Selasa, 17 Mei 2016

DERMA PANAS ~ Pak Arab Sudah Pusing..!



Pak arab bikin fenin..! ingatkan dah selesai..! boleh tutup mulut..! rupanya makin terselak..!

TV3 suku dan utusang takkan menyiarkannya..!

Arab Saudi tidak pernah menyalurkan atau memberi sumbangan wang kepada pihak lain dengan niat untuk menyusahkan mana-mana pertubuhan politik, kata seorang kerabat diraja negara itu, Putera Sultan bin Salman.
Anak kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud itu juga berkata, Kerajaan Arab Saudi tidak berniat untuk menyebabkan suasana politik tidak stabil di mana-mana negara dengan menyalurkan sumbangan politik.
“Arab Saudi tidak pernah memberi wang untuk menyusahkan mana-mana rejim politik, walaupun kami tidak bersetuju dengan mereka,” katanya yang juga Menteri Pelancongan Arab Saudi, pada sidang media selepas menandatangani perjanjian dengan Kementerian Pelancongan di sini, hari ini.
Menjawab soalan mengenai sumbangan yang kononnya dikatakan diberi oleh Arab Saudi dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjumlah RM2.6 bilion, Putera Sultan bagaimanapun berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu.
“Saya benar-benar tidak mempunyai latar belakang mengenai isu ini. Ia adalah isu dalaman bagi Malaysia, dan saya pasti mereka akan mendapat menyelesaikannya,” katanya.
Beliau yang dilihat terganggu dengan soalan mengenai sumbangan itu berkata, Arab Saudi menyedari tanggungjawab pada peringkat antarabangsa dan menjadi negara terbesar dalam memberi bantuan kepada negara Islam lain.
Katanya, hubungan antara Arab Saudi dan Malaysia sentiasa baik dan sejarah menunjukkan Riyadh sentiasa memberi sokongan kepada Kuala Lumpur.
Sebelum ini, akhbar Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan wang yang masuk ke akaun Perdana Menteri berasal daripada anak syarikat pelaburan negara yang mana Najib menjadi Pengerusi Lembaga Penasihatnya, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib bagaimanapun menafikannya dan mendakwa wang itu adalah sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi.
Apa lagi nak gormal?
Kertas takkan mampu membungkus api beb..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

33 ulasan:

  1. Dedakman Dedakman akan beroyan gila lepas ini.
    Apa pula komen Nenek Koyak ?

    BalasPadam
  2. kah..kah..kah..kantoi si jibby ni padan muka...

    BalasPadam
  3. Jadi...apa kata macaii mohd najib sekarang..? Org arab nii kadang2 menyampah plak..yg hidup diluar negara arab suka sangat berpesta..main perempuan dan suka tunjuk kekayaan..terlampau bebas terutama yg tinggal diamerika...mcm kata mangkuk hayun FuuCckkkk...ProOO00ootTt

    BalasPadam
  4. Dah memang jelas ianya bukan DERMA... tapi memang duit dari 1MDB...duit 1MDB dari pinjaman dengan jaminan kerajaan.... #NajibPencuri

    BalasPadam
  5. read word by word his statement as reported by reliable mainstream media ... nothing at all denying ... merely response and clarifying to question pose to him ... so dont spin otherwise ... so go fly kite !!! enough is enough !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wat you talkin', dunggu?

      Why you no say wat is written in the post is not correct? Which part of the statement is wrongly reproduced by Putra Merdeka?

      Lu mata julin'? Or baca upside down? Or hanging from kite like a monkey?

      Go fcuk the kite. You want people to believe what you said but no put out the statement, simply ask readers to go find it. Bloody DAP mentality, damn stupid kind of argument. Go shit in your own facial receptacle.

      Padam
  6. masa menteri luar Arab Saudi kata ia derma, penjilat Jibby suruh Madey minta maaf. Keluar paper, tv3 mcm nak rak. Yg ni senyap sunyi..puuuihhh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menteri Luar Arab tu tak kata itu derma terang terang. Dia di tanya pemberita masa berjalan di antara upacara di Istanbul. Ambushed. Di tepi nya ada Menteri Luar Malaysia yang "kerumun" dia sentiasa. Bukan dia kata di sidang akhbar.

      Dia di laporkan berkata, ".. the Saudi government was aware of a donation to Mr. Najib ..", but didn’t give any details about the amount and when the transactions occurred, or who transferred the money.

      Rakyat masih percaya apa Pak Sheikh tu cakap pertama kali dulu - wang itu ada lah "pelaboran" oleh seorang "individu", tak sebut gomen ke anak Raja Arab ke siapa.

      Individu itu mungkin kenalan Jho Lo, atau siapa saja yang mungkin "pembikin" surat palsu yang alih alih keluar beberapa tahun sejak wang masuk ekaun Najib.

      Padam
  7. Penggemar 'dedak cap badak' akan kata fitnah, fitnah, fitnah....
    Bukti mana bukti, bukti, bukti!
    lps tu dia akan kata najib bersih suci murni dan berseri seri.
    Lps tu penggemar dedak cap badak dari keturunan mykemut akan cakap fuuuccccckkkkk

    BalasPadam
  8. Syukur alhamdulilah, semoga di ambang Ramadhan yg mulia, banyak lagi pendedahan yang mendedahkan lagi kepincangan pimpinan sekarang. Amin

    BalasPadam
  9. Baru ini saya terjumpa bekas ahli justice for papa sama2 merusuh di beri nasihat pada para ahli Dan bekas ahli jangan berkerjasama dengan tun m 'tun m Cuba menjatuh najib Dan anwar ,taktik kejam dengan menburuk satu sama lain, baru saya telah bertemu DS wan Azizah dia menasihat para ahli pkr jangan tandatangan dekalrasi rakyat ia hanya menyebabkan pkr berpecah,

    Jawapan mampukah azmin berkerjasama dengan tun m 'ramai ketahui azmin merupakan murid kedua tun m ketika azmin berkerjasama di jabatan pedana menteri, anwar ambil azmin berkerjasama , azmin berasa serbe bersalah guru nya tun m Dan bosnya anwar yg mana dia akan pilih, mampukah azmin tutup kemarahan team b kroni tun m pkr itu.

    Ikut cerita seterus nya team b tun m kroni pkr and umno vs team a rejim najib vs team a anwar nepostims utara vs team c Dinasti lim dap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Palak muh, ni ghoyyak ggapo? Takdok oghe ghoyyak team a, b, c, mung nok pegi spita gila ke?

      Mu tok ghoyyak sapo bekas ahli justice for papa tuh - mu tipu ke?

      Padam
    2. Cubaan alih tiang gol..kah kah

      Padam
    3. Sy selalu baca awak tulis justice for papa. Justice for papa tu ape bende? Jika tidak keberatan, apalah kiranya dapat diterangkan maksud ungkapan itu. Terima kasih adanya.

      Padam
    4. Akulah Tak salah aku cerita bermula pada 1998 APA bila anwar ditangkap oleh kasihankan anak2 anwar masil bersekolah tubuh kumpulan untuk merusuh tahun 1998, perjuangan mereka untuk jatuhkan Dr mahathir, selogon mereka gunakan anti kronima Dan anti nepostims, para ahli mereka itu akan pakai baju t shirt justice for papa

      Padam
  10. Bro 8.45

    aku sudah katakan dulu
    fly kite ni memanglah dungu
    setiap hari diatas bangku
    perlahan lahan tak kuat siku

    diatas bangku tangan bergerak
    sambil cuba memerah otak
    tak cover boss tak dapat dedak
    pos kan entri walau cengkadak

    fly kite fly kite tugasnya resmi
    kekadang perlahan kekadang menyinga
    benang yang tegak junam kebumi
    lelayang hilang mulut ternganga..



    BalasPadam
  11. Ente sudah bikin ana banyak fening laa..

    Ente sudah tipu sini tipu sana laa..
    Apa pasal ente mau kasi fening sama ana?

    Ana punya kerajaan tidak tahu apa apa laa..

    Ente mau tipu ente punya pasal laa..

    Fening la...fening laa..kah kah kah

    BalasPadam
  12. Aku baru saja jawab satu komen penyokong Najib yg jumud, yg masih lagi berpegang kepada kepercayaan bahawa wang 2.6b itu adalah derma dari almarhum Raja Arab Saudi.

    Dah bertepatan dgn tajuk, dan utk makluman kita semua aku copy paste keseluruhan respon itu ke sini jugak...

    >>>>>

    Anus 5:33:00 PM,

    Aku letakkan versi kamu di atas sekali. Mana tau kot ada lagi yg buta perut seperti kamu. Tetapi Versi 3 dah buktikan pegangan kamu itu SALAH… Otak kamu tu memang jumud. Tapi aku rasa tak perlu nak drastik sangat nak panggil doktor dari Hospital Bahagia nak operate kepala dan bersihkan lumut.

    Sekarang sila pilih versi mana sebagai pegangan dan kepercayaan kamu yg baru…

    Versi 1
    “Lebih tepat ia sebetulnya ialah sumbangan ihsan terus pemimpin tertinggi Arab Saudi sendiri, Almarhum Raja Abdullah ibn Al-Saud yang mangkat awal tahun lalu sebelum digantikan dengan kakandanya, Raja Salman.”
    http://www.mynewshub.cc/2016/01/27/istana-arab-saudi-sah-derma-kepada-pm/

    Versi 2
    Menurut NYT, Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir menyatakan dia tidak fikir wang tersebut datang dari Kerajaan Arab Saudi atau derma politik.
    “It is a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia.”
    http://www.mykmu.net/2016/02/arab-saudi-akui-dana-rm-2-6-bilion-dari-mereka-bukan-1mdb/

    Versi 3
    “SHAH ALAM - Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendedahkan bahawa individu yang menderma RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah‎ seorang putera kepada Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud.
    Bagaimanapun, beliau enggan memberikan identiti penderma tersebut.
    "Kami tahu nama (penderma itu). Dia bukan Almarhum Raja Saudi tetapi anak raja itu. Dia masih hidup," katanya yang‎ dipetik dari laporan Sinchew Daily.”
    http://www.sinarharian.com.my/nasional/derma-rm2-6-bilion-adalah-dari-anak-raja-abdullah-1.482502

    Versi 4
    “Menerusi surat berkenaan, Putera Saud Abdulaziz memberitahu, baginda jelas kagum dengan usaha dan komitmen Malaysia dalam menggunakan kaedah prinsip Islam dalam menerangkan keagungan dan keutuhan agama ini di seluruh dunia…”
    http://umnosubang.com.my/2016/03/29/surat-pengesahan-keluarga-arab-saudi-keatas-derma/

    Versi 5
    “Kementerian kewangan dan kementerian luar negara Arab Saudi tidak tahu menahu berkaitan sumbangan daripada kerabat diraja negara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
    Bagaimanapun, sumber tidak dinamakan dilaporkan mendakwa bahawa wang itu datang daripada allahyarham Raja Abdullah, yang meninggal dunia tahun lalu.
    Menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ) hari ini, dua kementerian negara itu enggan mengulas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali semalam.
    Kementerian-kementerian itu bagaimanapun dilaporkan berkata mereka tiada maklumat berhubung sumbangan itu, yang tidak pernah berlaku sebelum ini.”
    http://btmmari.blogspot.my/2016/01/panas-kementerian-kewangan-arab-saudi.html

    bersambung…

    BalasPadam
  13. sambungan…

    Versi 6
    “Terkejut dengan laporan Najib menerima derma dari raja Arab Saudi, kerajaan Arab Saudi telah memulakan siasatan mengenai dakwaan Najib itu.
    Kerajaan Arab Saudi amat terkejut kerana mereka tidak tahu menahu tentang derma tersebut.
    Kementerian Luar Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan kenyataan bahawa jika mengikut amalan, kerajaan Arab Saudi tidak pernah memberi sumbangan atau derma ke akaun peribadi mana-mana pemimpin luar.
    Kini isu derma 2.6 billion memasuki fasa baru dengan Kerajaan Arab Saudi telah di heret ke isu yang menjadi tumpuan seluruh dunia.”
    http://www.sentiasapanas.com/2016/01/panas-kenyataan-arab-saudi-bukti-najib.html#axzz48ujeNKCN

    Versi 7
    “Arab Saudi berkata akan menyiasat dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memulangkan kepada keluarga Diraja Saudi sebanyak AS$620 juta daripada AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya pada 2013, lapor The Sydney Morning Herald.”
    http://politikputramerdeka.blogspot.my/2016/01/arab-saudi-nak-siasat-sprm-nak-dakwa.html

