Selasa, 8 Januari 2013

Alhamdulilah...PM Sihat Walafiat...Ada Yang Sakit Ke?


Dah kering idea..dah kehabisan modal..! apa yang boleh mereka buat ialah menabur fitnah! Itu juga merupakan manifestasi dari asuhan tok tok garu@guru mereka yang gemar mendoakan keburukan orang lain..hakikatnya fitnah jahat yang mengatakan YAB Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Razak sakit jauh tersasar dan meleset.

Yang jelas sakit dan bertambah parah ialah puak pembangkang yang menerima balasan doa buruk mereka. Doa ahzab mereka dipalingkan semula ke muka muka mereka hingga mereka sendiri yang menerima musibahnya.

Yang pasti sakit ialah hati dan akal budi mereka yang jauh tersasar dari landasan agama yang sebenar..!


yang ini jelas sakit..
yang ini pun jelas sakit nyer..
yang ini paling sakit...sakit yang susah beb nak berubat..ish..ish..ish..!
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa menyangkal dakwaan kononnya beliau tidak sihat seperti yang dilaporkan dalam beberapa blog di Internet.

Semasa berucap pada pelancaran Bon dan Sukuk Yang Diniagakan (ETBS) di Bursa Malaysia di sini, Najib menegaskan bahawa beliau sihat dan meminta rakyat Malaysia supaya tidak mendengar khabar angin.

"Bursa Malaysia sihat, pasaran bon sihat, pasaran sukuk sihat dan saya juga sihat. Jadi tolong jangan percaya terhadap blog," katanya disambut dengan tepukan hadirin.

Spekulasi yang mendakwa perdana menteri diserang strok ringan hangat diperkatakan hujung minggu lepas.

Setiausaha akhbar perdana menteri Datuk Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad dilaporkan berkata semalam bahawa perdana menteri sihat.

Najib hadir pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pagi semalam. BERNAMA

LU FIKIR LA SENDIRI!!!

1 ulasan: