Sabtu, 13 Disember 2014

Kenapa Dengan Ketua Bahagian Ni..!


Dah kenapa agaknya..! Kalau seorang Ketua Bahagian bercakap begini bagaimana dengan Ketua Ketua Cawangan didalam Bahagiannya? Bagaimana dengan semangat ahli dan jawatankuasa Bahagiannya?

KUALA LUMPUR – “Saya sudah tidak kisah soal kedudukan politik saya lagi,” demikian reaksi Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed ketika diminta mengulas soal kehadirannya ke forum 'Freedom of Expression Under Threat?', di sini, semalam.

Menurutnya, beliau mahu menggunakan peluang yang dimilikinya selagi ada untuk menyuarakan pandangannya.

"Soal karier politik saya dah tak fikir dah. Saya tak kisah tentang kedudukan saya dalam parti. Sebab saya dah sampai peringkat umur yang sudah terlalu tua untuk bercita-cita nak pegang apa-apa jawatan.

"Tapi saya nak gunakan peluang dan platform yang saya ada ini untuk menyuarakan ini...hentikan politik secara berlawan dan ambil pendekatan politik yang lebih konsensus," katanya kepada Sinar Online.

Turut hadir pada forum tersebut ialah aktivis pelajar, Adam Adli; Pengerusi Hak Asasi Manusia (Hakam), Datuk S Ambiga; Pengasas Pusaka, Eddin Khoo dan Pengarah Artistik The Instant Cafe Theater Company, Jo Kukathas.

Mengulas lanjut, Nur Jazlan memberitahu, tindakannya yang sering tampil berdepan dengan pihak lawan atau pihak yang tidak bersetuju dengan dasar kerajaan hanyalah satu usaha perubahan yang cuba dibuat untuk partinya.

"Saya pun tak akan masuk parti pembangkang kerana saya tak percaya dengan apa yang mereka buat tapi saya nak cuba buat perubahan dalam parti saya sendiri.

"Kalau ada orang yang berani dalam parti sendiri yang cuba nak mengubah cara parti atau kerajaan menjalankan tanggungjawab itu, saya nak jadi peloporlah," katanya.

Namun, beliau berkata, jika tindakan itu bakal menjadi penamat kepada perjalanan politiknya, beliau menerima perkara tersebut.

'Kalau ia akhirnya akan mengorbankan saya dalam politik, tak apalah.

"Berapa ramai yang sanggup mengambil risiko tinggi? Saya sanggup jadi saya buat," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, corak berpolitik di negara ini perlu berubah ekoran pemikiran rakyat yang semakin matang.

"Politik 'bertentangan' sudah tidak boleh digunakan lagi pada masa hadapan sebab rakyat makin lama makin matang dan mereka nak lihat satu kerajaan yang boleh mendengar semua pihak.

"Tapi kalau kita hanya bersifat melawan, maknanya hanya (mendengar) kehendak sebahagian orang yang menyokong parti, itu sudah tentu merugikan negara. Sepatutnya ada lebih konsensus...perbincangan untuk rakyat," katanya.

Kenyataan peribadi atau mewakili parti? kalau dah tak mampu berjuang rasanya lebih baik mengundurkan diri..!

Macam ni punya kenyataan jangan kata khuatir lari 2% undi... yang menyokong pun belum tentu lagi masih berdiri...!

Lu Fikir La Sendiri!!!

7 ulasan:

  1. Kalau dah tak kisah, duit dan harta pun sudah melimpah, berilah jawatan kepada yang lain jika tiada lagi sokongan...

    Kita pun tak mahu yang setengah masak.

    BalasPadam
  2. Dah nak jadi macam Pudin Temerloh ...

    BalasPadam
  3. play safe..next kalau Pakatan Menang boleh jadi menteri.

    BalasPadam
  4. dah sedar pun tua..tunggu apa lagi? bagi peluang pada orang muda...ada berani? Puiiihh..cakap x serupa bikin

    BalasPadam
  5. Seorang yang berani menyatakan kebenaran. Tahniah. Kita patut sokong Nur Jazlan kerana prinsip akauntabiliti, dedikasi dan realistik.

    BalasPadam
  6. Inilah kelemahan UMNO.....ambik orang macam ni jadi pemimpin......kalau dah tak suka UMNO keluar sjalah....tak payah dok belagak nak buat perubahan....awak pin tak laku dah......sebenarnya awak marah orang tak undi awak jadi MT....anagn2 nak jadi Menteri...tapi tak boleh..........Kesian UMNO kena serang dengan musuh dan dari dalam parti sendiri.......tengok parti lawan ....sah sah ketua ALj---ri pun dia orang bela.....JAZLAN...HANG KELUAR UMNO LAGI BAIK......PI MAMAPUS DENGAN ANGAN ANGAN HANG.......BIARKAN LUNCAI TERJUN DENGAN LABU NYA.

    BalasPadam
  7. TAHNIAH NURJAZLAN KERANA BERANI MEMPERJUANGKAN KEBENARAN. UMNO MEMERLUKAN RAMAI ORANG SEPERTI KAMU!

    BalasPadam