Ahad, 21 Disember 2014

Bahana Jika Umat Islam Tak Sensitif..!


Cakap tak boleh..! tegur tak boleh..! semuanya tak boleh..! Yang boleh cuma tengok dan diam ajer..! Hancur la jawabnya..!

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abd Rahman mendakwa umat Islam berdepan keadaan bahaya jika tiada golongan yang bersikap sensitif apabila timbul isu menyentuh agama.

Katanya, tindakan NGO Islam tersebut yang sering tampil membuat laporan polis apabila timbul isu seperti itu adalah perkembangan yang sihat walau diberi imej negatif oleh golongan didakwa berfahaman liberal.

Jelasnya, sikap sensitif seperti itu menunjukkan jati diri umat Islam itu sendiri berada dalam keadaan sihat, dan peka kepada ancaman sekeliling yang berlaku.

"(Sikap) sensitif (adalah) sihat, bukan sensitif sangat. Golongan liberal cuba memberi imej negatif kepada orang yang berpegang dengan jati diti agama.

"Kita dilabel paranoid, terlebih sensitif supaya kita takut untuk ke depan," katanya ketika diminta mengulas dakwaan bahawa orang Islam dilihat terlebih sensitif sejak akhir-akhir ini.

'Liberalisme ibarat parasit'

Ia merujuk kepada laporan polis NGO Islam terhadap stesen radio BFM 89.9 yang didakwa menghina Islam dan juga terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung kenyataan bukan Islam di negeri itu dibenar menggunakan kalimah Allah.

Mengulas mengenai dakwaan ancaman liberalisme, Abdullah seterusnya berkata perkembangan ideologi itu terhadap umat Islam di negara ini berada di tahap serius.

Bagaimanapun ancaman itu boleh dihalang sekiranya masyarakat diberi kefahaman agama yang sebenar, katanya.

"Ia ibarat pokok parasit, yang penumpang di pokok yang sihat. Sebab itu usaha kita untuk menjadikan pokok kekal sihat kerana ia tidak mudah terkena penyakit," katanya.

Beliau berkata demikian dalam seminar bertajuk 'Projek Liberalisme, Dimensi dan Mekanisme' anjuran ISMA dan sebuah majalah Arab Saudi, Al-Bayan di sebuah hotel di ibu negara hari ini.

Lu FIkir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Bukan saje liberalism/pluralisme, malah apa saje ism yg bathil bisa ditepis oleh muslim jenis spesies biasa jika the so-called golongan ulama elakkan berkem dari kacamata masyarakat. Jangan biarkan lebel spt ulama umno, ulama pas, ulama wahhabi, ulama takfiri, ulama sunnah, ulama shiah, ulama bebas menjadi buah mulut masyarakat. Cukuplah dgn kewujudan 4 cabang kelompok muslim : shafie, hambali, malikki, hanafi. Pengkelompokkan perlu dihindarkan jika ianya membawa mudharat, lebih-lebih lagi jika tidak serasi dgn tuntutan deenul islam.

    BalasPadam
  2. Muslim m'sia sebilangan besar mudah terpesona dgn ajaran & pemikiran luar biasa. Ini kerana budaya membaca bahan bacaan bermutu amat rendah apatah lagi bahan yg ilmiah penulis dalam & luar negara. Concern ISMA ada justifikasinya. Sikap malas baca punca tahap celik quran juga rendah. Celik bermaksud bukan setakat boleh baca tapi boleh faham walaupun secara tafsiran. Sesi ceramah maupun forum yg berjela-jela tidak banyak bantu jika tiada inisiatif sendiri mentelaah kandungan quran secara tafsili. Ayat quran bukannya sukar difahami, tidak spt puisi, sajak yg berbelit-belit. Teknologi kini memudahkan kita mentelaah quran secara berulang-ulang tanpa terikat dgn masa & lokasi tertentu. Jika tahap celik quran kita meningkat, sebarang bentuk ism yg mengarut tidak mudah menjadi ancaman kpd kita. Jika berminat nak faham kandungan quran secara digital bolehlah hubungi saya rosas352088@gmail.com.

    BalasPadam