Sabtu, 12 Januari 2013

PAS HANCUR..!!! 95 % Tolak Hadi & Nik Aziz..!


Seorang paderi dari Indonesia, Jahja Iskandar mengakui bahawa kalimah Allah adalah khas untuk umat Islam.
Perkara itu didedahkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang merujuk kepada perakuan di dalam buku tulisan paderi tersebut iaitu Mengapa Nama Yahweh Semakin Popular.

Katanya, berdasarkan buku itu, Jahja memberitahu bahawa kata yang tepat bagi nama Tuhan sembahan orang Kristian berasaskan bahasa asli perjanjian lama, iaitu Ibrani (bahasa digunakan orang Yahudi) ialah Elohim.

Menurut Wan Zahidi, jika diterjemah ke bahasa Arab, maka kata yang tepat bagi menggantikan Elohim ialah Ilah bukan Allah, berasaskan terjemahan paling awal ke bahasa Arab iaitu Inskripsi Zabad pada tahun 512.

"Sehubungan itu, Yayasan Lentera Bangsa yang diasaskan oleh Jahja telah menerbitkan kitab suci Indonesia Literal Translation (KS-ILT) yang mana terjemahan itu tidak lagi tertera kalimah Allah, sebaliknya menggunakan Elohim sebagai nama sembahan orang Kristian.

"Menurut Jahja juga, penggunaan kalimah Allah dalam versi terjemahan baharu al kitab oleh Lembaga Al Kitab Indonesia adalah bertentangan dengan ketetapan Konferensi Para Penterjemah Al Kitab Bahasa Indonesia pada 1952 yang diadakan di Jakarta," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jahja menerusi bukunya Mengapa Nama Yahweh Semakin Popular, di halaman 116 memberitahu, apabila dilihat dalam realiti sehari-hari, tidak dapat dinafikan bahawa kalimah Allah secara umum lebih banyak difahami dan berkonotasi sebagai kata nama Tuhan atau sembahan yang khas untuk umat Islam.

Menerusi halaman sama juga, menurut Jahja, daripada ungkapan yang didengar sehari-hari dalam takbir azan: asyhadu an-laa ilaha illallah yang ertinya, kami bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, jelas ditunjukkan bahawa kalimah Allah berkonotasi kata nama dan tidak mungkin berkonotasi sebutan umum.

Jahja berkata, sejauh yang diketahuinya, dalam setiap terjemahan al-Quran, baik dalam bahasa Inggeris mahupun dalam bahasa Indonesia, kalimah Allah tidak pernah diterjemahkan menjadi God atau Tuhan melainkan tetap ditulis sebagai Allah.

Dalam pada itu, mengulas lanjut, Wan Zahidi berkata, dalam surat Jahja kepadanya, paderi itu berharap agar KS-ILT dapat menjadi jalan keluar bagi menyelesaikan kemelut penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian di Malaysia.

Wan Zahidi berkata, Jahja juga menyatakan kesediaannya untuk datang ke Malaysia bagi memberikan penjelasan jika diperlukan.
 
Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. PENGANUT PAS SENDIRI YG AKAN KUBORKAN 2 EKOR NATANG TU BROO KEHKEHKEH

    BalasPadam
  2. Susah jugak nak cakap... kerana PAS, ramai tergamak kafirkan ayah, ibu, kakak, adik, anak, cucu sendiri.

    Dunia penuh dengan dua wajah....... dua hati.... Tapi, akhir sekali orang akan masuk salah satu, hell or heaven. Hadi sendiri pun tak pasti masuk heaven..

    BalasPadam
  3. Katakanlah:` Hai Ahli Kitab, marilah kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain daripada Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: `Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang menyerahkan diri (kepada Allah)`.(QS. 3:64)

    ::Terjemahan:: ::Tafsir:: ::Asbabun Nuzul::
    Tafsir / Indonesia / DEPAG / Surah Ali 'Imran 64
    قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ (64)
    Allah SWT. memerintahkan kepada Nabi Muhammad saw, agar mengajak ahli kitab Yahudi dan Nasrani untuk berdialog secara adil dalam mencari asas-asas persamaan dari ajaran yang dibawa oleh rasul-rasul dan kitab-kitab yang diturrunkan kepada mereka, yaitu Taurat, Injil dan Alquran. Kemudian Allah SWT menjelaskan maksud ajakan itu yaitu agar mereka tidak menyembah selain Allah yang mempunyai kekuasaan yang mutlak yang berhak menetapkan syari'at dan yang berhak menghalalkan dan mengharamkan, serta tidak mempersekutukan Nya.
    Ayat ini mengandung: Sifat wahdaniah uluhiyah bagi Allah SWT, yaitu ke Esaan Allah seperti tersebut dalam firman Nya:

    ألا نعبد إلا الله
    Artinya:
    "Bahwa kami tidak akan menyembah kecuali kepada Allah".
    (Q.S Ali Imran: 64)
    Dan sifat Wahdaniyah Rububiyah dalam firman Nya yaitu ke Esaan dalam mengatur makhluk Nya:

    ولا يتخذ بعضنا بعضا أربابا من دون الله
    Artinya:
    Dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain dari Allah".
    (Q.S Ali Imran: 64)
    Ketentuan ini disepakati oleh semua orang, dan dapat dibuktikan, Ibrahim as diutus Allah untuk membawa agama Tauhid sebagaimana dibawa oleh Nabi Musa as seperti terdapat dalam kitab Taurat: Allah berfirman kepada Nabi Musa' "Sesungguhnya Tuhan ialah sesembahanmu, kamu tidak mempunyai sesembahan lain di sisi Ku, jangan kamu membuat pahatan patung, dun jangan membuat gambaran apapun juga dari apa saja yang terdapat di langit dan di bumi, maupun yang terdapat di dalam air. Jangan kamu bersujud kepada patung-patung dan gambar-gambar serta jangan menghambakan diri kepadanya.
    Demikian juga Nabi `Isa as diutus Allah dengan membawa ajaran seperti itu.
    Kemudian Nabi Muhammad saw sebagai Nabi penutup, beliau diutus dengan membawa ajaran seperti ini.
    Di dalam Alquran terdapat firman Allah:

    الله لا إله إلا هو الحي القيوم لا تأخذه سنة ولا نوم
    Artinya:
    Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk Nya) tidak mengantuk dan tidak tidur.

    BalasPadam
  4. org pas tak baca utusan, dia org syok baca 'kitab' dia org je.. org2 umno dan yg dtgh2 je baca byk bahan agar dpt membezakan mana yg baik dan buruk.. kesian demo!!

    BalasPadam