Berpolitik politik La..tapi dalam isu amanat Hadi yang jelas menyeleweng dan menyesatkan akidah bukan isu yang boleh dipolitikkan! Walau pun hakikat nya amanat sesat itu dikeluarkan atas dasar meraih politik Hadi dan Pas sejak 30 tahun dahulu.
Kini apabila isu ini hangat kembali dan rakyat terutama bekas bekas pengikut taksub Pas sedar setelah mendapat taufik hidayah Allah maka apa yang perlu dicari dan ditemukan di sini ialah penjelasan berkenaan penyelewengan dan kesesatan yang terdapat di dalam ucapan Hadi itu.
Makanya ramailah yang tampil dengan nas dan hadis sambil membawa sama keputusan majlis fatwa yang menjelaskan bahawa amanat itu salah dan perlu ditarik balik sementara Hadi diminta bertaubat. Yang jelas kefahaman rakyat semakin baik dan yang lebih utama keimanan pengikut taksub Pas kepada amanat Hadi semakin longgar dan terlerai. Itu yang penting...itu yang utama!
Ini bermakna penyelewengan dapat dibanteras, kesesatan akidah dapat dipulihkan, kebenaran dapat di tegakkan! Ini satu kejayaan walaupun kejayaan itu memakan masa yang lama namun meraihnya merupakan satu tanda bahawa Allah masih sayangkan kita semua...Alhamdulilah...
Berbalik kepada isu membawa Hadi ke tengah khalayak dengan memberinya ruang dan peluang muncul di kaca tv rasanya tidak perlu...! Jauh dari itu Hadi pasti akan menegakkan benang basah nya yang memang kusut dan berserabut.
Kalau benar Hadi insaf dan sedar akan kesalahan yang telah dia lakukan..tak perlu lah dia menegaskan itu dan ini hingga memerlukan masa selama 1jam bagi menjelaskannya. Ini membuktikan bahawa Hadi tidak akan sesekali menerima dan mengakui bahawa lidahnya telah menyebabkan ibu bapa bergaduh, anak anak derhaka, hubungan keluarga terputus, masyarakat berpecah dan kesucian Islam dihina.
Apa perlunya memberikan ruang kepada Hadi untuk terus menyesatkan akidah umat Islam dan apa perlunya memberikan Hadi peluang mengaut keuntungan politik! Bagi Hadi segala galanya adalah politik dan politik adalah segala gala! Bukan soal agama, bukan soal ummah bukan soal habluminallah dan habluminanas. Hadi tak bertanggungjawab!
Mungkin kita masih boleh menyelamatkan seseorang yang bodoh dengan mengajarkan ya akan ilmu yang sesuai dengan kebodohannya. Tapi kenapa perlu kita bersengkang mata, memeningkan kepala hanya kerana seorang manusia yang langsung gagal menggunakan akal budi dan mata hati dalam melihat masalah ummah yang jauh lebih besar dan aula!
Kerajaan bertanggung jawab kepada seluruh rakyat.. Menjaga kepentingan umum lebih utama dari seorang gila..! Biar orang gila dengan kerja gilanya...kita jaga yang waras sahaja..!
Lu Fikir La Sendiri!,,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan