Kampung Pasir Baru, Sungai Pening, di sini sudah ditemui dan akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam ini.
Mayat mangsa terakhir ditemui pada jam 8.15 malam oleh anggota bomba dan penyelamat di bawah bangkai helikopter.
Kini, usaha membawa keluar semua mayat mangsa sedang dijalankan.
Sementara itu Menteri Pengangkutan juga mengesahkan bahawa Ketua Setiausaha Sulit Kanan PM Dato Azlin Alias juga berada didalam helikopter tersebut.
Gambar dari kawan kawan..
Setakat berita ini dimaklumkan..kesemua jenazah akan dibawa ke HKL..!
Menurut saksi helikopter tersebut meletup sebelum jatuh dan meletup sekali lagi apabila terhempas ke bumi..!
Dilaporkan juga cuaca ketika kejadian hujan renyai dengan angin kuat..!
Al Fatihah kepada semua mangsa..!
Semoga roh Allahyarham Tan Sri JJ, Dato Azlin dan bodyguard JJ ditempatkan disisi roh para solehin..!
Amin..!
Sebuah helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang ini dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengatakan tiga mayat sudah dijumpai.
Portal Suara TV melaporkan, sekurang-kurangnya terdapat enam penumpang termasuk orang kenamaan (VIP) seperti Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias juruterbang Kapten Cliff Fournier, pemilik Chempaka Aviation, Ajdiana Baiziera dan pengawal peribadi, yang dikenal pasti sebagai Raskan.
Akhbar New Straits Times melaporkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan Jamaluddin yang pernah menjadi menteri Kabinet di antara yang berada dalam helikopter.
Memetik sumber portal berita SuaraTV melaporkan helikopter jenis AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB), dikatakan terbakar sebelum terhempas.
Mangsa juga dikatakan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, di Pekan, Pahang.
Helikopter itu dikatakan terbang ke Subang dari Kuantan.
Bernama melaporkan jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.57 petang tadi.
"Maklumat awal yang diterima menyatakan helikopter itu terhempas dan terbakar pada 4.55 petang ini," katanya seperti dilaporkan Bernama hari ini.
Beliau berkata sebanyak tiga pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih diarah ke lokasi kejadian.
Bomba juga belum mengenal pasti jenis helikopter itu.
Sementara itu, Bernama melaporkan jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata tiga mayat nahas helikopter itu sudah ditemui, dan pihak berkuasa sedang mencari 3 lagi penumpang lain.
Jurucakap pasukan penyelamat JPAM berkata, kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.
"Unit Forensik polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pastimangsa nahas itu," katanya kepada Bernama.
Lu FIkir La Sendiri!!!
Laju betul menteri kdn bagi statement.....kes anwar????kihkih
BalasPadamBodoh lu...kes peliwat tu biarlah begitu...
BalasPadamtanda suruh najib berundur....!!!!
BalasPadam