Isnin, 24 Mac 2014

MH 370 ~ Australia Sahkan, China Tidak, AS Gagal Kesan & FBI Sedang Siasat..!


PM telah dihubungi oleh PM Australia…

Perdana Menteri Australia, Tony Abbott menelefon Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini mengesahkan penemuan dua objek di kawasan pencarian, kemungkinan serpihan milik penerbangan MH370 yang hilang, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Pemangku menteri pengangkutan itu mengesahkan perkara itu pada sidang media hari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini.

"Hari ini, Perdana Menteri Australia telah menghubungi Perdana Menteri memberitahu mengenai penemuan dua objek di kawasan pencarian. "Dua objek tersebut berbentuk bulat dan segi empat," kata Hishammuddin.

Sementara China masih tidak dapat mengesahkan


BEIJING: Kerajaan China tidak dapat mengesahkan objek yang ditemui oleh pesawat tentera China mempunyai kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines yang hilang.

Komen telah dibuat oleh Jurucakap Kementerian Luar, Hong Lei pada taklimat berita harian, Isnin.

Hong berkata kapal China dijangka akan mula tiba di kawasan carian di selatan Lautan Hindi pada Selasa.

Agensi berita rasmi Xinhua sebelum ini melaporkan bahawa anak kapal pesawat China telah melihat 'dua objek mencurigakan' di selatan Lautan HIndi.

Objek yang lebih besar adalah "putih dan persegi", tambahnya.

Amerika pulak gagal mengesan..

SYDNEY: Pihak berkuasa Australia menyatakan pesawat P-8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat, pesawat pencarian paling canggih di dunia, gagal menemui objek yang dikesan pesawat China yang mencari petanda pesawat MH370 di Lautan Hindi awal hari ini. 

"Sebuah P-8 Poseidon Tentera Laut AS ditugaskan menyiasat objek yang dikesan pesawat China dari ketinggian 33,000 kaki. 

' Objek berkenaan dilaporkan dikesan pesawat China ketika dalam perjalanan pulang ke Perth. Model hanyutan sedang diambil di kawasan itu. Pesawat P-8 tidak dapat mengesan semula kedudukan objek itu," kata jurucakap wanita AMSA dalam jawapan yang diemelkan kepada Reuters. 

Menurut laporan agensi berita Xinhua, pesawat Ilyushin IL-76 China mengesan dua objek terapung yang "agak besar" dan beberapa objek putih yang lebih kecil tersebar sejauh beberapa kilometer. - Reuters.

FBI pulak akan mula menjalankan siasatan keatas isteri pilot kapten Zaharie..

PETALING JAYA: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan menyoal isteri Kapten Zaharie Ahmad Shah menurut laporan tabloid British, Daily Mirror.

Laporan pada Isnin menyatakan bahawa isteri dan ibu kepada tiga orang anak, Faizah Khan akan disoal dalam penyiasatan yang disokong oleh FBI dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang yang telah memasuki minggu ketiga.

Ejen perisikan Amerika dikatakan akan menerajui siasatan menjurus kepada latarbelakang Zaharie, 53, dan pembantu juruterbang beliau Fariq Abdul Hamid, 27.

Walau bagaimanapun tabloid itu memetik sumber yang rapat dengan siasatan sebagai berkata bahawa semakan terhadap Fariq hampir selesai dan setakat ini tidak menunjukkan sebarang tanda yang dapat membantu siasatan, yang bermaksud Zaharie kini menjadi tumpuan.

Ia memetik sumber sebagai berkata: "Nampaknya tidak apa-apa dalam kehidupan Fariq Hamid yang dapat mencadangkan motif rampasan.

"Kehidupan peribadi Zaharie, bagaimanapun, adalah jauh lebih rumit dan sedang dalam proses untuk membongkarkannya."

Laporan itu menambah siasatan FBI akan cenderung kepada kehidupan peribadi Zaharie termasuk hubungannya dengan keluarga dan kecenderungan politik beliau.

Mereka juga dikatakan berminat untuk memeriksa laporan bahawa Zaharie menerima panggilan telefon dua minit sebelum berlepas daripada seorang wanita misteri menggunakan nombor telefon bimbit yang diperolehi menggunakan identiti palsu.

Polis Bukit Aman bagaimanapun pada hari Ahad menafikan laporan tabloid British Daily Mail mengenai panggilan misteri dengan menyatakan ia spekulasi semata-mata.

The Daily Mirror juga melaporkan bahawa FBI berharap untuk mencari petunjuk dari tiga skrin simulator penerbangan rumah Zaharie di mana beliau bermain tiga permainan - Flight Simulator X, Flight Simulator 9 dan X- Plane 10.

Ejen FBI di Amerika Syarikat terus memeriksa cakera keras simulator dalam usaha untuk mendapatkan apa-apa petunjuk tentang apa yang mungkin telah berlaku atau mengenai fail yang telah dipadam, menurut laporan.

Pihak berkuasa juga dikatakan telah menamatkan pusingan kedua tapisan bagi setiap penumpang, termasuk dua warga Iran yang membuat kunjungan menggunakan pasport palsu.

Lu Fikir La Sendiri!!!

5 ulasan:

  1. umno telah disatekan di Kajang. Begitu lah seterusnya hingga umno mampusss diMalaysia

    Aku bersyukur kerana umno kalah selama lamanya.

    Jgn biarkan umno bertapak di Selangor Darul Ehsan. Hanya babi babi bodoh bersama umno

    BalasPadam
    Balasan
    1. UMNO tak bertanding di Kajang tapi MCA.. kau bodoh bangang.. otak pecacai penyokong peliwat..

      BERDOSA MENYOKONG PELIWAT.. BERTAUBAT LAH !

      Padam
    2. Seteruk umno kita tk sekongkol dgn komunis dan kapir yg nk menjahamkan islam dan melayu di tanahair sndiri. Ko tu yg babi dan kawan dgn babi nk menjatuhkan bangsa ko sndri..betapa malangnya mak bapak ko dpt anak bahlol yg tk sedar diri asal usul melayu...byklah membaca dan buat research supaya aku tk lg panggil ko bahlol di masa hdpn.

      Padam
  2. Sapa yg babi hg kot yg babi cantum dgn dapigs. Haramjadah muslibat.

    BalasPadam
  3. OI anon 8.14ptg, lu ni ANJING KURAP DAPBANGKAIBABI aahh?? Jijik mulut lu yg. memang mcm. BANGKAI penuh ulat - lu banyak lahap itu BABI punya KANGKANGkah?! Atau lu mabuk minum itu KENCING BABI aahhh?! Dan DAPBANGKAIBABI akan MAMPUSS di Tanah Melayu ini!

    BalasPadam