Al Fatihah..!
Astro AWANI menemubual seorang juruterbang helikopter berasingan ketika kejadian.
Beliau yang hanya ingin dikenali sebagai Kapten Lee menjadi saksi di udara, sedang terbang dari Johor ke Subang, menyaksikan nahas berlaku.
Kapten Lee menyatakan semasa beliau tiba di Kajang didapati terdapat sebuah lagi 'kapal' yang datang dari Kuantan.
Beliau menyatakan telah berhubung dengan Kapten 'Kapal' tersebut beberapa minit sebelum 'kapal' tersebut dilihat menjunam dan akhirnya terhempas serta mengeluarkan asap hitam.Kapal beliau semasa kejadian berada bersebelahan dengan 'kapal' nahas.
Kapten Lee dengan penuh yakin menyatakan cuaca bukan menjadi faktor utama kepada kemalangan tersebut walaupun cuaca semasa kejadian adalah hujan panas, namun tiada ribut. Cuaca ketika kejadian adalah cerah.
Beliau kemudiannya tidak mahu mengulas lanjut mengenai punca kejadian dan menyerahkan kepada siasatan pihak berkuasa.
Tunggu hasil siasatan dulu..! jangan melatah tak tentu fasal..! lepas ni ramai la pakar pakar penerbangan yang tak bertauliah nak bergebang..!
Jaga hati dan perasaan keluarga mangsa..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan