Seminggu 2 ni kalau diperhatikan cara penulisan sekor burung jinak hamPAS Kelantan yang kuat sakit gaut sudah berubah..! sejak awal reti menulis hingga lah kini penulis tua yang berangan nak jadi Ramli Sarip ni (berambut panjang) tak pernah meninggalkan isu kenegeriannya.
Dulu bukan main kuat menjilat Husam..! apabila projek kambingnya gagal maka Husam dijadikan kambing pula untuk meraih laba..! rupanya Husam di kambinghitam kan lebih bernilai dari niaga kambing hitam dengan Husam!
Kenapa tiba tiba penulis yang bermuka muka yang makan 2 mangkuk ni sebok dengan Johor? kenapa bukan Kelantan? kenapa tak pukul Brahim Ali ? kenapa tak bidas Husam? kenapa tak sebok bercakap tentang 17 DUN PAS di Kelantan yang memang sukar dan hampir pasti tidak boleh dipertahankan..! Kenapa tak pukul calon calon pilihanraya Kelantan?
Atau kerana dah bersalam dan berjumpa dengan pemimpin di Ibu Kota? Dah dapat arahan supaya jangan sebok dan campur urusan politik di Kelantan ke? Masyuk ke? Orang nampak beb..!!! zaman sekarang ni..dinding pun bercakap..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Satu perjumpaan dengan penduduk setinggan di Parlimen Pasir Gudang
akan diadakan dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah pemberian
geran tanah, kata Anggota Parlimen dan Ketua Umno Bahagian kawasan itu
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
"Saya sebagai wakil rakyat akan memainkan peranan untuk memujuk mereka dan memberi keyakinan, dan bukan dengan amaran serta gertakan kerana itu kurang bijak.
"Isu ini boleh diselesaikan dengan baik. Keyakinan boleh diberikan kepada kita untuk menyelesaikan perkara ini," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau diminta mengulas penutupan sebahagian besar bilik gerakan di sembilan kampung setinggan di Pasir Gudang berikutan rasa tidak puas hati penduduk berhubung isu pemberian geran tanah yang belum selesai.
Mohamed Khaled berkata isu itu mendapat perhatian kerajaan negeri Johor. "Disebabkan tanah itu hak milik syarikat terbitan awam, prosesnnya berbeza dan mengambil masa," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan