Selasa, 17 Mei 2016

Siapa Pengkhianat UMNO..?


Kesian ahli UMNO dibawah yang setia dan jujur berjuang..!

MENGKHIANATI UMNO

1. Sesungguhnya apa yang sedang berlaku di negara bertuah ini tidak pernah diduga, dimimpi atau diramal oleh sesiapa, samada rakyat negara ini atau orang asing.

2. Semasa kita berjuang untuk kemerdekaan semua pemimpin dan rakyat percaya bahawa pemimpin yang dipilih oleh mereka tetap akan bersikap dan bertindak sebagai nasionalis yang berkhidmat, bahkan berkorban untuk negara, untuk rakyat dan kesejahteraan mereka. Inilah sebabnya yang mereka terima tanpa soal sistem demokrasi, sistem yang memberi hak kepada rakyat untuk memilih Kerajaan mereka.

3. Dan seperti yang mereka jangka, pemimpin demi pemimpin pilihan mereka tidak mengecewakan mereka. Negara dibangun dengan baiknya dan rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik dan lebih makmur dari dahulu.

4. Perdana Menteri-Perdana Menteri tidak menimbul banyak masalah. Apabila masa datang untuk mereka undur mereka pun pergi. Rusuhan untuk menjatuhkan Perdana Menteri tidak pernah berlaku.

5. Tun Abdullah juga berundur apabila prestasinya dalam PRU 12 tidak begitu baik. Dia undur kerana sudah jelas rakyat tidak lagi sokongnya. Najib juga mendesak supaya dia undur dan Najib menggantinya.

6. Rakyat lega. Inilah Malaysia. Peralihan kuasa diperingkat tertinggi berlaku dengan licin dan tertib. Rakyat menunggu akan nikmat yang mereka akan dapat daripada pemimpin baru. Mereka percaya yang baru tetap lebih baik dari yang lama. Jika tidak lebih baik pun tentu sekurang-kurangnya sama dengan ayahnya, Tun Razak.

7. Tetapi impian rakyat tidak menjadi kenyataan. Awal-awal lagi diperhatikan cara hidup yang luar biasa mewahnya berbanding dengan PM yang terdahulu. Ini dilihat terutamanya semasa perkahwinan anaknya. Tumpuan tidak diberi kepada pembangunan negara, kepada pengwujudan peluang pekerjaan dan perniagaan. Sebaliknya dicipta BRIM, pemberian RM 500/- kepada rakyat yang dikatakan miskin.

8. Rakyat kecewa. Jauh dari menyokong. Prestasi Najib dalam PRU 13 menurun berbanding dengan PM yang dia ganti. Namun pemimpin diperingkat bahagian dan wakil rakyat UMNO khususnya ternampak tidak faham tentang kekurangan sokongan rakyat kepada Najib.

9. Kemudian datang 1MDB. Dengan modal satu million Ringgit, syarikat yang ditubuh dan dipimpin oleh Najib meminjam empat-puluh-dua ribu kali ganda lebih daripada modal. Maka bermulalah cerita-cerita tentang berbagai-bagai salah laku oleh 1MDB ini. Berbillion Ringgit dilabur tanpa kajiselidik yang mendalam, dipindah kesana kesini, meresap dan hilang. Soalan tidak dijawab. Faedah hutang tidak dibayar. Auditor di buang, diganti dan dibuang lagi.

10. Terdengar cerita Jho Low yang tidak memegang apa-apa jawatan tetapi berkuasa. Jika Ahli Lembaga Pengarah menyoal, Jho Low menalipon Dato Sri Najib dan menyuruh Pengarah bertanya sendiri. Pengarah tidak bertanya. Terima sahaja arahan Jho Low. Yang tak senang hati menarik diri dari Lembaga.

11. Cerita berkenaan Rosmah juga menimbulkan kemarahan Rakyat. Tersebarnya cerita berkenaan pembelian beg tangan sahaja menelan berjuta Ringgit dan juga kononnya banyak perniagaan memberi saham percuma kepada Rosmah melalui proksi beliau.

12. Segala urusan 1MDB tertutup, tidak dilapor oleh akhbar kerana tidak dibenar, atau takut atau diberi amaran. Mesyuarat Agung UMNO tidak dibenar bercakap berkenaan 1MDB.

13. Kemudian di dalam akhbar luar negera, Wall Street Journal, terdapat laporan bahawa akaun persendirian Dato Sri Najib memiliki Dolar Amerika sebanyak 681 juta, bersamaan 2.6 billion Ringgit Malaysia. Seluruh rakyat terkejut. Mereka bertanya apakah benar PM Malaysia memiliki wang sebanyak itu. Ini tidak mungkin. Ini akhbar asing yang suka memburukkan Malaysia.

14. Najib nafi. Katanya tak akan dia begitu bodoh memasuk wang sebanyak itu dalam akaun peribadinya. Katanya cerita ini tidak berasas. Dia tidak memiliki wang sebegitu banyak.

15. Tetapi akhirnya Dato Sri Najib mengaku wang sebanyak 2.6 billion Ringgit itu ada dalam akaun peribadinya. Kononnya derma dari Putera Arab Saudi. Kemudian didakwa dari Raja Arab Saudi yang sudah mangkat.

16. Tetapi pengesahan dengan dokumen yang boleh dipercayai tidak ada. Hanya pengakuan Najib. Pegram Negara disingkir dan yang baru dilantik yang mendakwa Najib tidak menyalahguna wang dalam akaunnya. Kononnya wang ini telah diberi balik kepada penderma. Sekali lagi tidak ada dokumen yang mengesah kenyataan ini. Hanya pengakuan ole Peguam Negara.

17. Kalau tidak bersalah kenapa tidak dibuat saman malu terhadap Wall Street Journal dan Sarawak Report yang membuat laporan berkenaan 2.6 billion Ringgit yang berada dalam akaun Najib. Saman malu boleh dibuat di Britain atau Amerika jika yang didakwa enggan dibicara di Malaysia. Tetapi Najib tidak membuat saman malu, selain daripada bertanya kenapa laporan itu dibuat. Ini bermakna laporan Wall Street Journal dan Sarawak Report adalah benar dan berasas.

18. Sekarang dunia tahu dan percaya Najib sudah selewengkan banyak daripada modal 1MDB. Dan dunia ketawa sinis terhadap Malaysia yang sudah jadi negara rasuah yang terbesar di dunia. Dan Najib didakwa adalah Menteri Kewangan yang terburuk di Asia.

19. Ketua-Ketua Bahagian UMNO dan Ahli Dewan Rakyat UMNO takkanlah pekak dan buta sehingga tidak sedar berkenaan salahlaku Najib. Tetapi mereka terus sokong Najib dan mempertahankannya. Tidak berasa malukah mereka mengetahui PM mereka sebegini buruk, dihina secara terbuka oleh dunia tanpa disangkal oleh Najib.

20. Tetapi nampaknya mereka tidak tahu malu dan lebih utamakan kepentingan diri daripada kepentingan dan maruah negara.

21. Rata-rata rakyat berhimpun dan mendesak untuk Najib disingkir daripada jawatan Perdana Menteri. Ahli-ahli dan pemimpin UMNO tahu parti mereka akan kalah jika Najib terus memimpin BN dan UMNO dalam PRU 14. Hanya yang bisu dan pekak sahaja yang tidak ambil kesah akan kehancuran UMNO yang tetap berlaku.

22. UMNO adalah parti yang mengalahkan Malayan Union dan memerdekakan negara. UMNO juga berjaya membangunkan negara.

23. UMNO juga yang memberi kepada negara Perdana Menteri, Perdana Menteri yang memajukan negara sehingga ketahap yang tinggi.

24. Tetapi hari ini kerana UMNO mempertahankan Najib sebagai Perdana Menteri walaupun jelas dia terlibat dengan skandal yang amat buruk, dan menjadikan UMNO parti yang terburuk di Malaysia, pemimpin-pemimpin bahagian dan Ahli Dewan Rakyat UMNO masih bersekongkol dengan Najib untuk musnahkan UMNO. Anak cucu mereka akan kutuk mereka kerana ini.

25. Wahai pemimpin UMNO, ingatlah akan masa depan kamu. Pengkhianatan kamu akan dibalas dengan cara yang setimpal di dunia dan di akhirat.


Ingatlah wahai pemimpin..! balasan Allah jua lah yang hak, benar lagi kekal..!

Bukannya balasan seorang hamba..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

23 ulasan:

  1. Bro Masa momok jadi PM... krlantan terangganu dan kedah ( tempat momok lahir pun kena rejek negeri sendiri)
    Masa Pak Lah zzz...zzzz.. kelantan..terangganu..kedah..PPinang(tmpt lahir pun kena rejek).. perak selangor ke pembangkang
    Najib ... Perak.. Tgganu kembali dlm kjaan BN... selangork dan kelantan next PRU insyallah ke BN

    Siapa pengkhianat sebenarnya.?. semua Pemimpin dan PM dari utara semua pengkhianat....yg tinggal pulau batu putih jer..

    All northern leader are suck fucking bastard

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cara kau cakap mengguna kata kata "suck fucking bastard" menunjukkan kau tak boleh panggil sesiapa di sini "Bro". Terutama sekali Putera Merdeka, yang pendirian nya jauh berbeza dari kau dan tak biadap macam kau.

      Bertaubat lah, melainkan kalau kau bukan Islam, tapi Cina Bukit pendatang DAP yang biadap dan kurang ajar macam Lim Guan Eng, saperti Naib Presiden DAP TengKu Aziz sendiri kata masa dia cabut keluar dari DAP 1-2 tahun dulu. Mungkin kau DAP sebab tak hormatkan bekas2 PM "northern leader", tak hormatkan sesiapa, api takut dengan Tokong Toangkang Lim.

      Padam
    2. On what's sense I have to respect 'nothern leader' either they are from exPM or opposition leader... there's the truth 'all nothern leader are really totallt sucks fucking bastard' ... THIS IS FACT....enough....!!!!

      Padam
    3. Dedak sedap dimakan. Yummy ....

      Padam
    4. Fakta ko ke laut 11.31.

      Siapa 2 pemimpin Umno/BN yg telah menyerahkan Penang utk dijajah oleh DAP sial dan Selangor oleh Peliwat Kental Rakyat?

      Siapa yg telah menjual aset strategik negara kpd cina komunis, semata2 nak bayar hutang 1MDB?

      Siapa yg memansuhkan ISA setelah didesak oleh DAP sial, Ambiga dan sekutu2nya?

      Siapa yg telah berura2 membakulsampahkan juga Akta Hasutan 1948?

      Jamal Ikan Bakar,berikrar menghalau balik org2 Cina 'pendatang' ke negara asal mereka.
      Dia juga berhasrat menutup SJKC dan Petaling Street, semasa himpunan Geng Baju Merah.
      Resolusi Geng Baju Merah, meminta PM kembalikan akta ISA.

      Tapi Najib,selepas balik drpd oversea, mengangkat org Cina adalah anak watan, bukan pendatang.
      Najib juga berikrar mempertahankan SJKC dan memberi janji kerajaan akan upgrade Petaling Street.
      Paling lawak, resolusi kembalikan akta ISA, sampai sekarang langsung tak dijawab oleh Najib.

      Najib yg buat rekod baru BN dlm PRU13:

      1) gagal mendapat 2/3 majoriti mudah di parlimen dlm PRU13

      2) ditolak oleh kaum Cina dgn Tsunami undi kpd PR

      3) 2 taiko Umno/BN, Noh Omar, boss PRU BN di Selangor dan Ali Rustam, di Melaka, tersungkur di kaki pembangkang

      4) Teresa Kok menduduki tangga teratas, menerima majoriti undi terbanyak, tapi Najib dgn segala kerahan bala tentera BN seluruh negara hanya menduduki tempat ke 9, mendapat majoriti undi terbanyak.

      Najib mengatakan tak tahu, SRC telah memasukkan RM42 juta dlm accnya.

      Tapi dlm tak tahu, duit tersebut habis disapu, dibelanjakan dan acc tersebut ditutup.

      Siapa pengkhianat sebenarnya?

      Padam
    5. Jangan mimpi nak dptkan selangor balik, umno/BN menang hanya dikwsn2 hulu/luar bandar yg rata2 baca utusan BH dn maklumat dari tv3 suku.

      Padam
    6. cermin la diri sendiri

      Padam
  2. Pastasi tun m pun amat dibanggakan berjaya jatuh Pak lah di penang gunakan kroni apek dia Dan berjaya bagi 5negeri pada pembakang he.he.he ramai ahli tahu perkara itu.

    Tun m bangga dengan pastarsi najib pada Pru 13 lagi siapa pada cakap pada media dia puas hati pastarsi najib.

    Bila Anak tun m kena buang boleh pulak blog macai tun m cakap dia tak puas hati dengan pratarsi najib tak rasa pelik macai cakap ini.

    Nanti ADA pulak macai protun cakap Cuba alih tiang gol

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kamu ni gila ke, cakap berceramuk lintang pukang saperti ini -

      "Tun m bangga dengan pastarsi najib pada Pru 13 lagi siapa pada cakap pada media dia puas hati pastarsi najib."

      Apa maksud kamu? Siapa kata Tun Mahathir bangga dengan prestasi Najib sejak PRU13? Kenapa kamu tak sebut siapa dia dengan jelas atau keluarkan link bagi nya? Kamu bukan sahaja coba membelit tapi membohong sapenuh nya.

      Kamu selalu buat begini di sini dan perlu di keritik, di kutuk, di caci, di benci.

      Padam
    2. Sudah jangan menipu kita orang ini penah keluar dekat tv3 dulu dia boleh cakap puas hati Pru 13, lepas berapa bulan dia hentam najib kami bukan bodoh Dan lupa APA dia katakan tun m itu, kalau tun m hebat sangat dulu kenapa time pru13, bn gagal dapat balik penang Dan kelantan itu.
      Kami tak lupa 5negeri jatuh gara2 tun m punya kerja, kebencian tun m sendiri tabur telah memakan bn itu, kami tak nak ikut tun m itu ADA faham, anda lihat lihat tinkah laku tun m itu dia sanggup rasmi Dewan peniagaan apek dap di penang anda fikir sendiri
      Anda cari APA saya cakap ini, dulu tun m cakap tunku kroni cina Sekarang berpaling pada tun m sendiri

      Padam
    3. 10.41 pg.

      Dah lebih 1.2 juta sign DR berbanding target 1 juta.
      400k lagi, t.tangan tak diterima kerana rosak.
      Bukan mudah nak mengumpul sebanyak itu.
      FB Najib juga dihujani ludah dan kahak drpd rakyat secara berterusan.
      Dan, semuanya masih berjalan.

      BN gagal dapat balik Penang dan Kelantan?
      Apa masalahnya?
      Siapa General Perang BN masa PRU13, Tun M kah?

      5 negeri yg jatuh, zaman siapa,dan siapa timbalannya?

      Kenapa rakyat buat undi protes kpd Pak Lah dan KJ?

      Semua bukti masih ada dlm arkib2 media kerajaan dan pembangkang.

      Mykmu dan Papa Gomo yg sekarang menyokong totok Najib, yg sekarang dok ligan Tun M pun, menghentak semacam je Pak Lah dan KJ ketika itu.
      Sampai sekarang pun, kebencian Mykmu terhadap KJ tak pernah padam.

      Ketika PRU12, Kedah ada Mukhriz, Selangor ada Khir Toyo, N9 ada KJ.
      Apa kaitannya dgn pemilihan Ketua Pemuda Umno?

      Siapa yg buat penyusunan calon2 BN dlm PRU12 kalau bukan dgn campurtangan budak mentah KJ.

      Bukti2 ni masih tersimpan dan sukar dipadam.

      Menyalahkan Tun M semata2 menunjukkn Najib n the Geng Sapu Tabung aka Gasak Sampai Tulang mmg tiada daya kepimpinan, tiada integriti dan kredibiliti.

      Padam
  3. Baru ini saya terjumpa bekas ahli justice for papa sama2 merusuh di beri nasihat pada para ahli Dan bekas ahli jangan berkerjasama dengan tun m 'tun m Cuba menjatuh najib Dan anwar ,taktik kejam dengan menburuk satu sama lain, baru saya telah bertemu DS wan Azizah dia menasihat para ahli pkr jangan tandatangan dekalrasi rakyat ia hanya menyebabkan pkr berpecah,

    Jawapan mampukah azmin berkerjasama dengan tun m 'ramai ketahui azmin merupakan murid kedua tun m ketika azmin berkerjasama di jabatan pedana menteri, anwar ambil azmin berkerjasama , azmin berasa serbe bersalah guru nya tun m Dan bosnya anwar yg mana dia akan pilih, mampukah azmin tutup kemarahan team b kroni tun m pkr itu.

    Ikut cerita seterus nya team b tun m kroni pkr and umno vs team a rejim najib vs team a anwar nepostims utara vs team c Dinasti lim dap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kamu ini orang yang sama membuat komen di 11;31, 11:37 dan salin kommen lama kamu di 11:40.

      Tak masalah banyak komen, kalau betul dan munasabah. Tapi kamu mengarut dan membohong saperti di 11:37 dan menyalin sapenuh nya komen kamu yang telah di tibai dek pembaca di sini berkali kali di masa yang lalu.

      Bukan kah kerja bodoh kamu buat itu? Pembaca boleh jugak salin apa yang mereka tibai kamu di masa lalu itu, tapi mereka tak sebodoh kamu. Sekarang aku ha nya tunjukkan kapada pembaca lain kebodohan penyokong Najib saperti kamu.

      Padam
  4. old school madey strategy .. everything was perfectly plan and executed but result ? why so bad ? and time running short due to his old dying age .. support losing momentum hence he opted more desprate measures .. too bad it will backfire ... so stupid madey supporter ... better go fly kite !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekurang kurang nya, bagi contoh le, Mamat. Why you so stupid thinking people will believe you making "wild allegations, no proof, substantiation or justification"?

      You budak kicik mentality arr, suka main kite kind issit?

      Padam
  5. madey supporter believe and trust him too much .. too bad this is digital era when information spread lightning fast, can be altered, can be countered, can be misconstrued, basically lack of credibility. Madey leadership is no longer inspired nowadays generation .. he is Jurassic !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. And you pre-historic worse than Jurassic?

      And you trust Najib? When so many others don't, even outside Malaysia, and Spore, Switzerland etc investigating cases linked to Najib's 1MDB.

      Worse for Najib - so much information against him that he cannot run away unscathed, man.

      Padam
  6. Cai kau dua tiga kerat jelah yg pelahap mamah telo bos kau, sedap ke cai? Ada berani buat referendum sekarang? Buat snap election? Ada berani tanya seluruh rakyat sokong siapa sekarang? Tak berani kan sebab bos kau tu bersalah( tak salah oleh kau Dan ngok2 umno Najib). Seluruh dunia tahu perangai buruk Dan keji bos besar kau tu. Muka kau tampal Kulit tonyok ke CAI..heh..heh..tampal Kulit tonyok..sama lah kau dgn bos kau tu..

    BalasPadam
  7. Tun Mahathir is still the greatest PM for Malaysians ever..your scandal- filled shameless irresponsible son of a gun big useless boss is most suitable to be worldly recognized by the name of fly kite minister..

    BalasPadam
  8. Benang layang layang fly kite dah hidup balik..fly kite..hari ni berapa Kali?..

    BalasPadam
  9. Haa..dedak man fly kite, still not taking your pills hah..?

    BalasPadam
  10. CAI 330..you are Jurassic park yourself..full of ugly stinking monsters!

    BalasPadam
  11. The Greatest Movie Ever
    Winner of 6 Academy Mentalwards
    Best Aktor
    Best Picture
    Best supporting Actress

    COMING SOON
    Red Lips Entertainment presents
    " The Dedakman"

    Starring,
    Dina Tuckzina Flykite Sally Kayruaq
    Rahmenppijalen TutuNone Nastynajis

    Screenplay: Uchmad Muzjdcunt
    Photography : Emptylousie
    Casting: Kithtwa Bughgiant
    Chief Accountant/ Finance:Roseshorty
    Director: Zack Jeepafraid
    Producer: Raytzar Unnacqtyrrie

    DON'T MISS THIS EPIC MOVIE!!

    BalasPadam