    Versi 8
    “Apa lagi kalau bukan kenyataan Zahid beliau sudah temui ‘wakil’ penyumbang dana.
    Cuba baca balik berita pada 22 Ogos 2015 ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Sri Gading di Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
    Di situ Timbalan Perdana Menteri mengesahkan secara peribadi sudah bertemu ‘wakil keluarga’ dari Asia Barat, yang menderma RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri.”
    http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/pelik-kerajaan-arab-saudi-masih-tak-nafi-kenyataan-peguam-negara-mengenai-pm.html
    Klip: https://www.youtube.com/watch?v=cBm_9xfmVNE

    Versi 9
    “Dana RM2.6 billion adalah sumbangan politik oleh Kerajaan Arab Saudi dan tidak menyalahi undang-undang di negara ini.
    Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, ketika beliau ingin memperkenalkan kod sumbangan dana politik di Parlimen, ia ditolak pihak pembangkang. “
    Buletin Utama TV3 siarkan rakaman Temubual PM di TV1.
    https://www.youtube.com/watch?v=-jqz3ts32Ls&feature=youtu.be&a

    Versi 10
    Terkini: Sidang media His Excellency Putera Sultan Abdulaziz, Menteri Pelancongan dan juga anakanda Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, Raja Arab Saudi di Malaysia.
    "Not commenting particularly on this very issue which concerns Malaysia, because we have no background on it and not wish to be in the middle of it ..." Itu sebahagian dari jawapannya kepada satu soalan dari reporter.
    https://www.youtube.com/watch?v=6lM4C-SFtY4&feature=youtu.be

    Putera itu tak mau komen (isu dalaman Malaysia); dia tak tau latarbelakang; dan dia tak mau terlibat – ini intepretasi aku, korang dengar dan fahamlah ikut cara korang sendiri. Atau minta tolong Nazri Padang Rengas huraikan sebab dia pun ada di majlis itu, sibuk nak explain sama.

    Kalau seorang ‘Kerabat DiRaja’ dan juga ‘Menteri Kabinet’ Arab Saudi cakap tak tahu menahu dan tidak mahu terlibat dalam isu 2.6b ini, aku anggap dia ni memang tak berhati perut. Akibat terima derma/dana 2.6b dari Arab Saudi itulah yg sebabkan maruah Najib dan negara tercemar teruk.

    Semoga kamu mendapat hidayah dari sedekah aku yg tidak sepertinya ini…

    <<<<<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lupa pulak nak bagitau... Respon asal aku ke komen di Cucu Tok Selampit

      Padam
  14. Budak tu anak si salman ... budak tu apa jawatan dlm kjaan arab saudi..? Tak pulak dinyatakan... klu budak tu bukan taraf menteri penuh mme la dia tak tau apa apa... mungkin budak anak si salman tu coffee boy pakai baji brioni kottt.... blog batu api ni bab fitnah cepat sungguhhh.... kimakqq sungguhhh....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kamu baca Versi 10 komen aku di atas nih... Jangan asyik dok mencarut saja... Ni sahih sebab bapak kamu dok carut bini dia setiap kali dok buat kamu...

      Padam
  15. baru baru ni pemakan dedak kata ALLAH dah tunjuk kebenaran melalui TV3...
    Nah yang ni SIAPA nk tunjuk kebenaran??

    BalasPadam
  16. Pada fikiran saya semua pemberitahuan komen pro Tun ni bijak laksana... rupanya pembelit tahap dewa.... tolong jawap Dan terjemahkan maksud dua ayat ini......

    1. Kata Putera Sultan Bin Salman "Arab Saudi tidak pernah memberikan wang untuk menyusahkan regim politik semasa walaupun jika kita tidak bersetuju dengan mereka," - adakah membawa maksud arab tidak pernah bagi duit atau maksudnya "aku bagi hangpa duit (mana2 pihak atau negara) bukan nak suruh hangpa jadikan issue atau bergaduh"..... come-on lah brader.. takyah nak bodohkan orang.Ingat tok Arab ni bleh terima Najib kesana atau dia suka turun ke sini ker kalau Najib memperguakan nama baik keturunan Raja Saudi neh?.....

    2. “Saya benar-benar tidak mempunyai latar belakang mengenai isu ini. Ia adalah isu dalaman bagi Malaysia, dan saya pasti mereka akan mendapat menyelesaikannya,” katanya.
    Beliau yang dilihat terganggu dengan soalan mengenai sumbangan itu berkata, Arab Saudi menyedari tanggungjawab pada peringkat antarabangsa dan menjadi negara terbesar dalam memberi bantuan kepada negara Islam lain. - Yang ini korang pikir sendiri.... dia sebut dia tak tau latar belakang.... dia tak sebut "mana ada bro.....kita orang tak pernah bagi duit lah.... apa anta ingat Arab bodoh ker"..... huraian beliau selanjutnya jelas mengatakan Saudi sedar akan tanggungbjawab antarabangsa Dan memberi banguan adalah perkara bias bagi mereka..... so LU ORANG PIKIR LAH SENDIRI YERRRR..... Jangan buat dosa kering.... Full-Stop.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apalah punya spin kau ni, kan lbh dia ngaku je bagi kalau btul dia bagi. Ini dh kes kau cabut tiang gol ni.

      Padam
    2. Di bawah Versi 10 komen aku di atas aku dah bagitau 'ini intepretasi aku, korang dengar dan fahamlah ikut cara korang sendiri'. Takde paksaan nak suruh faham ikut pendapat Admin atau aku atau sesiapa. Up to you how to interpret what's being said.

      Tapi aku nak peringat jugak "Kalau seorang ‘Kerabat DiRaja’ dan juga ‘Menteri Kabinet’ Arab Saudi cakap tak tahu menahu dan tidak mahu terlibat dalam isu 2.6b ini, aku anggap dia ni memang tak berhati perut. Akibat terima derma/dana 2.6b dari Arab Saudi itulah yg sebabkan maruah Najib dan negara tercemar teruk."

      Jika benar Raja atau Putera atau Kerajaan Arab Saudi benar2 hulurkan derma/dana kepada Najib, sanggup masukkan derma/dana tu ke akaun peribadi pulak, tentulah mereka pandang tinggi kepada dia, hormat dan sanjung dia. Takkan le dia nak buat donno je dgn masalah Najib dituduh seleweng wang yg berkaitan dgn derma/dana tu. Dia datang ke Malaysia, takkan Kedutaan Arab Saudi tak bagi briefing isu derma/dana dari Saudi Arabia tu?

      Tetapi pasal apa dia kata "...this very issue which concerns Malaysia...". Takkan takde sangkut paut langsung dengan Arab Saudi?

      Dan takkan pulak dia nak kata "I would like to confirm that Mr. Prime Minister Najib is blatantly LYING".

      Padam
    3. secara logiknya.. duit derma/dana politik yg begitu banyak kenapa perlu hantar balik?? Duit SRC yg masuk ke akaun PM tak boleh lak bagi balik... duit derma tanpa mnta balasan dgn Duit SRC (kerajaan) mana lg utama di pulangkan?

      Padam
  17. Banyak nye versi... mana satu nak pakai lam mahkamah nih.... ko yg siar kebodohan batu api kamo... bukti elekkk. .....fakta ... hancus elekkk. ..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku buat list tu utk nak tolong kaum puak korang betulkan aqidah dia. Hingga ke petang tadi dia masih percaya Versi 1, Raja Arab Saudi yg dah meninggal tu yg bagi derma dekat Najib. Aqidah dia salah, bercanggah dengan Versi 3 yg dibawa Apandi Ali.

      Kamu nak percaya yg mana satu itu terpulang kepada kamu. Tak payah tanya versi mana yg nak digunakan, atau bukti apa yg nak ditunjuk di mahkamah. Tunggu aje...

      Itupun nasib baik Tun M mau saman Najib. Kalau nak tunggu Najib, entah Selasa bila pun tak tau lagi...

      Padam
  18. Ada banyak versi menunjukkan najip chicken dan pemakan dedaknya dah nyanyuk atau pembohong besar. Itu je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul... Jika benar derma 2.6b tu datang dari Saudi Arabia, setiap penerahan akan buat kita semua lebih faham lagi jalan ceritanya, bukan buat lagi keliru.

