Isnin, 2 Mei 2016

Pandi Mana Pandi..?


Alamak...!

PERKASA puji Bank Negara, gesa AG dakwa 1MDB

PERKASA menyokong penuh tindakan Bank Negara Malaysia mengeluarkan surat kompaun pentadbiran terhadap 1MDB, kata Pengerusi Biro Integriti, Anti-Rasuah dan Salahgunakuasa PERKASA, Azrul Akmal Saharudin.
Katanya PERKASA melihat perkembangan ini sebagai manifestasi ketegasan dan profesionalisme Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
"Tindakan berani dan tegas Bank Negara ini perlu mendapat pujian semua pihak yang mendukung prinsip integriti dalam ruang lingkup kuasanya selaku agensi kerajaan yang dihormati," kata Azrul pada kenyataan media.
Sehubungan itu, pihaknya menggesa agar Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ai memulakan proses pendakwaan ke atas 1MDB.
"Walaupun kita mengalu-alukan tindakan kompaun dikenakan BNM, namun kes 1MDB ini tidak cukup sekadar dikenakan tindakan kompaun kerana nilai wang yang ingkar tidak dibawa balik ini adalah sangat besar dan berkemungkinan diselewengkan.
"Bank Negara telah melakukan siasatan terperinci dan mengenakan tindakan, maka wajarlah Peguam Negara pula membawa kes ini untuk tujuan pendakwaan jenayah yang bukan di bawah kuasa Bank Negara," katanya.
Semalam, Bank Negara dilapor mengeluarkan surat kompaun pentadbiran kepada 1MDB kerana gagal mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
Ini termasuk mengkehendaki 1MDB menghantar balik wang yang dikirim ke luar negara berikutan pembatalan tiga kelulusan yang diberikan oleh BNM kepada 1MDB masing-masing pada 2009, 2010 dan 2011.
Bank pusat itu berkata 1MDB juga gagal mengemukakan bukti dan dokumen yang ditetapkan untuk memberikan alasan yang kukuh berhubung ketidakupayaan mematuhi sepenuhnya arahan penghantaran balik itu.
1MDB diberikan tempoh sehingga 30 Mei 2016 untuk membayar kompaun tersebut.
"Adalah tidak masuk akal, suatu pihak yakni Bank Negara mengenakan tindakan ke atas 1MDB di atas bukti-bukti yang diperoleh melalui siasatan, dan suatu pihak lagi pula tidak mahu meneruskan pendakwaan.
"Peguam negara perlu buat keputusan. Rakyat pasti akan menyokong dan berdiri di belakang peguam negara jika beliau berani untuk menegakkan kebenaran demi kesejahteraan tanah air tercinta," kata Azrul.
Sementara itu Azrul berkata pihaknya terkejut kerana sehingga pagi ini tiada kenyataan sokongan terhadap Bank Negara oleh parti politik sama ada kerajaan mahu pun pembangkang.
"Sepatutnya, apabila tindakan seberani ini dibuat oleh mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang, semua kumpulan masyarakat termasuklah parti-parti politik harus memberikan sokongan agar Bank Negara tidak berasa keseorangan dalam tindakannya.
"Kita harus sedar, langkah yang dibuat oleh Bank Negara ini natijahnya besar, ia menunjukkan bahawa segala apa yang diperkatakan oleh pelbagai pihak berkenaan krisis yang melanda 1MDB selama ini ada kebenarannya," katanya.
Akai ada kaa?
Lu Fikir La Sendiri!!!

26 ulasan:

  1. APAHAL CARI AKU? TAK PUAS HATI KE?

    BalasPadam
  2. Pandi sakit perut sb tertelan lbh dedak..

    BalasPadam
  3. Bukan ke 1MDB bersih lagi suci??
    Kan tak ada apa2 penyelewengan.
    Semuanya telus, amanah dan jujur.
    Tak tipu punya.
    Denda BNM tu hanya prosedur biasa je.
    Macam kes2 lain jugak.
    Biasa je tuuuuu.......tak de apa2.....
    Hmmmmmm ye la tuuuu......

    BalasPadam
  4. MAsalahnyaa,,nak bayar denda tu pun,,guna duit rakyat gak nnt..1MDB ni mana ada duit..berniaga semua guna duit hutang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalah guna duit rakyat he.he.he alasan bodoh.

      petoranas, proton pun guna duit rakyat semasa dia mula nak meniaga, mana ADA bisnes glc tak guna duit rakyat

      Padam
    2. Memang sume guna duit rakyat tp 1MDB dah berapa billion untung? Boleh tunjukkan kira2 untung 1MDB? Melingkup lg ada laaaa.....

      Padam
    3. Memang sume guna duit rakyat tp 1MDB dah berapa billion untung? Boleh tunjukkan kira2 untung besar 1MDB tu? Org luar negara pun tau tp ko cam mana boleh tak tau? Ko nak kata 1MDB tu bawak untung berjuta2 USD ke? Melingkupkan lagi ada laaaa. Dedak dedak.

      Padam
    4. Syrikat besar baru dia 6tahun mana ADA untung bro kau tahu belajar bisnas atau tak, petronas dulu bina mana ADA untung selepas 6tahun bina, felda selepas 20tahun baru tunjukan untungan, lain belajar balik bisnes ia

      Padam
    5. Kalau tak untung tak apa tapi sekurang-kurangnya janganlah rugi berhutang sampai berbilion-bilion bro. Tu nak susahkan rakyat je. Bia untung tak banyak mana, ciput pun tak apa tapi janganla berhutang macam gunung bro. 10 tahun pun belum tentu habis bayar. Faedahnya je bertingkek-tingkek banyaknya. Belum masuk duit hutang pangkalnya lagi. Apa cerr?

      Padam
    6. 2.22 ni belajar bisness kat mana.

      Cakap pongpang2 utk cover masalah, lebih baik diam je, joker.

      Padam
  5. Komen pyn nk recycle babi punya blog batu api... mme la kompaun tu dah kuar tunjukkan bukti kompaun tuh bole.... kah kah kah kah... tunjukkan ksn la kompaun tu jgn takoot tak ada sapa yg nk saman blog batu api nihhh.... tunjukkan NOW...

    BalasPadam
  6. Dah tua2 nak mam... pun masih nak kumpul dosa ke Pandi?

    Ini sikit hari jadi arwah...amat menakutkan aura nya. Boleh jadi
    pelakon horror ni Pandi...ada Director ke Producer yang berminat tak?

    BalasPadam
  7. Lupa penyelewangan
    Pkfz pun tun m sangup jadi saksi lepaskan apek ITU He.he.he jasa pada penjenayah lebih hebat ia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mahkamah bukannya bodoh. Pkfz dah pun dibuktikan dlm mahkamah. Org yg takut naik mahkamah tu yg patut dipersoalkan. Tunjuklah semua bukti kat mahkamah. Biar mahkamah yg adili semua hal. Kalau tak salah, tak salahlah, kalau salah salahlah tapi kenapa takut nak naik mahkamah?

      Padam
    2. Kalau jadi saksi lepas orang apa jadahnya dah bpr hapuskan bukti

      Padam
    3. Boleh buktikan BPR hapuskan bukti? Kalau org ko suruh buktikan. Bila kena batang idung sendiri nape tak tunjuk bukti? Bukti mana, bukti?

      Padam
    4. Kenapa macai kecil ditangkap kenapa macai besar tak tangkap sila tengok kes pkfz ITU ia, tun m pergi kemahkamah untuk lepas kroni besar.

      Padam
    5. Sila bagi bukti. Jangan dgn org minta bukti tapi diri sendiri tak bagi bukti. Bukti mana, bukti?

      Padam
    6. Biarkan je bro.
      Pemakan dedak expired mmg mcm tu.
      Last2 dia akan mencarut, maki hamun.
      Last2 dia senyap, angkat kaki sambil garu kurap kat bontot.

      Padam
  8. Bakun babi smpi la nih 1 mentol pun x nyala... berbillion dah abis kena sakau... puiiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1046.. Pemakan Dedak Tetap Dan Berpencen.. bodowww tahap cipan..

      Padam
  9. Sokong. TS Zeti perlu di puji. Pandi perlu di keji.

    Mana boleh si Pandi suruh SPRM hentikan siasatan 1MDB masa dia "clearkan" Najib dari kesalahan RM2.6 bilion.

    BalasPadam
  10. 22tahun memerintah janji tun m pada tun razak pun gagal tunaikan tun m bina pan broneo he.he.he
    Sebab itu adnan minta pan Broneo pada najib selalu anak tun razak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada aku kesah....???

      Padam
    2. Janji Mahathir pada Tun Razak?
      Yang saya tahu TDM jadi PM selepas Tun Hussin. Bilamasa dia berjanji dgn Tun Razak?

      Padam
    3. Betul 10.02 ptg. Ye tak ye kan Tun M jadi PM lepas Tun Hussein. Logiknya kenapa pulak Tun Razak berjanji dgn Tun Mahathir sedangkan timbalan Tun Razak ketika tu ialah Tun Hussein Onn. Walhal masa tu Tun M bukan timbalan PM pun. Lainlah kalau Tun Razak macam nujum Pak Belalang boleh tengok apa nak jadi di masa depan. Boleh nampak siapa yg jadi PM lepas Tun Hussein.

      Nampak sangat dia org nak spin sampai hilang logiknya di situ.

      Padam