Isnin, 30 Mei 2016

Calon Dan PRK Punya Cerita..!


Mulanya dari 2 orang tu...hujungnya pun pulang balik kepada 2 orang tu..!

Tak pasal pasal Hadi dibenarkan membawa usul untuk membentang pindaan Akta 355 Rang Undang Undang secara persendirian di dalam Dewan Rakyat minggu lepas..! 

Bukan sahaja tak pernah berlaku dalam sejarah malah ianya boleh mengakibatkan cadangan agar Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) di BUBAR kan kerana GAGAL mencadangakannya kepada pihak kerajaan untuk dibawa ke dalam Parlimen..!

Itu sahaja sudah nampak putik putik mainan politik 2 pihak..!

Ianya hanya usul kebenaran untuk membawa cadangan pindaan Akta..! bukan usul untuk meminda Akta..! Usul untuk meminta kebenaran ahli dewan..! Kalau dibahas dan diluluskan maka Hadi boleh membawa usul untuk meminda Akta 355 tersebut..! Tapi bila boleh dibahas? mesyuarat yang akan datang..! Maknanya sekarang? tak berlaku la..! Jika tak berlaku buat apa bagi Hadi bawa usul tersebut? 

Sekali lagi putik politik yang wujud sedia bertaut dengan erat untuk menjadikan kuda belang hamPAS dan ahli UMNO yang setia kembang setaman menghentak meja di kedai kopi bahawa Najib sudah berani..! Sudah bertelur untuk menggorak langkah menolak kaum kiasu..! 

Kerana apa??? kerana Sungai Besar dan Kuala Kangsar perlukan tautan mesra dan kembang setaman orang Melayu dan umat Islam memberikan undi mereka kepada BN..!

Kenapa tidak PAS? kerana PAS hanya 'wayang'..! PAS hanya watak fatamorgana yang bakal memberikan sejumlah undi mereka kepada BN pada 18 Jun nanti..!

Itu sebab PAS pun terhegeh hegeh menghantar Dr Rani sebagai calon menentang Budiman di Sg Besar..! Sementara muslimahnya dihantar untuk berdepan wanita di Kuala..!

Kedua dua kuda belang hamPAS ialah orang mendatang..! bukan calon tempatan..! apakah tiada calon dikalangan pemimpin PAS setempat?

Begitu juga UMNO..! APabila Pak TOngko tidak terpilih sebagai calon maka jelas lah bahawa Ketua Bahagian yang menyokong dan mendokong Najib selama ini pun tidak mampu dipertaruhkan untuk dipilih oleh rakyat..! 

Lebih lagi Ketua Bahagian seperti Pak Tongko yang telah dinobatkan berjaya mengumpulkan ribuan rakyat untuk memakai baju merah melangkah payah dari PWTC ke Padang Merbuk bagi mengimbangi berat sebelah yang sememangnya senget akibat perkumpulan baju kuning Bersih sebelum itu..!

Jika Ketua Bahagian pun tidak layak menjadi calon bermakna Ketua Bahagian yang berikrar menyatakan sokongan rakyat kepada Najib di setiap bahagian mereka sebelum ini adalah satu kepalsuan semata..! 

Dengan sendiri membuktikan bahawa Najib disandiwara oleh Ketua Ketua Bahagian bahawa dia mendapat sokongan rakyat..! Bermakna Najib tidak mendapat sokongan penuh rakyat seperti mana yang dibuih dan dijuihkan oleh mulut mulut pengampu Ketua Ketua Bahagian sebelum ini..!!! Tak gitu???

Desas desus ketidakpuasan hati dikalangan ahli UMNO dan pemimpin tertentu di Sg Besar dan K.Kangsar juga sudah kedengaran..! 

Kalau undi simpati dimainkan di Kuala, kenapa tak di Sg Besar? Apakah anak anak Noriah yang kehilangan ibu dan bapa mereka tidak memerlukan simpati? 

Kalau kehilangan suami boleh menyumbang kemenangan pastinya kehilangan ibu dan bapa lebih mampu menyumbang kemenangan di Sg Besar?

Najib tahu keputusan tersebut bakal membawa 1001 lagi masaalah baru..! Itu sebab Najib terpaksa menggorak langkah baru dalam menambah baik hubungan mesranya bersama Hadi..! 

Maka kalau disorot dari mula pembentangan usul hingga lah kepada pengumuman calon ianya hanya langkah politik bagi meneruskan talian hayat..! Ianya politik..! Ianya bukan kerana agama..! tapi kerana politik..! 

Percayalah...selesai PRK ni, dengan kebangkitan penolakan MCA, Gerakan dan MIC di pihak BN yang sememangnya sedang menyelam dikalangan ahli mereka untuk menjadi hero zero..! ditambah dengan DAPig dan PKR serta PAN yang  akan menangguk tentu usul ini akan ditolak dalam mesyuarat yang akan datang..! 

Mainan politik oleh orang politik..! Khabarnya Hadi yang minat memancing pun sudah berjaya mengumpul pengalaman memancing lebih luas dan lebih jauh perjalanannya..! Dah minat la katakan..! Kos nya pun tinggi kan?

Akhirnya bagi UMNO atau PAS..! ianya tetap terpulang kepada Najib dan Hadi..! Ikut suka 2 orang ni la..!

Lantak kau ler..!

Teringat kata kata Tun M..! Bukan parti UMNO lagi..! tapi parti Najib..! Macam tu jugak hamPAS..!!!

Rakyat berpolitik untuk Agama, Bangsa dan Negara..! bukannya demi dua orang tu..! 
Makanya...? Cukup cukup la..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

9 ulasan:

  1. Memang dah tentu ada pengundi di atas pagar mengundi calon2 UMNO sebab simpati kematian penyandang2 jawatan itu dulu.

    Tapi aku rasa majoriti mereka itu akan mengundi berdasarkan benci tak benci mereka terhadap Najib yang bikin 1MDB terhutang RM50 bilion dan RM4.2 bilion masuk ekaun bank dia.

    Sebab dah lama - dekat setahun skandal ini sejak mula meletup. Seluruh pelusuk kampung dah tau - seluruh Parit (nama kampong kampong di kawasan itu), seluruh jembatan, seluruh lubuk orang dah tahu.

    Bukan sikit, beb. Orang kampong bertungkus lumus nak cari makan, dapat 20-30 Ringgit. Najib senang2 makan cara songlap RM4.2 bilion.

    BalasPadam
  2. Betul. Ianya politik..! Ianya bukan kerana agama..! tapi kerana politik..!

    Bugis Lanun nak divert attention pengundi dari masalah dia 1MDB dan RM4.2 bilion dalam ekaun dia

    BalasPadam
  3. Rasanya Najib boleh menang sebab..TUN kata malaysia akan bankrupt pada Sept 2015 jika Najib terus jadi PM (bermakana rakyat akan menderita seperti penduduk Syria, Iraq, bangla)..tetapi ini telah tidak berlaku di mana supermaket, kedai mamak...kedai pakaian..KFC..Mac Donald...dan seribu satu kedai dan tempat hiburan .masih penuh dan tak cukup tempat. Oleh itu secara automatik menidakkan tuduhan Tun dan kuncu kuncunya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sengal 2:30 buat perhematan secara rambang jer....

      nah ini secara rambang (Data Statistic ada tapi hanya kalau Dungu & Keldai hendak membaca dan berfikir secara rationale boleh move your arse and start looking)...

      -Budget 2016 di bentang sekali lagi apa hal? Masaalah ada hoi!!!

      -Budget kementerian kementerian di potong dan disuruh berhemah belanja...

      -Budget Bursary & Scholarship di potong...peruntukan pelajar dalam dan luar negara...

      -MARA juga menghentikan peruntukan biasawa pelajar tertiary & higher education local & overseas....

      -Budget yang TETAP BERBILLION PMO apasal tidak memberi contoh LEAD BY EXAMPLE???

      -Rumah MAMPU MILIK dan RUMAH MURAH bagi berpendapatan RENDAH sampai bila dan berapa yang dah dikotakan???

      -Hutang Negara sudah mencapai tahap bahaya melebehi peratus kepada arah-tanda GDP...

      -HARTA ASSET NEGARA yang dah TERGADAI dek 1MDB tak mahu cerita?

      -BEBAN HUTANG yang TETAP (DEBT CONSOLIDATION) apabila 1MDB jadi 'kerang' tapi perlu dilangsaikan kerana jaminan kerajaan - bermakna RAKYAT terbeban...itu nak putar-keling mana?

      Wei, banyak lagi....tapi buang karan bagi tahu banyak banyak orang dungu keldai paluan Lanun-Bugis-Penyamun!

      Lagi mahu hentam Tun M lagi terkoyak rabak penipuan skala gargantuan Lanun Bugis.....

      Cukup setakat nih lah....

      Padam
  4. Pakai sedondon simerah jambu
    Duduk berdua berdekat dekat
    Umpama pasangan kasih berpadu
    Bila nak kahwin hantarlah kad

    Satu untuk hang, untuk aku satu
    Adegan Filem p.ramlee dahulu
    Dulu dikafir sekarang tak gitu
    Hang bagi lemang aku huluq bahulu

    Aku tuang presideng semua boleh buat
    Aku peduli apa walau bising rakyat
    Baju warna sama tak nampak isyarat?
    Janji kerjasama dompet aku ketat..


    BalasPadam
  5. CAI 2.30 Ptg..bila Tun kata Malaysia akan bengkerap pada 25.9.15? Sila tunjuk kan detail dia, msukn disini now! Yang aku tahu, 25 sept 2015 tu bisul kat bontot kau meletop, flykite tlg bawak kau Kat Klinik Rosmah di Timbaktu. Dah baik lom bisul kau?

    BalasPadam
  6. Ingatlah wahai pengundi sekalian, kita tolak, jangan undi najib dan parti "untuk macai najib only" "u.m.n.o" bukan umno yang kita sayangi.

    BalasPadam
  7. Ahli-ahli dan penyokong Barisan Nasional patut boikot sahajalah pengundian PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar ni, bukan apa, kita nak sokong PAS kita tak suka, kita nak sokong calon proksi Najib pun kita tak suka, kita bukan tak suka ke calon Barisan Nasional, kita bukan menentang Barisan Nasional, tapi kita tak suka bila calon itu adalah calon proksi Najib, itu sahaja.

    Kalau dah marah sangat dan keluar mengundi untuk undi pembangkang tu, itu terpulanglah, tapi kalau berat hati nak undi pembangkang, biarlah tak payah keluar mengundi, biar pembangkang menang pun tak apa, sebab tak mengubah kerajaan pun.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  8. Bukan penyokong DAP30 Mei 2016 7:43 PTG

    Tuan blogger, mohon jangan guna ungkapan "DAPig". Kurang manis dan mungkin lencong Dari tajuk.

    BalasPadam