Khamis, 3 Januari 2013

Perginya Seorang Pahlawan Negara..Takziah..!


Pahlawan negara, Datuk Kanang anak Langkau, 68, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak, kira-kira jam 1.45 pagi tadi akibat sakit jantung.

Kanang, adalah anak Sarawak yang menjadi kebanggaan negara kerana keberaniannya menentang komunis ketika bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari 1962 hingga 1963.

Kanang pemegang tunggal dua pingat kebesaran tertinggi persekutuan iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB).

Takziah kepada keluarga mendiang..sesungghnya negara kehilangan seorang pahlawan yang pasti kekal terpahat didalam lipatan sejarah. 'Agi Idup Agi Ngelaban'


----------

2 ulasan:

  1. KEBERANIAN MENDIANG TAKDE TOLOK BANDINGNYE BROO...UCAPAN TAKZIAH KPD KELUARGA BELIAU

    BalasPadam
  2. takziah kepada keluarga dato kanang. negara hilang seorang pahlawan perang tersohor. hilang bagai tiada ganti, perginya akan diratapi ...

    BalasPadam