Ahad, 30 Oktober 2011

Sukun Buktikan Beliau Tak Berbuah...!


















Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pada Ahad menafikan bahawa beliau ada ditemu bual oleh blogger yang memuatkan artikel dalam sebuah laman blog yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada pilihan raya umum akan datang.

Sambil menepis laporan itu Koh menyifatkan penulis blog sebagai golongan yang suka menulis apa sahaja walaupun ia tidak benar.

Beliau berkata penulis blog menulis apa sahaja yang dikehendaki dan ada juga blog-blog lain yang menulis pelbagai perkara mengenai dirinya.

"Saya tidak akan memberikan komen berdasarkan hanya satu penulisan di blog, mereka boleh kata apa sahaja yang mereka mahu...ada juga beberapa blog yang menulis pelbagai perkara lain berkaitan diri saya.

Apa yang sukun ni takut sangat! Apa salah kalau blogger tersebut membuat sedikit 'provokasi' kepada sukun untuk berani dan 'jantan' dalam mendepani guan eng komunis! Apa yang sukun gerun, takut dan bacul jika berdepan dengan guan eng 'papa raba'?

Kalau macam ni lah potensi diri yang ada kepada Pengerusi BN PP merangkap presiden gerakan ni nampaknya takde apa lah yang boleh disandar dan diharapkan darinya! baru diaju dan di 'nyanyikan' untuk bertentangan dengan guan eng pun dah melatah tak tentu pasal!

Betullah kata Ketua Wanita Gerakan tempohari yang malu dan tidak mahu berketuakan seorang yang bacul, pengecut dan hanya tahu memalukan diri dan parti! jenis ni ada potensi sebagai calon boleh menang ke? Dato Najib nampak, dengar dan tahu tak?

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan: