Khamis, 20 Oktober 2011

Malaysia Insider Menipu! - Ahli Parlimen BN




Diberitakan Malaysia insider haprak melaporkan..

Beberapa wakil rakyat yang ditemui melahirkan pendirian menjauhkan diri mereka daripada tindakan itu ketika kemarahan rakyat makin meningkat ekoran dakwaan blog-blog pro-Umno kononnya anak ketua menteri Pulau Pinang telah mengganggu seorang pelajar perempuan dari kelasnya dan melepaskan diri daripada hukuman menggunakan nama Lim.

Sementara beberapa ahli Parlimen dari BN memberitahu The Malaysian Insider bahawa dakwaan itu hanya satu pandangan peribadi ketua Umno Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri, yang lain pula, sambil enggan nama mereka dipetik mengakui turut marah dengan perbuatan mengaibkan pelajar berusia 16 tahun.

“Polis harus menyiasat dakwaan ini memandangkan ia melibatkan soal rasuah tokoh masyarakat. Tetapi jika tidak benar, maka polis harus mengambil tindakan terhadap pemblog-pemblog terbabit. Parti juga perlu mengambil tindakan ke atas Dr Novandri,” kata Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin Umno seperti Datuk Mohamad Aziz berkata, Lim seharusnya menyaman pemblog-pemblog terbabit jika dakwaan mereka tidak benar.

“Umno tidak terlibat, selesaikan dengan pemblog-pemblog terbabit,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Sri Gading.

Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri berkata, “ini bukan pendirian parti, Dr Novandri tidak mewakili Umno kerana beliau bukan merupakan pemimpin kanan.”

Pagi ini ketika ditemui di Dewan Rakyat..

Hakikatnya YB Dato Bung Mokhtar Kinabatangan dan YB Datuk Mohamad Aziz Sri Gading berkata bahawa kenyataan mereka telah ditokok tambah dan Malaysiainsider salah dalam mengambil fakta kenyataan mereka.

Menurut Bung beliau bersetuju bahawa siapa jua yang membuat fitnah harus diambil tindakan, tidak kira siapa. Tapi beliau tidak pula melahirkan perasaan marah kepada blog terbabit.

Pihak Malaysiainsider perlu menamakan ahli parlimen BN mana yang marah kepada blog tersebut dan jangan hanya membuat kenyataan secara rambang.

Datuk Mohamad Aziz pula menafikan bahawa beliau meminta Guan Eng untuk menyaman blogger terbabit, apa yang beliau sebutkan semalam ialah isu ini tiada kena mengena dengan UMNO dan Lim perlulah menyelesaikannya dengan pihak blogger terbabit.

Beliau sependapat dengan Dato Bung bahawa mereka sebenarnya tidak pasti akan kebenaran cerita berkenaan namun mengakui bahawa blog juga berperanan besar dalam membawa halatuju pemikiran rakyat.

Datuk Mohamad juga menambah, beliau secara peribadi merasakan jika benar apa yang didakwa oleh blog berkenaan maka guan eng sebenarnya terkena tulah dari sikap biadap beliau kepada Sultan dan Rakyat Johor, beliau melahirkan rasa pelik kenapa Malaysiainsider tidak pulak memuatkan laporan peribadi beliau ini.

Sementara itu Ahli Parlimen Kuala Nerus gagal dihubungi.

Malaysiainsider cuba untuk melagakan pemimpin UMNO dengan blogers, kenyataan mereka diputar belit malah menipu bahawa Ahli Parlimen marah kepada pihak bloggers dan simpati kepada guan eng..

Malaysia insider bro..! Apa yang heran?

Lu fikir la sendiri!


Published with Blogger-droid v1.7.4

1 ulasan: