Selasa, 23 Disember 2014

Cina Ni Belasah Pesara 25%


Nama yang baik akan dikenang juga..! terutama apabila kita pernah menjadi ketua dan kini dah bersara..! Namun begitu yang lebih utama ialah masa untuk diri kita sendiri..! Kata orang masa bersara ni ialah masa untuk mengenang diri sendiri..! 

Daripada mana kita datang..! dimana kita sekarang..! Dan kemana kelak kita bakal pulang..! Tentu banyak persediaan yang perlu difikir dan dilakukan..! Kalau kita hanya ada 25% pengetahuan kita boleh belajar untuk menambah supaya diakhir nanti pasti naik kepada 50% mahu pun lebih hingga tahap cemerlang 100%..!

Tapi kalau pengetahuan sedikit malah menjuman hingga negatif..! baik kita semak betul betul..! pasti ada yang tak kena..! macam group -25% ni..! mesti ada sebab dulu dulu yang menyebabkan mereka membuka tembelang dan temberang diri sendiri..!

Tak ke memalukan ajer namanya..!

Layan...

KHUSUS ditujukan kepada pesara kerajaan, sama ada bergelar atau tidak, ketika berada di atas puncak kuasa dahulu, apa yang kita buat untuk menjaga kepentingan agama bangsa dan negara.

Adakah berkhidmat dengan penuh ikhlas? Atau.... Tuhan sahaja yang tahu.

Saya amat setuju dengan cadangan Perkasa, ‘25 Melayu berpengaruh' ini (pesara kerajaan) atau menteri atau pemimpin parti, mengisytiharkan harta mereka.

Sekadar bekerja dengan kerajaan, setinggi mana pun jawatannya, malah jawatan menteri sekalipun, tidak akan menjadikan kita kaya-raya. Kecualilah, asal-usul mereka memang kaya.

Ini tidak, kadangkala, bukan sahaja pesara kerajaan itu kaya, adik-beradik dan anak-beranaknya pun turut kaya. Dari mana mereka mendapat duit?

Justeru, muhasabahlah diri. Fikirkan kembali. Bertaubatlah jika terlanjur. Mengapa hari ini, selepas pencen, kita menjadi begitu lantang dan berani, tanpa terlebih dahulu membuat sedikit penelitian atau penyelidikan terhadap mereka yang bertungkus-lumus berjuang mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara, sama ada pihak berkuasa kerajaan mahupun NGO-NGO berkaitan?

Bukan bermakna di penghujung usia ini kita tidak bercakap langsung. Tetapi biarlah bertempat. Pastikan tindak-tanduk kita menguntungkan Islam.

Pernahkah terfikir, tatkala mata semakin kabur, kulit pun dah kendur, gigi mula berterabur, rambut banyak gugur, makan pun dah makan bubur, dan tidak lama dijemput kubur, banyak persediaan perlu kita lakukan untuk menuju ke alam akhirat.

Maklum sahajalah, sudah menjadi lumrah, masa muda kita redah segala-galanya, tidak kira halal haram. Bila dah tua nanti barulah bertaubat.
Hari ini, sepatutnya, kita melakukan muhasabah diri. Campur tolak dosa dan pahala.

Pertama, bertaubatlah kepada ALLAH SWT, menyesali segala dosa yang dilakukan selama ini. Qada semula solat yang pernah ditinggalkan. Dekatilah masjid dan surau.

Kedua, jika masih belum menutup aurat, pergilah ke kedai-kedai tudung. Carilah yang bersesuaian untuk menutup kulit dan rambut yang semakin dimamah usia.

Jika tidak percaya kepada aurat (rambut) bagi yang wanita, mungkin jawapan agamawan sudah dijangkakan. Apa kata kita pergi bertanya kepada artis-artis yang telah berhijrah, kenapa mereka bertudung?

Jangan jadi seperti orang kampung. Apabila makcik-makcik ditanya kenapa masih tidak pakai tudung, maka jawapannya, “makcik dah tua, pakai tudung buat apa, siapa yang nak pun” Tidak mengapalah makcik kampung. Tetapi kita orang bijak pandai. Malangnya kepandaian itu masih belum dapat menyedarkan kita.

Ketiga, luanglah masa untuk menelaah al-Quran, Hadis dan kitab-kitab muktabar. Jika bacaan al-Quran masih gagap dan tidak betul, boleh belajar.

Saya amat bimbang dengan perkumpulan wanita yang mendakwa dirinya Islam, tetapi jahil dalam memahami al-Quran. Mereka bercakap banyak tentang Islam, tetapi membaca al-Quran sekadar terjemahan. Sudahlah begitu, mengaku pula diri pandai. Bukan apa, takut sesat jadinya.

Keempat, jika ada anak dan cucu, jagalah mereka dengan baik. Pastikan mereka membesar dengan iman dan Islam, berindentitikan Melayu, jika itulah bangsanya.

Saya amat bimbang generasi hari ini, lahir daripada ibu bapa Melayu, tok-nenek semua Melayu, tetapi sikap, perangai, tingkah-laku langsung tidak serupa Melayu. Mereka kelihatan lebih barat dari Barat. Maklumlah pernah jadi duta luar negara atau belajar di sana.

Kelima, jika ditakdirkan khidmat masih diperlukan selepas pencen - dilantik memegang jawatan ini dan itu, sama ada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa, itu bukan kerana kita terlalu bagus, sehingga jadi berlagak dan kondem orang lain.

Itu tandanya ALLAH masih beri kita peluang. Maka gunakanlah peluang tersebut untuk menebus dosa-dosa yang lalu. Manfaatkan jawatan untuk agama, bangsa dan negara.  

Keenam, jika ada yang mengambil duit rakyat atau duit haram semasa memegang jawatan, banyakkanlah bersedekah sebelum ALLAH mencabut nyawa kita.  

Jangan menuding jari, mengata orang itu ekstrem dan orang ini ekstrem. Sendiri mahu ingat. Kalau kail kita panjang sejengkal, janganlah lautan hendak diduga.

Prof Redhuan tee Abdullah.

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Lantang bersuara selepas pencen menjadi lumrah......Masa kerja terpaksa ikut SOP. Kenyataan akhbar,hanya yang berjawatan tinggi saja kena bagi,orang bawahan tak boleh kerana takut tersasar atau dianggap kurang cerdik agaknya. Bila buat teguran dalam mesyuarat dianggap melawan, Laporan prestasi jadi senjata ketua untuk menekan orang bawah. Tak timbul soal tak sayang agama,bangsa dan negara bila lantang bersuara selepas bersara.

    BalasPadam