Rabu, 3 Disember 2014

Laporan RCI..!


Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah mendapati terdapat warga asing mendapat kad pengenalan Biru Malaysia melalui sindiket dan telah mendaftar dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya Sabah.
Suruhanjaya menegaskan tiada sebarang penemuan yang menunjukkan terdapat pemberian kewarganegaraan yang sah dilakukan tanpa mengikut keperluan undang-undang kewarganegaraan sedia ada. 
Ringkasan laporan Suruhanjaya ini telah diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa di Kota Kinabalu sebentar tadi. 
Ini sekaligus menolak tanggapan bahawa kerajaan telah memberi kewarganegaraan secara besar-besaran dan sistematik kepada pendatang asing seperti dalam parti politik mengenai projek IC Mahathir.
Bagaimanapun terdapat keterangan mencukupi bahawa ada pendatang asing yang memiliki Kad Pengenalan Biru (kad pengenalan sebelum Mykad), resit pengenalan sementara (biru) atau kewarganegaraan secara tidak sah melalui sindiket/individu tertentu telah mendaftar sebagai pemilih dalam pilihan raya negara ini. 
Suruhanjaya juga menegaskan pemilikan kad pengenalan biru atau resit pengenalan biru bukan bukti sah kewarganegaraan Malaysia melainkan mereka telah didaftarkan secara undang-undang sebagai warganegara.
Justeru suruhanjaya membuat kesimpulan terdapat warga asing telah mendaftar sebagai pengundi dalam pilihan raya negeri sabah. Namun ia gagal menyatakan berapa ramai pemilik kad pengenalan palsu ini telah mendaftar dalam Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan mengundi dalam pilihan raya Malaysia.
Akhirnya rancangan jahat pihak pembangkang untuk mempolitikkan isu Pendatang Tanpa Izin (PATI) di Sabah ternyata tidak kesampaian. Ini berikutan dari keputusan yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) mengenai isu berkenaan.

Kenyataan yang dibentangkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Ramsa sebentar tadi menyatakan bahawa jumlah sebenar mereka yang mendapat status warganegara di Sabah sejak tahun 1963 ialah 68'703 ribu orang. Manakala jumlah kad pengenalan yang dikeluarkan pula adalah berjumlah 67'675 ribu kerana ada diantara mereka yang masih belum mencukupi umur 12 tahun semasa mendapat status kewarganegaraan.

Ini amat ketara berbeza dengan dakwaan oleh Pakatan Pembangkang yang menyatakan bahawa 830'000 ribu rakyat asing dapat kewarganegaraan di Sabah.

Sebelum ini, Anwar Ibrahim serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat telah menuduh kerajaan BN melaksanakan Projek IC bagi memasukkan pendatang Asing sebagai rakyat Malaysia untuk memenangi pilihanraya Umum.

Anwar telah menuduh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi serta Perdana menteri DS Najib Razak terlibat dengan projek IC berkenaan. Bagaimanapun, Tun Mahathir telah menafikan perkara berkenaan dan mendakwa Anwar hanya tahu memfitnah sedangkan jika benar projek sedemikian wujud, mengapa Anwar tidak mengambil tindakan.

Amat menghairankan lagi, pengeluaran kad pengenalan di Sabah yang berjumlah 68 ribu tersebut dikira dari tahun 1963 lagi, bukannya hanya pada tahun 1993 - 1998 sahaja. Ianya dibuat 20 tahun lebih awal daripada tarikh Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Yang menariknya, keputusan RCI menjelaskan bahawa dari 211 saksi yang dipanggil memberikan keterangan mengenai dakwaan kononnya wujud Projek IC itu, tiada seorang pun diantara mereka mengaitkan Tun Mahathir mengarahkan projek berkenaan ditubuhkan termasuklah Anwar Ibrahim sendiri.

RCI juga memutuskan bahawa tiada aarahan rasmi dari pihak kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional untuk mewujudkan Projek IC seperti yang didakwa oleh Pakatan Pembangkang dan tuduhan berkenaan adalah tidak berasas sama sekali.

Walaupun demikian, "projek IC" memang wujud tetapi ia adalah istilah yang digunakan oleh sindiket haram yang menjual IC palsu kepada pendatang Filipina, Indonesia, Pakistan dan India bagi mengaut keuntungan segera.

Setakat hari ini, seramai 94 orang ejen sindiket telah ditangkap termasuklah 23 kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara yang bersubahat dengan penjualan kad pengenalan palsu tersebut. Kesemua mereka ditahan dibawah I.S.A kerana dianggap mengancam keselamatan negara.

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Akhirnya terbukti bahawa projek IC hanya rekaan bangsat2 yg nak berkuasa di Sabah.

    BalasPadam