      Ini fakta sejarah yg berlaku pada tahun 2013. Nak kata dongeng pun tak boleh sebab Najib sendiri dah mengaku wang 2.6b tu masuk ke dalam akaun dia. Apandi pun dah sahkan fakta itu. Kalau nak kata wang itu utk lawan DAP, bertukar jadi lawan yahudi aku boleh terima. Tapi takkanlah sumber derma juga boleh bertukar, dari orang mati jadi orang hidup, dari individu jadi kerajaan.

      Dan yg buat banyak2 versi ni bukannya Tun M, bukan Sarawak Report atau WSJ.

      Maka nampak seolah2 cerita yg dikaitkan dgn Tok Arab ni adalah PEMBOHONGAN BESAR oleh Perdana Menteri Malaysia yg bernama Najib.

      Begitu juga dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yg kononnya telah berjumpa dgn Chief Investment Officer dan Trustee kerabat penderma berkenaan.

      So penyokong Najib sekelian, teruskanlah percaya dengan dongeng Najib dan Zahid ni, bersetuju dan bersekutulah dgn pembohongan ini. Korang memang pun tak sudi dan tak hingin nak cari KEBENARAN, maka tak salahlah utk terima PENIPUAN utk dipercaya bulat2.

      Biarlah kami saja terus menerus mencari KEBENARAN. Insyaallah sedikit demi sedikit kami akan dapat juga walaupun disorok dgn berbagai cara dan helah. KEBENARAN bukan hanya berada dalam Laporan Odit atau PAC saja, dalam pejabat Apandi atau SPRM saja. KEBENARAN bukan ada di Malaysia saja...

      Walaupun setakat ini masih belum boleh dibuktikan wang 2.6b tu datang dari 1MDB sekurang2nya, aku semakin yakin Perdana Menteri Malaysia dan Timbalannya adalah PENIPU rakyat.

      Padam
  19. Aku dah tak berapa pedulik dgn apa saja statemet drpd Najib n the Geng Sapu Tabung aka Gasak Sampai Tulang ni.

    Memang sedari awal, selepas pendedahan WSJ, amat jelas putarbelit dan penipuan yg Najib buat.
    Isu boleh selesai 24 jam, ambil masa hampir sebulan baru nak mengaku ada duit berbilion dlm acc sendiri.
    Confirm auta sangat.

    Najib mmg dah checkmate, menipu dan mentekedarah duit haram, bila dia kata tak tahu pasal isu RM42 juta yg SRC masukkan ke acc dia.

    Memang haramjadah, dia tak tahu duit masuk, tapi dia sapu bersih duit tersebut, kemudian tutup acc.

    Bila rakyat mintak bukti, Najib dan geng kartun mula pukul kompang kata semua tu fitnah.

    Apa punya gampang korang.
    Rakyat bukan bodoh, ini zaman celik, terang, bukannya zaman gelap.
    Cakap pongpang2 pakai air liur semata, otak letak dlm lubang jamban.

    Lain kali nak jawab hujah, jawab dgn bukti, hujah dan berfakta.
    Ada faham, makhluk belaan Najib yg makan dedak expired?

    BalasPadam
  20. Aku dah tak berapa pedulik dgn apa saja statemet drpd Najib n the Geng Sapu Tabung aka Gasak Sampai Tulang ni.

    Memang sedari awal, selepas pendedahan WSJ, amat jelas putarbelit dan penipuan yg Najib buat.
    Isu boleh selesai 24 jam, ambil masa hampir sebulan baru nak mengaku ada duit berbilion dlm acc sendiri.
    Confirm auta sangat.

    Najib mmg dah checkmate, menipu dan mentekedarah duit haram, bila dia kata tak tahu pasal isu RM42 juta yg SRC masukkan ke acc dia.

    Memang haramjadah, dia tak tahu duit masuk, tapi dia sapu bersih duit tersebut, kemudian tutup acc.

    Bila rakyat mintak bukti, Najib dan geng kartun mula pukul kompang kata semua tu fitnah.

    Apa punya gampang korang.
    Rakyat bukan bodoh, ini zaman celik, terang, bukannya zaman gelap.
    Cakap pongpang2 pakai air liur semata, otak letak dlm lubang jamban.

    Lain kali nak jawab hujah, jawab dgn bukti, hujah dan berfakta.
    Ada faham, makhluk belaan Najib yg makan dedak expired?

    BalasPadam