Rabu, 19 Mac 2014

MH370 ~ Ada Saksi Mendarat Di Diego Garcia..!


Ada yang nampak bahawa pesawat terbang rendah…

Maldives island residents report sighting of 'low flying jet'


Satellite data suggests that the last "ping" was recieved from the flight somwhere close to the Maldives and the US naval base on Diego Garcia.

Polis di Maldives sedang menyiasat laporan bahawa penduduk di pulau syurga pelancongan itu telah melihat 'pesawat jumbo terbang rendah' pada hari kapal terbang Malaysia Airlines dilaporkan hilang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, pihak polis berkata mereka sedang menyiasat laporan laman web berita Haveeru bahawa penduduk tempatan telah melihat sebuah kapal terbang besar terbang rendah di atas pulau itu pada 8 Mac.

"Polis sedang meneliti laporan akhbar mengatakan bahawa sebuah kapal terbang terbang rendah di kawasan Kuda Huvadhoo," kata kenyataan itu.

Menurut laman web Haveeru, penduduk Kuda Huvadhoo memberitahu laman web berkenaan pada Selasa bahawa mereka melihat pesawat itu pukul 6.15 pagi pada 8 Mac.

Mereka berkata bahawa ia adalah pesawat putih dengan jalur merah merentasinya - iaitu sebagaimana menyerupai pesawat MAS, lapor laman web itu.

Para saksi dari Kuda Huvadhoo bersetuju bahawa kapal terbang itu dalam perjalanan utara ke tenggara, menuju ke penghujung selatan Maldives -Addu, menurut laporan itu.

Mereka juga menyatakan bahawa bunyi yang amat kuat didengari daripada pesawat berkenaan ketika terbang melintasi pulau berkenaan, tambahnya.

"Saya tidak pernah melihat jet terbang begitu rendah di atas pulau kami sebelum ini. Kami melihat pesawat laut, tetapi saya pasti ia bukan sebuah daripadanya. Saya juga boleh melihat pintu pesawat itu dengan jelas," menurut saksi sebagaimana dilaporkan.

"Bukan saya sahaja, malah beberapa penduduk yang lain melaporkan melihat benda sama dengan jelas. Sesetengah orang keluar juga dari rumah mereka untuk melihat apa yang menyebabkan bunyi yang amat kuat itu," kata saksi kepada Haveeru.

Ahli Majlis pulau Kuda Huvadhoo Mohamed Zaheem berkata penduduk pulau telah bercakap mengenai insiden berkenaan.

Seorang pakar penerbangan tempatan memberitahu Haveeru bahawa ia 'mungkin' bagi MH370 untuk terbang melepasi Maldives. Kemungkinan mana-mana pesawat terbang di atas pulau itu pada masa yang dilaporkan adalah amat rendah, menurut pakar.

Maldives bukan di kalangan 26 negara yang kini terlibat dalam operasi mencari antarabangsa besar-besaran. -AFP
Sementara itu diberitakan juga

