Selasa, 29 Januari 2013
Sultan Johor Tempelak Pembangkang..!
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyifatkan tindakan sesetengah pihak mempertikaikan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan membuat tuduhan bahawa pasukan keselamatan itu sudah tidak boleh dipercayai sebagai tidak masuk akal.
Baginda bertitah, tuduhan seperti itu amat melampau dan menyifatkan tindakan itu hanya akan dilakukan penjenayah yang bersalah sahaja dengan memutar belit fakta selain menyalahkan undang-undang bagi mengelak diri daripada dihukum.
"Lebih teruk lagi, ada penjenayah yang lari meninggalkan negara kerana takut untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang dan kemudian mereka mula membuat tohmahan yang memburukkan negara sendiri.
"Manusia berlidah biawak seperti ini adalah pengkhianat kepada negara. Jika mereka berkata benar, buktikanlah kebenarannya dan jangan terus menjadi pengecut, ibarat melontar batu sembunyi tangan," titah baginda semasa merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya di sini hari ini.
LU FIKIR LA SENDIRI!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan