Rabu, 23 Januari 2013

Negara Bankrupt Jika Anwar Yang Perintah..!

Sudah lebih 55 tahun negara Merdeka..dari negara mundur dan miskin menjadi negara maju dan berjaya..! Negara tidak pernah tergadai ke tangan mana mana tangan asing yang menjajah dan menjarah hasil dan ekonomi, semuanya dirancang, diatur, dilaksana dan dijayakan oleh Kerajaan Barisan Nasional dan di 'main' kan oleh rakyat sendiri..!

Kerana kemakmuran ekonomi yang di asaskan oleh Kerajaan BN lah maka banyak sumber luar atau pemodal luar yang mahu melabur dan mencari keuntungan di Bumi Bertuah Malaysia kita ini. Itu juga tidak menyebabkan kita terjajah jauh sekali kita muflis dan di iktiraf bankrupt..!

Hanya Anwar Ibrahim sahaja yang akan membuat negara ini bankrupt..itu sebab Anwar begitu membuka pintu untuk membawa masuk IMF kedalam negara pada masa krisis ekonomi 1997-1998. Nasib baik Allah sayangkan Malaysia dengan memberikan ilham kepada Tun M yang pada masa itu sebagai PM menolak idea bodoh Menteri Kewangan merangkap TPM si Anwar Ibrahim aljuburi..

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan ditadbir Barisan Nasional (BN) sudah bankrap, merupakan satu pembohongan besar.

Beliau berkata, negara mempunyai dana dan sumber, malahan diiktiraf oleh badan-badan antarabangsa sebagai model contoh dalam bidang ekonomi dan perniagaan.

"Sama ada beliau (Anwar) tidak mengetahui bagaimana analisis dilakukan oleh badan-badan antarabangsa atau sengaja menolak hakikat sebenar (berhubung ekonomi negara)," katanya yang menyangkal dakwaan
Anwar itu yang dipaparkan di laman sosial YouTube.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pertemuan Bersama Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Melaka di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh di sini hari ini yang dihadiri kira-kira 10,000 orang termasuk Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Muhyiddin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini telah mengumumkan pungutan Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN) pada tahun lepas mencatat kutipan terbesar dalam sejarah iaitu sebanyak RM125 bilion.

"Kita bukan berada dalam situasi (seperti) beberapa negara Eropah seperti Greece dan Portugal yang tidak mempunyai dana dan ongkos dalam mengurus ekonomi mereka sehingga menanggung beban hutang," katanya.

Muhyiddin berkata, negara baru-baru ini turut menerima pengiktirafan oleh Laporan Bank Dunia yang menyebut negara menduduki tangga ke-12 bagi menjalankan perniagaan, naik enam anak tangga daripada tempat ke-18 sebelumnya.

"Malahan kita mengatasi negara-negara maju seperti Sweden (tangga ke-13), Taiwan (16) dan Jerman (20) menurut laporan itu," katanya.

Mengenai penjawat awam, Muhyiddin berkata, cabaran yang dihadapi termasuk dalam membantu negara untuk kekal bersaing dalam ekonomi dan perniagaan sebagai negara pengeksport.

"Kita ada tugas dan misi baik di peringkat persekutuan, negeri dan daerah dalam menjalankan tanggungjawab dan peranan membantu sektor awam dan swasta," katanya.

Beliau berkata usaha yang dilakukan hari ini secara gigih akan membawa kesan kepada negara untuk mencapai status negara maju menjelang 2020. - BERNAMA.

LU FIKIR LA SENDIRI!!!

3 ulasan:

  1. PENACAI BUAT2 LUPE ANUWAR PANDIKUTTI NI DULU PENAH ADA DLM KERAJAAN BROO..TU PSL KLU BLEY DIORANG HRP JGN ADE PIHAK YG UNGKIT SKANDAL TUAN PELIWAT DIORANG BROO..DIORANG MALU BESARRR BROO KEHKEHKEHKEH

    BalasPadam
  2. bang non goyah bila tun desak adakan rci hahahaha

    BalasPadam
  3. sebagai punaisihat selangor apa pork sheikh da buat selain memakmurkan sarang maksiat kegemaran dia he he he he

    BalasPadam