Sabtu, 21 Mei 2016

SETUJU..!


Siti Hasmah wanita paling disanjungi rakyat

Tiada tokoh lelaki yang terpilih untuk kategori lelaki paling disanjungi di Malaysia.
Isteri bekas perdana menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dipilih sebagai wanita paling disanjungi di Malaysia.
Ia adalah hasil tinjauan pendapat “Lelaki dan wanita paling disanjungi di seluruh dunia 2016″ yang dijalankan sebuah firma penyelidikan pasaran berpangkalan di United Kingdom, YouGov.
Menurut China Press, tinjauan pendapat YouGov itu membabitkan 31,000 responden daripada 30 negara.
Lelaki dan wanita yang paling disanjungi di seluruh dunia ialah pengasas Microsoft, Bill Gates dan pelakon terkenal, Angelina Jolie.
Ia diikuti Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama; Presiden China, Xi Jinping dan pelakon Hong Kong, Jackie Chan yang menduduki tangga kedua hingga keempat.
Ratu Elizabeth II pula menjadi tokoh wanita kedua yang paling disanjungi masyarakat dunia, diikuti calon Presiden Demokrat Amerika 2016, Hillary Clinton dan jutawan merangkap pengacara televisyen terkenal, Oprah Winfrey.
Bagi kategori wanita paling disanjungi di Malaysia pula, Siti Hasmah menewaskan Angelina dengan 13.8%, diikuti penyanyi terkenal, Siti Nurhaliza dan ikon demokrasi yang juga Menteri Luar Myanmar, Aung San Suu Kyi masing-masing di tangga ketiga dan keempat.
Bagaimanapun, tiada tokoh lelaki yang terpilih untuk kategori lelaki paling disanjungi di Malaysia.
DUnia tu..! yang sebelum ni di peringkat asia macam mana pulak?
Lu Fikir La Sendiri!!!

25 ulasan:

  1. Dimana kedudukan datin rosmah mansor...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rosmah Mansor di-calonkan kategori lain...
      Wanita Asia yang banyak berbelanja....top spot NO 1.

      Padam
  2. Mana ada isteri PM macam Tun Hasmah? Tak masuk campur hal politik pun. Ha nya ikut suami pigi ke mana mana, tunjuk sokong.

    Mana ada cincin RM24 juta? Atau shopping di Hawai beratus ribu US dollar = juta Ringgit Malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dlm bahasa Jepun, cincin tu makna nya benda'lah pompuan di bawah tuh.

      Kalau betul yang RM24 juta tuh, bukan main mahal barang dia.

      Mencarut? Mana? Aku sikit pun tak guna kata kata lucah.

      Padam
    2. Cincin 24 juta macam mana nak pakai, berat betul terpaksa kena pegang dua tangan.

      Padam
    3. Ko pikir klu cicin 24 juta tu besar mcm lori ke?..ada otak pakai..semua cai mcm ni ke...asal boleh bercakap je..akai 0

      Padam
    4. Bengap 1.30.....woiii pe bodo sangat. Berlian dikira mengikut karatnya bukan beratnya.

      Padam
    5. mana si 130 tau pasai karat dan berat. dia tau mengarut je.

      Padam
    6. Berlian ikut karat...betul la tu.
      BELIAN ikut berat....lagi berat polan tu lagi banyak kena belanja....kan kak mah kan.....!mcm nama yg timangan org panggil tu....hehe

      Padam
    7. 1 carat = 200 gm dlm timbangan berlian

      Padam
    8. sori... 200 milligram

      Padam
    9. 1 carat utk berlian
      1 carut dari macai
      HAHAHAHA......kan cai kan?

      Padam
  3. DS Ajijah lah nombor 1 ...
    macam tu punya lurus bendul pun tak ada nombor ke ..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bendul yang jendul dan tonjol mana ada nombor

      Padam
  4. Kak Ros ada sakit lutut, tak bleh jalan lama2, dia ada pejabat, sebelah pejabat najib je tawww.

    komen ini ada fitnah ke chai? Fakta atau palsu komen ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia sakit lutut? Sebab banyak sangat melutut nakkan RM2.6 bilion ke? Atau RM4.2 bilion, ada oang kata.

      Padam
  5. Tun Siti Wanita terhormat
    Hal negara tak pernah campur
    Tak mintak permata beg berkilat
    Muka suami tak calit lumpur

    Lemah lembut bersopan santun
    Sifat ibu gilang gemilang
    Memberi dorongan kepada Tun
    Teraju negara ke puncak cemerlang

    Lain pulak yang lagi satu
    Barangan mewah dia hajati
    Pinggang laki boleh disiku
    Ditumbuk bibir merah lah jadi..

    BalasPadam
  6. Closet ada pelbagai jenis
    Closet tersembunyi cantik buatannya
    Closet datinseri simpan barang bernilai
    Closet bernilai pelbagai tukaran

    BalasPadam
    Balasan
    1. closet banyak skeleton wei. banyak busuk maaaaa

      Padam
    2. closet si rosi itu nama nya

      Padam
  7. Tun Siti Hasmah wanita bijak,latar belakang keluarga yang baik baik,budi pekerti yang tinggi ....semoga pasangan Tun M dan Tun Siti sentiasa berada di dalam lindungan Allah,amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan sebalik nya kpd pasangan Najib.

      Kalau PAS Nik Aziz boleh do'akan UMNO KO, takkan aku tak boleh.

      Padam
  8. Tun Siti Hasmah tak pernah lebih sudu dari kuah walaupun suami sorang PM tapi beliau tak menonjol-nonjolkan diri, tak hidung tinggi atau sombong. Tak pula beliau expect orang respect dirinya namun masyarakat menghormati beliau.

    Walaupun Tun Siti ikut ke mana saja suaminya pergi tapi beliau tak masuk campur dalam kegiatan yang berkaitan dengan suaminya. Sesekali saja beliau mendapat liputan radio dan TV.

    Orang yang sangat LOW PROFILE. Murah dengan senyuman dan mudah mesra dengan orang.

    Bersifat keibuan dan isteri yang baik.
    Itulah sebabnya Tun Siti tak pernah dicerca, diseranah atau digelar dengan berbagai gelaran yang memalukan baik dalam negara mahu pun di luar negara.

    Kita tak pernah dengar media luar negara buat liputan pasal Tun Siti bershopping sakan gila.

    Syabas dan tahniah Tun Siti kerana selama 22 tahun beliau telah berjaya menjaga nama sebagai isteri sorang PM dari dicemuh dan dicaci masyarakat Malaysia dan juga masyarakat dari dunia luar.

    Respect is earned, trust is gained and Tun Siti deserves all the respect and trust.

    BalasPadam
  9. Semasa di zaman refofmasi walaupun Tun M dihina dan dicerca oleh penyokong Anwar namun Tun Siti tak pernah dihina oleh penyokong pembangkang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul 6.58. Tun Siti hanya setia meneman suami je tapi tak pernah tergedik-gedik tonjolkan diri.

      Lepas ni kalau ada orang yang nak mula berubah dari HIGH PROFILE ke low profile......memang DAH TERLAMBAT lah sebab satu dunia dah tau sape dia sebenarnya. Sampai bila2 pon orang ingat.

      Padam