Seorang penganalisis IT India menemui imej satelit menunjukkan sebuah pesawat besar terbang rendah di Kepulauan Andaman pada 8 Mac, pada hari pesawat Malaysia Airlines hilang semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ke Beijing, menurut akhbar The Hindu.
Anoop Madhav Yeggina, 29, percaya imej itu ialah pesawat Boeing 777-200ER MAS yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan MH370, lapor akhbar itu.
Pakar IT itu ialah antara beribu-ribu orang dari seluruh dunia yang melibatkan diri dalam projek 'crowdsourcing' iaitu khidmat luar kumpulan yang berusaha mengesan kapal terbang berkenaan yang telah melencong dari laluannya ke arah Lautan Hindi selepas menutup semua hubungan komunikasi ketika terbang merentasi Laut China Selatan.
Khidmat luar kumpulan ini merujuk kepada usaha mendapatkan maklumat atau input bagi sesuatu tugas atau projek dengan menyenaraikan perkhidmatan sejumlah individu, sama ada dibayar atau tidak, biasanya melalui Internet.
The Hindu melaporkan bahawa Anoop telah meneliti sejumlah imej dari DigitalGlobe Satellite QB02 sejak beberapa hari lalu sehingga beliau terjumpa imej yang benar-benar membuatkannya terkejut.
Beliau memuat naik 'penemuannya' bersama penulisan yang menjelaskan perkara itu kepada laman web CNN pada 14 Mac dan sejak itu ia menerima lebih 16,000 pengunjung yang melihatnya dan komen daripada mereka.
"Saya yakin imej itu ialah pesawat yang hilang berkenaan atas pelbagai sebab. Satu daripada penunjuknya ialah imej itu dilihat hanya berada di atas sedikit daripada kawasan hutan dan begitu hampir dengan landasan kapal terbang Shibpur Kepulauan Andaman.
"Landasan kapal terbang itu digunakan secara eksklusif oleh angkatan tentera dan tidak memberikan kebenaran kepada pesawat awam berada di kawasan itu.
"Jika diamati secara teliti terhadap imej itu, akan menunjukkan ia terbang begitu rendah sehinggakan awan berada di atasnya, yang menunjukkan ia dilakukan untuk mengelak daripada dikesan radar.
"Yang paling penting ialah ukuran skala standard dan warna pesawat yang hilang itu berpadanan dengan imej kapal terbang berkenaan," beliau dipetik sebagai berkata demikian dalam laporan The Hindu itu.
Anoop mendoakan keselamatan penumpang dan merayu kepada mereka yang pakar dalam IT sesebuah pesawat supaya menyiasat lebih lanjut imej itu bagi mengesan kedudukan pesawat berkenaan, menurut laporan itu.

Siapa boleh check di Diego Garcia?
Lu Fikir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. Bagaimana dia tahu pesawat tu bewarna putih dan berjalur merah sedangkan waktu itu gelap?

    waktu untuk ia sampai ke Maldives pun tidak konsisten kerana perbezaan waktu antara Kuala Lumpu dan Beijing (+8GMT) sedangkan Male (+5GMT)?

    Pesawat paling lama boleh terbang adalah 6 jam dan sepatutnya waktu di Male (sekiranya pesawat melintasi) adalah antara 2pg - 3 pg waktu tempatan.

    . . .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Diaorg pakai torchlight battery eveready suluh kapalterbg nmpk clear sgt....

      Padam
    2. apa yang kau cite ni...semalam telah di terangkan oleh ceo mas...pesawat itu telah di bekalkan minyak sehingga 8 jam penerbangan tidak termasuk 45 minit...untuk bertukar arah jika masalah mendarat.

      Padam
    3. Matahari terbit di Maldives 6.15pagi.

      http://www.timeanddate.com/worldclock/astronomy.html?n=715&month=3&year=2014&obj=sun&afl=-11&day=1

      Padam
  2. Singgah isi minyak di Diego Garcia n terbang semula ke destinasi yang tidak diketahui...

    BalasPadam
  3. anon4:08
    banyak fakta yg perlu diperhatikan
    MH370 ada bekalan minyak untuk 61/2 jam penerbangan (KL-Beijing) tapi seperti biasa masih ada extra + - 20% minyak spare untuk kecemasan ( semua syarikat penerbangan dunia buat)
    DILAPURKAN pada pukul 6.15 pagi pesawat dikesan berada dikawasan Kuda Huvadhoo ... Maldives ni kawasannya rendah pandang kiri kanan nampak laut jer bang ..
    kalo 6.15pg tu dah TERBIT MATAHARI di Maldives bang ... kalo di KL pukul 7.20 pg
    GMT Maldives +3 .. KL +8 .... pukul 7 pg keluar umah abang pakai lampu suluh ke ??
    6.15 di Maldives ialah 3.15 di KL tapi bumi berputar Timur ke Barat dgn setiap zone waktu berbeza 1 jam ...
    itu sebab kalo berpuasa belayar ke arah barat mmg cukup seronok ... waktu berbuka cepat bang ....
    berapa jarak dari Igari (1.07 pg) ke Kuda Huvadhoo (6.15pg) bang ??
    berapa laju maksima pesawat boleh terbang ??
    bukan niat nak perlekehkan orang lain ... tapi kalo komen sebelum berfikir dulu ... nampak la juga sifat kurang matang ....

    BalasPadam