Selasa, 1 Januari 2013

Apapun Azam Anda...Sila Pastikan..!




Kepada sesiapa yang mengambil peluang sempena menyambut tahun baru 2013 berazam itu dan ini..adalah wajar di mulakan dengan tips di bawah ni kerana rasanya semua azam yang siap dipasang tu akan lebih mudah dilaksana dengan jayanya jika dapat mengamalkan nasihat di bawah...


Tips Hilangkan Panas Baran Cara ISLAM


MENGUBAH POSISI-----------------------
⇨ Rasulullah SAW bersabda,maksudnya :
|Apabila kamu marah,dan ketika itu berada di dalam kedudukan berdiri,maka hendaklah dia duduk kerana ia akan menghilangkan kemarahan.Dan jika tidak maka hendaklah dia berbaring| |Riwayat Muslim|


BERWUDUK
--------------
⇨ Rasulullah SAW bersabda,maksudnya:
|Marah datangnya daripada syaitan,dan ia diciptakan daripada api sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air.Oleh sebab itu apabila kamu marah,maka hendaklah berwuduk| |Riwayat Abu Daud|


MEMBACA TA'AWUZ
-------------------------
⇨ Lafaznya ialah : ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻄﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ
Maksudnya: |Ya Allah,lindungi aku daripada syaitan yang direjam|


BERZIKIR
-----------
⇨Banyak berselawat,berzikir,bertahmid,bertahlil dan bertakbir.


KAWAL LISAN
-----------------
⇨Berdiam diri dan jangan bertutur apabila berasa hendak marah kerana ramai manusia yang merosakkan dirinya akibat lisannya sendiri.katakan pada diri bahawa setiap yang berlaku ada hikmah dan kebaikannya.


MINUM AIR
--------------
⇨ Minum air sejuk kerana air mampu memadamkan api kemarahan.


BERKATA KEPADA DIRI
----------------------------
⇨ Ingatkan diri sendiri bahawa perkara yg kita lakukan terhadap orang lain satu hari nanti akan berlaku atas diri kita juga .Dengan cara ini kita telah berjaya mengalihkan fokus minda kepada perkara yang boleh mencetuskan perasaan panas baran.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan